Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Biarpun kau lahir dari kalangan bangsawan
Mahupun dibesarkan dalam rimbunan kekayaan
Akhirnya apabila tiba saat maut menjelma
Di liang lahad juga kau dihamparkanHakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Walau setinggi mana ilmu kau perolehi
Tidak mungkin mampu disamakan dengan zat-zat suci Sang Pencipta
Pemikiranmu masih terbatas pada kekalutan dan persoalanBiar seluruh hayatmu kau berkelana mencari kesempurnaan
Namun realitinya kau hanyalah daging bernyawa yang semakin mereput tanpa disedari oleh kau sendiri
Hanya menunggu saat Sakaratul Maut datang menjemputHakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Kau dan aku sama sahaja
Cukup jam dan waktu kita pasti tidur
Kita kemudiannya bangkit dan tersungkurTidak terlepas dari kealpaan
Mahupun menimbun dosa-dosa yang kian menggunungHakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Jika tidak kerana rahmat dari Nya
Kita hanya bagaikan debu-debu yang ditiup angin
Jika tidak kerana kasih dan sayang dari Nya
Nescaya hidup ini hanya sia-sia belakaHakikatnya
Kita bukan siapa-siapa...
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezjaItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...