Bab 1

481 23 4
                                    


        FairyTelle merupakan sebuah band yang dianggotai oleh 7 orang anak muda yang berwawasan.Band itu ditubuhkan oleh seorang insan yang datang dari masa lampau tetapi telah disumpah dan hidup pada zaman ini.Nama band tersebut telah melonjak naik sehingga terlakar dalam sejarah kerana pertolongan kuasa sakti.

.......
5 tahun lalu......
Hai!Nama saya Qaisarah Sofia binti Raidan.Saya merupakan watak utama dan 'narrator' dalam cerita ini.haa... muqaddimah panjang lebar tadi tu sebenarnya sayalah yang baca.ha ha ha.(bajet opening dalam cerita Shrek)Saya...

"PIAH KENAPA BERSEPAH RUANG TAMU Ni??!!"jeritan seorang jejaka terhangit di pasaran gelap menggegarkan rumah tersebut.

Baiklah pembaca.Beliau yang melalak sebentar tadi dan menyampuk semasa saya sedang bercerita merupakan kembar tidak seiras saya.'Beliau' yang dimaksudkan ialah Mohammad Qaiser Wuais bin Raidan. Berpewatakan pendiam dan beku jika berada di tempat awam akan tetapi dirumah sebaliknya.Dia...

"Woi kau pekak ke aku panggil tadi??!Kenapa ruang tamu tu bersepah haa?Kau tau kan aku memang tak boleh tengok rumah bersepah tapi kau buat jugak.sekarang aku tak kira,kau pergi kemas!" bebel abang kesayangan.

"Ala kau ni pun.tak nampak ke aku tengah bercerita ni.Nanti-nanti la aku kemas okey sayang?"aku mengerdipkan mata aku berkali2 tanda bertoleransi.

"Kau bercerita kat siapa sekarang ni?? Tak nampak sesiapa pun kat bilik kau.Kau bela saka ke apa?"Qais memandangku dengan mata ceklatnya tajam.

Belum sempat aku ingin membalas tuduhan mengarnab buta Qais,aku terdengar namaku dipanggil berkali2 oleh seseorang di luar rumah.
"Piahku sayang~ Baby anje!!"laung seorang lelaki gatal nan hado.
Oh! dia rupanya.Dia ialah jiran kami dan merupakan salah seorang ahli band Fairytelle, Aidan Ilman bin Rauf si pemain bass.Dia memang selalu mengacau aku terutama pada waktu - waktu tertentu seperti sekarang.Tujuan dia cuma satu,mengemis makanan di rumah orang sebab dia sendiri malas masak.Dasar tak boleh dibuat laki aku.
"Ape kau nak? Pergi bersiap la! Kejap lagi nak pergi kan."balasku dengan nada yang tegas yang dibuat-buat.
"Okay,sayang. Hubby pergi siap jap.nanti jumpa kat sana tau,sayang"tutur Aidan dengan nada gatal.
Selepas dia masuk ke dalam rumah.Aku pun sama la pergi bersiap.karang nasihat orang suruh cepat padahal diri tu yang lambat,buat malu kaum je.

..........

"Piah!!!! Aku rindu kau wey. Lama gile tak jumpa" jerit Tipah dan Ebet serentak.

Mereka sebenarnya ahli kumpulan kami juga. Lee Tiffany Hyun atau tipah adalah seorang gadis korea-melayu yang merupakan pemain piano atau keyboard bagi kumpulan kami mana kala gadis british-melayu, Elizabeth Jennet Ween merupakan pemain biola yang hanya muncul sekali sekala dalam kumpulan kami.Dia lebih aktif dalam bidang lakonan.Menyibuk je kan?

"Fahim dengan Ash mana?"tanya aku kepada mereka berdua.

Ebet memuncungkan mulutnya untuk memberitahu lokasi insan-insan yang dimaksudkan.Aku lihat Fahim dan Ash sedang berborak bersama Qais dan Aidan di atas jalan raya lengang 10 meter dari kedudukan kami. Maaf saya rabun.Syed Fahim Al-Arash bin Syed Hamidi merupakan pemain drum manakala Firash Quzairy bin Abdullah Lee merupakan vokalis kedua kumpulan kami selain aku dan lebih aktif dalam bidang lakonan seperti Ebet.Semak je lebih!

"So Aidan,mana rumah banglo berhantu yang kau maksudkan tu?"tanya Fahim dengan tenang.
"Haaa....korang nampak tak ade rumah kat atas bukit tu?tu la rumahnya"tunjuk Aidan lokasi rumah tersebut.
Kami semua memandang serentak pada arah yang ditunjukkan Aidan.Memang rumah tersebut berada di atas bukit di dalam hutan.Aku lihat Ebet dan Tipah mula menunjukkan muka takut.
"Haish!Pada malam beginilah diorang ni nak buat lawatan sambil belajar kat rumah puaka tu."bebel Tipah separa berbisik.

