Kita sudah lama
diperah setiap relung jiwa
dijajah setiap sisi minda
ditoreh setiap lembah khazanahSatu persatu
kulihat ada di antara kita yang gugur
satu persatu
kulihat mata hati semakin dibutakan
satu persatu
kudengar hanya bisikan kesayupanPropaganda mereka
bagaikan mazmur yang sering diraikan
menutup setiap tingkah selingkuh
yang sering disorokkan
di bawah permaidaniDetik demi detik
nanah bertukar menjadi barah
belikatmu berselirat
dengan dawai duri
dan ianya akan pasti meraung
menagih penawar
atau mukjizat
yang sentiasa tertangguh mahu jatuh
di bumi kita
yang menakung sumpahan ini
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezjaItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...