Rindu yang liar
mengapa ia sering bergerombolan
seperti lebah?
lalu menceroboh ke taman hati
yang tidak ia tahu asal-usulnya
mengumpul debunga
lantas memaniskan setiap ruang mimpiHati yang beku
mengapa ia tidak mahu menerjah masuk
ke dalam ruang nyawa?
lalu menyapa setiap jemaah jiwa
dengan salam yang tulus
dengan iqtikad luhur
dengan rasa bersalah
atas semua nista yang pernah
ia godamkan pada pemikiranRindu yang liar
aku harap kita dapat bersua muka
ketika belikatku mahu terjaga
pada sepertiga malam
di waktu paling hening
seiring menyebut namaNya
tanpa rasa resah
tanpa gelora di ubun-ubun kepalahanya ada kau, aku dan Dia.
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...