Kereta diberhentikan berhadapan dengan rumah lama mereka. Jungkook keluar dan lantas memandang kawasan persekitarannya. Lenggang dan ditambah pula rumah yang gelap menandakan tiada sesiapa di dalam rumah itu.
“Apa yang dia orang dah buat? Kata ada buat sesuatu dekat rumah lama ni. Aku tengok sama saja.” Jungkook berkata seorang diri. Dia seterusnya mengunci pintu kereta sebelum berjalan perlahan masuk ke kawasan pekarangan rumah yang mempunyai banyak kenangan itu.
“Dia orang ni prank aku apa. Kata ada buat sesuatu, kereta malah orangnya pun aku tak nampak.” Bebel Jungkook lalu memulas tombol pintu Dia agak terkejut kerana ianya tidak berkunci. . Sebelum itu dia sempat mengerling jam di tangan, sudah menunjukkan jam 11;59 malam.Tanpa melengahkan masa, Jungkook lantas masuk dengan berhati hati.
Gelap. Jungkook meraba dinding di sebelah kanan untuk mencari suis lampu. Ingatannya cuba diaktifkan untuk mengingati di mana lokasi suis itu berada.
Setelah bersusah payah dalam beberapa minit, Jungkook mengeluh lega apabila tangannya tersentuh sesuatu seperti suis. Butang buka segera ditekan maka teranglah ruangan yang gelap tadi dengan iringan dan gabungan suara beberapa orang lelaki mengejutkan Jungkook.
“Surprise!”
“Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Jeon Jungkook,
Happy Birthday to you.”Jungkook kehilangan kata kata dan dalam diam, mood kanak kanak ribena sudah diaktifkan. Dia ketawa kecil sambil meraup mukanya beberapa kali seakan tidak percaya.
Seokjin, Jimin, Hoseok, Taehyung, Suga, Namjoon dan Woozi yang sudah siap dengan topi hari lahir sambil mengelilingi sebuah meja yang sudah dihias dan sebiji kek berperisa coklat di tengah, dihampiri.
“Ini yang kau orang maksudkan sesuatu tu?” soal Jungkook.
Melihatkan anggukan daripada mereka itu, Jungkook ketawa lagi. Masakan dia boleh lupa tentang hari lahirnya sendiri. Terharu juga apabila dia masih ada kawan yang mengingati tarikh hari lahirnya. Jungkook memandang seluruh rumah tersebut. Sudah dihias dengan pelbagai aksesori yang cantik sehinggakan Jungkook terasa dia masih kanak kanak.
“Kau orang ni susah payah saja.” Jungkook tersenyum di akhir kata.
“Tak pun. Aku tak kenal erti susah kalau dalam hal menggembirakan sahabat aku. Dah lah! Cepatlah tiup lilin ni. Aku tak sabar nak makan kek!” Suga menggesa sambil menghentak hentakkan kakinya supaya permintaannya cepat dikabulkan Jungkook.
Jungkook mempamerkan muka cemberut lalu segera meniup lilin di atas kek. Suasana riuh sekejap dengan tepukan para ‘kanak kanak’ itu. Jungkook memotong kek dan Suga adalah orang pertama yang makan kek hari lahir Jungkook itu. Sekali lagi Jungkook membuat muka kearah Suga.
“Kita ni dah nak tua tau, perlu ke kita buat surprise macam ni?” Jungkook menyoal mereka sambil bersama sama menikmati kek coklat.
“Perlu. Nanti kita dah umur 90-an pun kita kena buat surprise ni.” Seokjin membalas dengan kek yang masih ada di dalam mulut.
“Kau rasa mampu ke, Seokjin. Aku risau tak ada siapa pun ingat. Entah entah masa tu nama kita sendiri pun kita tak tahu.” Kata Jimin membuatkan Seokjin mula berfikir.
