Bayu
Kau lah sahabat sejati
Membantu kami menyusuri deras angkasa
Menyeka air mata kami yang kian tertakungBayu
Kau jugalah saksi ke atas segalanya
Bersatu dalam nafas yang sama
Menerima kami seadanyaPada hamparan pejalan kaki
Berselerak hamba-hamba Tuhan yang terpenjara jiwanya
Kami hanya mampu menjadi saksi
Pada kepalsuan yang menghempasDi bawah sana
Lorong-lorong penuh nista
Terhidang lauk-lauk yang menggurihkan
Untuk santapan aku serta rakan-rakanMelihat dari kacamata sang unggas
Terawangan di angkasa
Yang mampu melihat suci
Di sebalik kekejian
Yang mampu merasakan kasih
Di sebalik longgokan sampahYang bisa merasakan cinta
Di sebalik kebencian
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...