NMW,H1

3.9K 393 34
                                    

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap membuatkan sepasang mata milik Jungkook perlahan lahan terbuka . Pagi itu memberi sedikit kebahagiaan untuk lelaki itu bangun dari tidur untuk menjalankan kehidupan sebagai manusia .

Pagi yang berbahagia serta indah ini sedikit sebanyak mengukir senyuman di bibir Jungkook . Pagi yang indah ~ pagi yang indah sehinggalah matanya terpandang jam meja .

" Ni dah tak indah! Oyemjii aku lambat ke kerja! " Jungkook terus bangun dan kelam kabutnya mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu .

Sebelum menjejakkan kaki ke dalam bilik mandi , dia sempat mengeluarkan sepasang uniform polis dari dalam almari dan meletakkan ke atas katil.

" Eh jap. Buat apa aku kelam kabut bagai nak rak ni? Bukan ke aku ni dikira bos jugak? " Jungkook bagaikan tersedar tentang jawatannya .

" Yalah aku bukan polis biasa . Aku kira berpangkat tinggi juga . So aku boleh lambat sikit kut . Huahua! Bukan selalu. " Lelaki bernama Jungkook gelak sendiri .

" Tak apa ni. Aku boleh berendam dengan buih sabun dulu ." Komen Jungkook lalu melangkah ke bilik mandi yang terletak di hujung kanan penjuru biliknya .

" Get your crayon! Get your crayon! "

Belum sempat sampai , telefonnya berdering pula . Laju sahaja Jungkook berpatah balik mendapatkan iPhonenya yang berada di tepi bantal .

" Yeoboseyo? " sapanya setelah panggilan diangkat .

" Jungkook ah! " suara seseorang menjerit di corong telefon membuatkan Jungkook terpaksa menjauhkan sedikit telefonnya . Nama si pemanggil dipandang sekilas .

" Wae, Suga ah? Aku nak pergi mandi buih ni! " Jungkook menghentak kaki kerana tindakannya untuk mandi terganggu .

" Mandi buih tengkorak kau! Kejap lagi aku tumbuk kau sampai berbuih mulut baru tau . Apehal kau lambat sangat ni? " Suga, rakan sekerja aka rakan serumahnya membebel .

" Ala bukan selalu pun . Lagipun aku ni bos kau. Aku lambat tak apa. " balas Jungkook lalu membuat muka mintak dicop tapak kaki .

" Memang kau tu bos. Memang kau tu boleh pergi lambat sikit. Tapi masalahnya bukan hari ni! " Suga bagaikan cacing kepanasan di hujung talian . Cuma belum infires lagi .

" Bisingnya kau. Apehal pulak ?" Tanya Jungkook kerana tidak faham mengapa Suga berkata sedemikian .

" Meeting lah gila! " Haa tudia baru infires.

Mendengarkan ayat 'meeting lah gila' yang baru keluar dari mulut Suga melalui corong telefon membuatkan Jungkook betul betul gila!

" Huargh! Aku lupa gila! " Jungkook menjerit pula . Dan dia yakin Suga terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga .

" Kau memang gila pun. Dah, nak naik gila dah aku ni menunggu kau . Jumpa nanti. Cepat! Tak ada buih buih sabun! " seusai sahaja membebel, Suga pantas mematikan panggilan .

" Wargh omma! Nak mandi buih! " rungut Jungkook walaupun tiada siapa yang mendengarnya .

Dengan malas , dia melangkah ke bilik mandi dan terus mandi seperti biasa . Tab mandi dan sabun mandian lavender hanya dipandang kosong .

Seusai mandi dan berpakaian, Jungkook turun ke bawah . Melihatkan rumah yang lenggang tiada sesiapa selain dirinya membuatkan Jungkook mengeluh .

" Sampai hati diorang tak kejutkan aku . Seokjin.. dia janji nak kejutkan aku kalau lambat semalam tapi dia erghh. Memang aku hempuk dengan frying pan Made In Bangladesh dia tu balik nanti. " rungut Jungkook lagi sambil memakai stoking .

" Jeon.Jungkook.Is.No.Mercy. "

Lelaki itu lantas mengunci rumah lalu bertolak ke balai tempatnya bekerja dengan kelajuan kereta maksimum .

Polis jenis apakah ini ?!

~

No Matter Where , Hyung!Where stories live. Discover now