“Ya jugak. Kalau kita ingat, mesti best. Walaupun masa nak potong kek pun terketar sampai kek hancur dulu sebelum dapat makan. “ Hoseok ketawa kecil di hujung ayatnya itu.
“Tak pun kan, masing masing tercabut gigi palsu masa nak jerit surprise.” Kata Suga sambil menayangkan giginya.
“Yang aku risau, kita kena heart attack saja bila tiba tiba disergah surprise macam tu. Maklumlah, kita semua dah bertongkat dan penyakit senang dapat masa tu.” Namjoon turut serta memberi pendapatnya.
“Okay stop. Aku tak dapat hadiah ke?” Jungkook melagakan jari jarinya sambil memuncungkan mulutnya.
“Gais, aku rasa nak buat kek kepala Jungkook.” Suga memandang Jungkook yang sudah membuat muka sedih.
“Aku join.” Balas Seokjin.
“Ala cepatlah. Tak belikan aku hadiah ke?” Jungkook lantas menggesa untuk mendapatkan hadiah.
“Mengada. Tu hah hadiah daripada kami. Aku kumpulkan kat atas meja ruang tamu tu.” Runcing jari telunjuk Namjoon terarah kearah tujuh kotak berbalut yang tersusun di atas sebuah meja.
“Wah! Terima kasih!” Jungkook segera menuju kearah meja tersebut dengan terjoget joget.
Satu persatu kotak hadiah dibuka dengan senyuman lebar yang tidak lekang di bibir. Okay kita sekarang melihat seorang lelaki berumur yang sudah masuk 25 tahun ini dan juga seorang berjawatan tinggi sebagai polis sedang beriang ria membuka kotak hari lahir.
Jungkook berpuas hati dengan hadiah yang diterimanya. Seokjin menghadiahkan Jungkook sehelai baju hoodie kesukaannya, Namjoon menghadiahkan seutas jam tangan. Jimin menghadiahkan sepasang kasut sport berjenama Puma, casing telefon berukiran namanya sendiri dihadiahi oleh Taehyung, sebuah headphone berwarna merah hitam yang dihadiahkan oleh Hoseok. Woozi memberikan Jungkook sebotol minyak wangi tetapi Jungkook tidak berpuas hati pada hadiah daripada Suga.
“Budak ni selalu buat pasal.” Rungut Jungkook sambil berselang seli memandang hadiah tersebut dengan pemberi hadiah.
“Suga, aku pecat kau nanti.” Jungkook melemparkan muka tidak puas hatinya kearah Suga yang sudah ketawa terbahak bahak.
Dia menghampiri Jungkook dengan muka tidak bersalah. “Maafkan aku, Jungkook.” Suga berkata dengan sisa ketawa yang masih ada.
“Kau ingat seronok? Kau curi underwear aku lepas tu bungkus dengan pembalut love love dan bagi aku sebagai hadiah hari lahir?” Jungkook mengecilkan matanya lagi kearah Suga yang masih dengan sisa ketawanya.
“Kau kenal jugak eh underwear kau.” Kata Suga sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam belakang bajunya.
“Gila tak kenal? Dah selalu aku pakai mana tak kenal—“ kata kata Jungkook terhenti saat Suga menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana di hadapan mukanya.
“Yang itu sengaja. Ni hadiah yang betul.” Kata Suga lalu kembali mendapatkan keknya yang masih belum habis.
Kertas pembalut laju dikoyakkan dan dia tersengih apabila melihat hadiah yang diberi oleh Suga itu. Seutas gelang tangan lelaki dengan ukiran nama Jungkook di atasnya.
“Thanks, guys!” jerit Jungkook dengan wajah gembira.
“Diamlah! Tercekik kek aku!” Suga membalas. Jungkook hanya ketawa melihatnya.
No Matter Where, Hyung!
MinYoonGi1993.
YOU ARE READING
No Matter Where , Hyung!
FantasyHadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup Jeon Jungkook. " Hidup dengan Hyung. " From Be With Me Season 1 and Season 2.