“Jungkook, bangun!” Terasa kakinya ditampar tampar oleh seseorang. Jungkook lantas berusaha membuka matanya namun agak sukar apabila seseorang menyelak langsir tingkap dan cahaya matahari menerobos masuk.
“Jungkook, selamat pagi.” Ucap seseorang yang sudah berdiri menghadapnya.
Beberapa saat yang perlu diambil untuk Jungkook mengecam wajah yang biasa di penglihatannya itu.
“Suga! Apa kacau aku ni. Keluarlah, aku masuk lambat sikit.” Kata Jungkook merungut sambil tangannya laju mencapai semula selimut untuk menyambung tidur.
“Hyung bukan Suga. Yah! Bangunlah Jungkook, temankan hyung sarapan!” Yoongi membentak dan terus menarik semula selimut yang sudah menutup tubuh Jungkook itu.
Hyung? Mata Jungkook terbuka seluasnya. Dia cepat cepat bangun dan memerhatikan figura manusia yang sedang bercekak pinggang kearahnya. Lelaki berambut blonde dengan tshirt lengan panjang berwarna hitam juga memandang kearahnya dengan senyuman di bibir.
“Suga ke Yoongi hyung?” soal Jungkook lagi.
“Ni hyung lah. Jeon Yoongi. Jungkook dah lupa dengan hadiah yang hyung bagi?” duga Yoongi dan itu membuatkan Jungkook terkebil kebil cuba mengingati.
“Hidup dengan hyung..?”
Yoongi mengangguk.
Jungkook sudah buat muka teruja. “Ianya betul betul jadi? Sekarang ni Jungkook boleh jalankan rutin harian dengan hyung? Betul tak?” Jungkook segera menerpa kearah Yoongi. Abangnya itu dipeluk kuat.
“Ya. Sekarang ni jom teman hyung makan. Hyung baru siap buat sarapan tadi.”
“Okay okay, jom!” Jungkook dengan perasaan teruja yang masih belum hilang mengikut langkah Yoongi ke dapur. Namun bentuk rumah itu agak berbeza pada penglihatan Jungkook.
“Mana yang lain? Tak bangun lagi ke?” soal Jungkook mengundang ketawa kecil Yoongi. Dia mengambil tempat berhadapan adiknya itu seraya menghulurkan sarapan.
“Jungkook, ini masa lalu. Jungkook tak kenal lagi mereka dan mereka pun belum kenal siapa Jeon Jungkook. Mungkin dalam masa fantasi ni, Jungkook berjumpa dengan mereka sama atau tak sama dengan masa lalu yang sebenar.” Kata Yoongi cuba membuat Jungkook faham dengan apa yang cuba dia sampaikan.
“Sama atau tak sama?” Jungkook kurang memahami.
“Ya. Okay, untuk pengetahuan Jungkook, inilah masa lalu hyung. Saat inilah hyung masih bernyawa. Ini rumah sewa hyung. Sama atau tak sama tu, maksudnya masa lalu yang sebenar Jungkook mungkin tak sama dengan masa lalu yang Jungkook hadapi sekarang. Jungkook masih ingat macam mana Jungkook kenal mereka?” soal Yoongi di hujung kata.
Jungkook mengangguk.
“Jungkook akan hadapi masa tu semula tapi dengan pemikiran masa hadapan. Seokjin dan yang lain tu akan tetap dengan pemikiran sekarang sebab dia orang tak turut serta dalam masa fantasi ni. Jungkook boleh ubah keadaan dalam masa fantasi ni, tetapi sekejap saja. Bila masa fantasi ni tamat, keadaan akan seperti sedia kala. Cuma Jungkook akan dapat dua masa lalu.” Terang Yoongi lagi.
“oh faham. Maksud hyung, waktu Jungkook masih belajar, hyung masih hidup?” Yoongi mengangguk mengiyakan soalan Jungkook.
Dia masih hidup semasa Jungkook membesar menjadi pelajar, namun mereka tidak dapat berjumpa kerana dipisahkan sejak kecil. (Baca Be With Me season 1)
“Sayangnya.” Keluh Jungkook.
“Dah jangan mengeluh. Makanlah cepat, lepas ni teman hyung beli barang dapur kat pasar. Dah lama hyung tak pergi pasar, bila dapat peluang jadi manusia sementara ni, hyung nak pergi merata.” Kata Yoongi sedikit sebanyak membuatkan Jungkook terasa sedikit sedih.
“Jungkook akan sentiasa teman hyung dalam tempoh ni.”
“Gomawo, Kookie.”
No Matter Where, Hyung!
MinYoonGi1993.
YOU ARE READING
No Matter Where , Hyung!
FantasyHadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup Jeon Jungkook. " Hidup dengan Hyung. " From Be With Me Season 1 and Season 2.