dalam sayap-sayap subuh
kita mula bangkit
melerai segala pilu
menagih kasih sang suriadan kita hanya berbicara
melalui debunga kata-kata
yang diutuskan oleh bayumanakala bait-bait puisimu
adalah busana hangat
menemani senjaku yang dinginsambil termangu
menerima hakikattentang nuansa rasa
tentang erti kejauhan
tentang makna rindu
sedalam-dalamnya
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...