Bab 8

134 18 1
                                    

Misi Terakhir- Hazim

     "Kita semua dah lepasi misi- misi yang ditetapkan.Bagus! Sekarang ni korang semua ikut aku. Kita akan ke Pulau Kepayang, pulau lagenda yang menyimpan pelbagai misteri." Kata Hazim.

.......

Sebenarnya, mengikut buku panduan tersebut, misi- misi yang ditugaskan hanya boleh dilakukan oleh orang- orang yang berkuasa dan berpengaruh.Sebab itu mereka bertujuh yang ditugaskan untuk menjalankan misi- misi tersebut. Menjadi seorang yang terkenal adalah sangat berpengaruh dan berkuasa.

Misi Firash adalah untuk mencari 5 orang ahli kumpulan 'Genius Abducted Youth (G.A.Y)' yang dapat membaca dan merungkai tulisan purba yang tidak dapat dibaca oleh Hazim.Tulisan tersebut tertulis cara- cara merungkaikan sumpahan di dalam Volde. Salah seorang ahli tersebut ialah Khairuddin.

    Ebet pula ditugaskan untuk mendapatkan cincin yang menjadi kunci untuk membuka Volde. Cincin tersebut merupakan cincin pusaka keluarga Haidar.

     Qaiser dan Qaisarah pula perlu menghalang keturunan ' 7 Volde's guardians' iaitu ketua- ketua gengster tersebut daripada terus menjaga Volde.

     Tiffany pula perlu menakut- nakutkan anak pesaing terhebat Hazim,Samuel iaitu Farish.Tipah perlu membuatkan Samuel percaya kepada mitos yang mengatakan bahawa sesiapa yang ingin mendapatkan Volde,keluarganya akan terancam.Hal ini boleh menyebabkan Samuel tarik diri daripada meneruskan pencarian Volde demi keselamatan anaknya.

    Aidan dan Fahim pula perlu mencari perempuan terpilih kerana Volde hanya boleh dipegang oleh keturunan wanita terpilih.

......

Perjalanan ke Pulau Kepayang mengambil masa kurang dari setengah jam dengan menaiki bot dari suatu pulau yang terkenal dengan destinasi percutian. Pulau kepayang hanya diduduki oleh nelayan-nelayan kampung dengan perkampungan yang mundur dan jauh dari arus pemodenan negara.

     "Ke mana korang nak bawak aku ni?? Aku takut la. Jom la balik" kata Mek Som sambil memeluk erat Ebet yang turut sama berada takut.

    Kami memasuki hutan belantara di pulau tersebut pada waktu malam. Pencarian gua yang menyimpan Volde diteruskan walaupun hari gelap.

   "Ok gais! Sekarang kita dah sampai di gua ini. Kita akan masuk." Kata Hazim sebelum masuk ke dalam gua yang dimaksudkan.

......

    " Akeh keno dakkirim,
Ora sembarang ipat ipat,
golek tamba kanggo ngilangke perennial,
Ngipat-ipati kowe mbales dakkirim, Mbusak ipat ing dhewe,
Buku kawicaksanan iku katon sempeyan,"

       Mentera yang diukir dengan tulisan purba di dinding gua itu dibaca oleh 5 orang ahli G.A.Y untuk menyeru Volde.

    Tiba tiba cahaya keluar dari lantai gua tersebut. Buku Volde keluar dari lantai gua. Buku itu disambut oleh Mek Kalsom.
Mek Kalsom membuka buku tersebut. Dia membaca buku tersebut. Keadaan menjadi senyap. Semua terdiam dan menumpukan perhatian kepada Mek Kalsom yang sedang membaca buku sakti yang bercahaya itu. Selepas beberapa ketika,mek Kalsom memandang Hazim.

     "Awak dah sedia menjadi manusia semula dan menghilangkan sumpahan ini?"tanya Mek Kalsom.

    "Ya saya sudah sedia!" Hazim berdiri di hadapan Mek Kalsom dengan penuh teruja.

   "Untuk menghilangkan sumpahan, awak perlu membunuh orang yang awak paling sayang pada malam bulan mengambang." kata Mek Kalsom sambil membaca isi kandungan di dalam Volde.

     "Eh? Sekarang tengah bulan mengambanglah."

     "Memang kena matikan ke?" Soal Hazim dengan muka yang kecewa.

    "Yup! Kalau nak hilangkan sumpahan tersebut, kena matikan seseorang yang awak cintai dan sayang..Ada tertulis dalam buku ini." Balas Mek Kalsom.

Hazim memandang Qaisarah dengan pandangan sayu.Mata mereka bertemu.Hanya mereka yang mengetahui apa yang tersirat di hati. Qaisarah hanya mengangguk tanda mengizinkan. Hazim mengeluarkan pisau yang terletak di sisi pinggangnya. Dia mendekati Qaisarah. Fahim menepuk- nepuk bahu Qaiser tanda bersabar. Qaiser kemudian berpaling,tak sanggup nak melihat. Ebet, Tipah dan Mek Kalsom menangis dan berpelukan sambil memejamkan mata dengan erat.

"Buatlah. Setiap sesuatu perlukan pengorbanan." Kata Qaisarah perlahan.

Perut ditikam.Asap putih yang bercahaya keluar dari celahan dinding gua memenuhi ruang di dalam gua. Segalanya kelam selepas itu....

......

FAIRYTELLEWhere stories live. Discover now