Aku tergelak dengan ayat yang baru diucapkan Tipah.hai,goyang ke sis? Hari itu sewaktu 'plan' tak pula kau bising ke membantah ke.NASIB KAU LAH TIPAH OI KENA PAKSA!
Kemudian kami melihat Geng 'lelaki bajet macho' tersebut mula bergerak masuk ke dalam hutan tersebut.Kami,tiga gadis meletup yang tercantik di dalam dunia mengekori mereka dari belakang.

...........

"Assalamualaikum.Penunggu dari segala pelusuk tanah air, cucu tumpang masuk nak menggatal mengganggu kejap."gumamku sendiri sewaktu aku mula melangkah masuk kedalam banglo puaka tersebut.

Banglo tersebut sangat besar.Lantainya dihiasi marmar putih berkilat memantulkan cahaya bulan seakan air tasik yang tenang.Terdapat dua tangga besar di sebelah kiri dan kanan yang selari di ruang tamu besar tersebut dan ditengahnya tergantung chandelier yang besar dan cantik.
"Okay gais! Kita pergi kat bilik utama kat tingkat 3 rumah ni"Beritahu Qais,ketua pasukan.
Sampai sahaja di bilik utama,kami semua terpesona dengan keluasan bilik tersebut.'Besar gila bilik ni.Lagi besar dari rumah flat aku' gumamku di dalam hati.Kami kemudian melangkah masuk hingga ke tengah bilik tersebut.Tiba -tiba,pintu bilik tersebut tertutup dengan sendirinya.Langit yang sebentar tadi terang disinari cahaya bulan purnama mula mendung dan bunyi guruh kemudiannya kedengaran.Aku yang berada di bahagian paling belakang dalam kumpulan ini tiba-tiba merasakan ada seseorang di belakang aku.Aku menoleh.Aku terlihat figura lembaga yang menyerupai manusia mendekati aku.
Mereka yang lain menyedari perkara yang sama lalu menoleh juga.Tipah dan Ebet hampir terjerit akan tetapi mulut mereka ditutup oleh Ash dan Fahim.

"Siapa kau?tunjukkan diri kau yang sebenar!"tanya ku dengan berani.

Qais dan Aidan menepuk dahi.Minah ni cakap benda bukan-bukan kalau dia tunjuk rupa sebenar karang mahu semua 'blackout'.
Kami tidak nampak lembaga tersebut dengan jelas kerana keadaan sekeliling yang gelap.Tiba-tiba kami terhidu sesuatu bau yang amat harum.Seperti bau bunga melur dan kami semua pengsan serentak.

.......

"Bangun sayang!Bangun."suara garau tersebut berbisik di telingaku dengan nada menggoda.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku lihat rakan-rakanku yang lain memandangku atau lebih tepat memandang 'belakangku' cemas dengan mulut, kaki dan tangan terikat di lantai.'Aduuh! Siapa pulak yang berada di belakang aku kat atas katil empuk ni.Aku tidak berani untuk menoleh ke belakang sebaliknya memejamkan mataku serapat yang boleh.Tiba - tiba aku merasakan satu gigitan di tengkukku.

"Dammit u hantu tak guna!!!!!!!"jeritku sekuat hati.
Aku meronta-ronta dan melompat turun dari katil.Aku pusing untuk melihat gerangan yang berani menggigit tengkuk aku.
"Hai sayang!best kne gigit?"seorang lelaki yang sedang mengesat bibirnya berkata sambil memandangku dengan pandangan menggoda jiwa raga.
Aku tengok mamat ni macam 'vampire' je.Ade gigi taring yang agak panjang.putih melepak,ye la aku nampak dengan jelas sebab bilik tu dah terang.Lampu dah terpasang.'mak adik dah tak suci makk!' Jeritku dalam hati.

"Anyway biar aku perkenalkan diri.Nama aku Muhammad Hazim bin Zakaria.Aku seorang lelaki yang hidup pada tahun 1880-1910 dan lepas tu aku disumpah menjadi vampire di banglo ini kerana dendam.Ada apa-apa lagi benda penting yang lain yang korang nak tahu?"Si ponti Hazim kenalkan dirinya panjang lebar.

Aku lihat Qais dah tidur diulit mimpi yang indah.Amboii sedapnya kau tidur!Kang tak pasal-pasal encik pontibapak ni mengamuk lepas tu dia gigit kau kang mau jadi gay kau terus.Ebet meronta-ronta minta dilepaskan ikatan di mulutnya kerana dia ingin berkata sesuatu.Aku pergi melepaskan ikatan di mulutnya.
"Encik vampire handsome Lily nak tanya sikit boleh?kenapa Encik handsome tangkap kitorang? Encik ni dah ada yang berpunya ke?Lily nak masuk line boleh kan? Encik tangkap Lily je yang lain ni terserah la nak pergi bagi dekat puak Cannibal ke bagi buaya ke."Lily bertanya kepada Encik Vampire handsome yang muka macam mat korea dengan penuh rasa miang.

FAIRYTELLEWhere stories live. Discover now