Misi keempat - Qaiser dan Qaisarah
Part aku pulak!!!(dah lupa ke siapa narrator tadi? Abaikan.) Well aku dengan Qaiser dapat task yang mencabar.Ianya melibatkan nyawa.Kami dapat task ' 50 vs 2' Abang Hazim (kena marah dengan encik Hazim sebab panggilan 'encik' formal sangat,Sabo je lah!) bagitahu task tu ada tertulis di dalam buku panduan.Memang betul kata si Tipah, patut dibakar je buku tu.Menyusahkan! Entak ade entah tidak tertulis dalam buku tu macam yang abang Hazim cakapkan. Aku nampak lukisan-lukisan orang lidi je (tulisan purba) yang ada.
"Piah, cepatlah membelit shawl kau tu! Berangan je kerja budak ni."seperti biasa Qaiser menyampuk.
Dia tu memanglah aku kata pendiam. Sehari boleh kira berapa patah perkataan dia cakap. Dengan orang lain time dia marah punya lah buat muka batu,diam je.Time marah aku membebel pulak.Ok tak penting pun aku nak cerita panjang lebar pasal dia.Buang current!
Pakk! Aku terasa sesuatu yang lembut dibaling di belakang kepala ku.
"Cepat lah! Berangan lagi."Qaiser berkata dengan nada tegas selepas membaling teddy bear aku ke kepalaku.
"Apa ni baling-baling barang?! Sabar lah orang nak siap la ni! Baling-baling barang pulak. Mana tak bengap kepala orang kalau kepala ni asyik kena balingan maut je."marahku sambil memuncung mulut.
Ku lihat Qaiser menunjukkan skrin tabnya yang tertulis sesuatu kepadaku.
'Cepat la siap,Bengap!'
Aku ternganga sehingga daguku mencecah ke lantai (bayangkan je even tak logik).Kemudian dia turun ke bawah. okay, rasa nak menangis kat penjuru bilik! Puaka punya abang!
.......
"Mana Piah? Kata sini port gengster -gengster lepak." Kami melihat kawasan tersebut lengang
Hanya terdapat raga buluh yang ringan bergolek-golek ditiup angin menyeberangi jalan di hadapan kami.
"Eh? Nama jalan ni apa? Betul la kat sini. Diorang selalu berkumpul kat jalan mahkota indah."terangku dengan yakin.
Terasa bahuku dicuit.aku berpaling. Qaiser menunjukkan tabnya sekali lagi.
'Ni bukan Jalan Mahkota Indah la,bengap!'
Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni tau?!! Ni mesti kes marah aku tak masak nasi ayam kegemaran dia tengah hari tadi ni.Amboi,dendam nampak?! Dasar tak boleh dibuat laki orang.Takpe Qaisarah,maafkan je lah.Dia tengah marah lagi tu. Kau jugak yang salah kan.Dah tahu dia mengidam nasi Ayam kau pergi masak nasi tomato. Alaaa...manusia boleh berubah. Doakan abang kau tu berubah kearah mulut yang lebih baik.Amiiinn.
......
Okay! Sampai pun ke destinasi yang di tuju. Aku dan Qaiser turun dari kereta Nissan GTR warna putih kami dengan rim warna merah hitam lepastu..(ok stop riak! Sejak jadi kaya ni membongkak je keje aku) Hahahahahaha!
"Lu olang tengok siapa yang datang jumpa kita ni.Ingatkan kumpulan gengster mana rupanya ahli kumpulan muzik cabuk saja."dengan belagaknya taiko kumpulan White-head berkata sebegitu kat kitorang.
Ni yang buat aku panas ni! Mulut tu tak reti nak jaga. Kau pun nak jugak ke kena macam ex-classmate aku, Gayah becok yang aku lumur-lumurkan sambal cili api dekat mulut dia sebab mulut dia laser sangat pada waktu rehat di kantin sebab dia buat gosip aku cuba pikat 'crush'dia. Apa aku merepek ni? Ok balik semula topik tadi. Hello Mr.gengster kampung dusun! Fyi (for your information), kitorang ni bukan 'ahli muzik' biasa- biasa okay!
Ku lihat semua kumpulan gengster di KL sedang berkumpul.Ada la dalam 6-7 kumpulan dan berjumlah lebih kurang 60 orang.Ramai jugak ye?
"Well Qaiser.You ni good-looking sangat tau. Apa kata you jadi anak ikan I je la. I sanggup bayar berapa je yang you nak!" Tawar Madam Cheng,ketua kumpulan Pink Wailord.
"Thanks but no thanks to the offer.I'm not interested.Sorry."Qaiser membalas dengan senyuman sinis.
Ku dengar Madam Cheng berdengus tanda tidak puas hati. Kahkahkah! Kena reject!
Tiba-tiba seorang daripada ketua kumpulan-kumpulan gengster menerkamku dengan mengejut dari belakang. Tetapi belum sempat dia menyentuh ku,aku memberi hadiah istimewa berupa back hand dengan kelajuan kuasa tenuk sampai senget rahang dia.padan muka! Berani nak sentuh aku. Apabila ketua gengster tersebut mula menyerangku sebentar tadi. Kami menandakan sebagai permulaan...... Perang!!!!Aku dan Qaiser mula membelasah anak-anak buah kumpulan-kumpulan gengster tersebut.Heh! Jangan pandang rendah kat aku dengan Qaiser la. Aku juara taekwondo peringkat kebangsaanlah. Tak guna kalau aku ada black belt tetapi lembik (belagak kau ek Piah).Qaiser juga tidak kurang hebatnya.Dia memiliki Bengkung merah dalam silat gayong.Boleh la tinggi jugak pangkat dia.
Setelah bertungkus lumus mengerjakan hampir 60 orang anak-anak buah kumpulan- kumpulan gengster tersebut selama suku jam sahaja (laju la jugak tu) dengan mengunakan semaksima mungkin jurus2 seni mempertahankan diri yang telah dipelajari (bajet kuat), tiba masanya untuk melawan taiko-taikonya seramai 7 orang.
Alejandro ,ketua kumpulan Dudsmash menyerang dahulu. Qaiser menumpaskan Alejandro kurang dari seminit. Ketua-ketua yang lain melihat Alejandro tumpas,mereka menyerang serentak! Mereka ada senjata seperti kayu besbol dan paip besi (pistol takde sebab kena rampas dengan kastam minggu lepas masa rombongan diorang bercuti dekat Langkawi). Mereka ada senjata? Wa tarak gentar! Ini Qaisarah dengan Qaiser la. See? Dengan satu jurusan combo aku antara aku dengan Qaiser, semua tumpas serentak. Hahahahahahaha!! Selesaipun misi kali ni.
Siren polis kedengaran sayup- sayup dari jauh.Oh! Lupa nak bagitahu,tadi kami ada call polis.
"Let's go back home"
......
YOU ARE READING
FAIRYTELLE
VampireKisah ni sebenarnya saya pun tak faham apa saya tulis. Ianya berkenaan dengan seorang vampire dan kumpulan Fairytelle dalam usaha mereka untuk merungkai sumpahan vampire untuk menjadi manusia semula.