NMW,H3

1.7K 248 21
                                    

Jungkook pulang lewat ke rumah malam itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dilihatnya semua ahli rumah ada berkumpul bersama. Siap buat jamuan kecil sambil menonton televisyen lagi.

“Hah? Cukup pulak ahli dalam rumah malam ni.” Ujar Jungkook berbaur mengejek. Dia melepaskan lelah dengan mengambil duduk bersebelahan Jimin.

“Kenapa? Apa yang buat kau cakap macam tu?” Hoseok menyoal namun matanya masih memandang kearah kaca televisyen.

“Iyalah. Ingatkan klinik Seokjin bukak 24jam lagi. Jimin? Malam ni kerja tak banyak? Yang kau Hoseok, perlawanan dah habis? Tae? Kes dah selesai? Suga pulak, kes tanpa laporan tak jalan hari ni? Dan Namjoon, Woozi, amacam? Penguin dengan anjing laut dah ditumpaskan?” soal Jungkook bertalu. Namun kata katanya itu berbaur mengejek.

“Err Jungkook, okay aku faham apa yang kau bebel tu. Tadi Suga mengadu kat kami yang kau membebel kat dia.” Seokjin mengambil pandang kearah Suga sebelum kembali memandang Jungkook yang sudah memeluk tubuh sambil mengecilkan matanya kearah Suga.

“Ya. Memang aku membebel kat budak rambut kelabu asap ubat nyamuk ni tadi. Sebab aku agak pelik dengan kelakuan kau orang sejak dua hari ni. Macam ada sesuatu dah jadi tapi tak nak kongsi dengan aku.” Jungkook meluahkan perasaan yang dipendamnya. Wajah rakan rakannya dipandang berselang seli.

“Janganlah marah.” Jimin melagakan jari telunjuknya sambil terkebil kebil memandang Jungkook.

“Kau fikir comel? Nak pelempang? Jawablah, betul ke tidak sangkaan aku ni.” Jungkook menggesa rakan rakannya untuk menjawab.

“Aish iyalah. Kami ada buat sesuatu tanpa pengetahuan kau.” Terang Taehyung tanpa berselindung lagi. Namjoon, Woozi, Suga, Seokjin, Hoseok dan Jimin segera mengangguk apabila Jungkook memandang kearah mereka meminta kepastian.

“Bagitahu aku.”

“Tak boleh!” jawab mereka serentak.

Jungkook mengecilkan matanya lagi.

“Kenapa tak boleh?”

“Tak boleh!” jawab mereka lagi.

“Sampai bila aku tak boleh tahu?” duga Jungkook pula.

“Sampai esok. Esok dalam pukul 11;50 malam kau pergi ke rumah lama kita. Jangan tanya apa apa lagi, just pergi pada jam tu.” Balas Seokjin serius.

“Ada apa?” Jungkook berdegil.

“Aku kata jangan tanya! Aku faiyaahh kau karang!”

Jungkook segera berlari ke biliknya. “Buljangnan! Now burn baby burn.” Jungkook sempat menggoyangkan pinggulnya kearah rakan rakannya sebelum menyerbu masuk ke bilik sendiri apabila menyedari Seokjin sudah berlari ke arahnya dengan sebuah pasu meja di tangan.

No Matter Where, Hyung!
MinYoonGi1993.

No Matter Where , Hyung!Where stories live. Discover now