NMW,H5

1.6K 227 2
                                        

Selepas mereka siap menjamu selera dan melakukan beberapa permainan, mereka pulang ke rumah kedua mereka pada pukul 3 pagi. Sebaik sahaja sampai, mereka terus masuk ke bilik masing masing untuk tidur memandangkan esok hari bekerja.

Jungkook meletakkan kepalanya ke atas bantal lalu menutup matanya perlahan. Dia harus tidur untuk bangun awal esok namun fikirannya terganggu dengan kehadiran seseorang.

“Yoongi hyung..”

Jungkook menyebut kerana kerinduan. Namun, Jungkook sedikit terkilan kerana hari lahirnya tahun ini hyungnya tiada.

“Kalau hyung ada, surprise akan jadi lebih surprise.” Jungkook berkata sendirian lalu kembali menutup matanya. Beberapa minit kemudian, dia terjaga semula apabila dia merasakan kepalanya disentuh seseorang.

“Hyung!”

lantas Jungkook terbangun saat anak matanya bertembung dengan anak mata Yoongi yang sudah duduk di birai katil.

“Tahu tahu saja bila Jungkook cakap pasal hyung, hyung datang.” Sengih Jungkook.

“Selamat hari lahir, Kookie.” Ucap Yoongi seraya melemparkan senyumannya.

“Terima kasih hyung. Terima kasih sebab datang saat Jungkook rindukan hyung.”

“Hyung pun selalu rindukan Jungkook. Sempena hari lahir Jungkook ni, hyung akan berikan hadiah.” Kata kata Yoongi itu membuatkan Jungkook sudah mahu melompat dan merempuh dinding rumah.

“Hadiah apa hyung?” soal Jungkook tidak sabar.

“Hadiahnya, hidup dengan hyung.” Yoongi tersenyum penuh makna.

Jungkook sedikit hairan. “Maksudnya, Jungkook perlu mati?”

“Haih! Akan ku lempang jua ini budak! Bukanlah, maksud hidup dengan hyung ni, Jungkook diberi peluang untuk hidup dengan hyung. Tapi bukan di alam nyata, tapi pada masa yang sudah lepas. Kiranya macam fantasi sikit.”

Jungkook sudah mula teruja mendengarnya.

“Maksud hyung, kita akan tinggal sama sama?”

Yoongi mengangguk lalu menyuruh Jungkook untuk tidur. Jungkook lantas menurut kata kata abangnya itu dan segera menutup mata. Beberapa minit kemudian, dia terlena dengan perasaan gembira yang teramat sangat.

No Matter Where, Hyung!
MinYoonGi1993.

No Matter Where , Hyung!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang