NMW,H2

1.9K 259 19
                                    

"Hah budak, kau masuk pejabat aku sekejap."

Jungkook sempat menahan seorang 'budak' yang telah melemparkan muka cemberut kearah Jungkook tak lain dan tidak bukan adalah Suga.

"Kenapa Jungkook? Rindu I ya? Balik rumah nanti lah." Suga lantas senyum menggedik. Kakinya juga dihentak hentak perlahan.

Jungkook yang melihat gurauan Suga itu mengecilkan matanya. "Wahai Suga, Suga nak rasa kasut? Nasib Suga baik hari ini sebab Jungkook baru termasuk longkang pagi tadi dan perisanya masih ada." Balas Jungkook sambil membuat gaya ingin menanggalkan kasutnya.

"Ergh, aku bergurau saja. Tak ingin aku kasut kau yang busuk macam tuan dia. Ada apa kau ajak aku ke pejabat?" Suga kembali serius seperti sedia kala. Dia melangkah seiring dengan Jungkook menuju ke pejabat Jungkook.

"Sebenarnya aku ada hal nak tanya kau ni." Kata Jungkook sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik pejabat. Suga yang mendengarnya mula menelan air liur.

"Err, kau nak tanya apa?" Suga mengambil duduk di sofa yang tersedia berhadapan dengan lelaki comel tak kena usianya itu. Kelihatan Jungkook sedang berfikir, mungkin mengatur ayat untuk memulakan soalan.

"Kenapa kau orang jarang balik rumah sejak dua tiga hari ni? Mana korang pergi? Setiap malam ada saja satu dua orang yang tak balik. Alasan yang sama. Alasan Seokjin sebab buka klinik 24jam, okay aku boleh terima itu kerja dia. Alasan Jimin kerja banyak di pejabat, okaylah aku terima jugak. Taehyung ada kes nak disiapkan, okay aku faham. Hoseok ada perlawanan di luar daerah, hum boleh diterima jugak. Tapi aku tak faham kau, Woozi dan Namjoon." Bebel Jungkook bagaikan peluru yang dilepaskan bertalu talu.

"Eh kenapa pulak? Apa yang kau tak faham?" Suga sedikit menggelabah. Dia cuba mengawal perasaannya apabila Jungkook memandangnya dengan mata yang dikecilkan.

"Iya lah. Alasan kau, kau ada urusan kes di mana manalah, tapi laporan aku tak terima pun. Alasan budak dua orang tu lagi aku tak faham. Aku tahulah Namjoon dan adik kembar kesayangan kau tu tentera, tapi alasan tak masuk akal." Jungkook mencemikkan bibirnya.

"Apa.. apa alasan dia orang?" soal Suga cuba ingin tahu.

"Berperang di Kutub Utara. Kata mereka, skuad Penguin dengan anjing laut jalankan tunjuk perasaan." Balas Jungkook dengan sekali lagi matanya dikecilkan.

"Err, alah.. ada lah tu alasan dia orang yang tak boleh dibagi tahu. Kau ni pun, kami tak balik rumah bukan benda tak biasa. Kau tak balik pun, kami tak heran." Suga tergelak kecil di hujung katanya. Cuba mengelak daripada melawan pandang dengan lelaki itu.

"Ataupun kau orang dah buat sesuatu? Misalnya, hilangkan barang aku?" duga Jungkook.

Suga berpeluh. "Apa kau mengarut ni? Takkan kami ramai ramai pakat terhilangkan barang kau. Kau ni kan, macam tak biasa keadaan ni. Tampar karang haa, tak nak kawan kang." Suga memuncungkan mulutnya.

"Kau ni semakin mengada pulak. Dah lah keluar lah. Pergi sambung kerja kau. Potong gaji karang." Ugut Jungkook tiba tiba. Dia juga bangun menuju ke meja kerjanya yang sedikit berserabut dengan beberapa helai kertas.

"Apa ni potong gaji. Dah lah kau yang panggil aku masuk pejabat kau semata mata nak dengar kau membebel, tiba tiba ugut nak potong gaji." Bantah Suga dengan semangat waja menuju ke pintu.

"Diam lah. Pergi buat kerja tu." Jungkook menghiraukan Suga yang sudah mengembangkan hidungnya sebelum menghilang di balik pintu pejabat Jungkook.

"Ah, banyaknya kerja yang tak siap lagi. Badan pun penat." Keluh Jungkook lalu menguatkan dirinya untuk menyiapkan tugasan memandangkan dia berjawatan tinggi dan perlu menunjukkan contoh yang baik.

Tapi kat rumah, huyoo.

No Matter Where, Hyung!
MinYoonGi1993.

No Matter Where , Hyung!Where stories live. Discover now