Bab 4

151 18 4
                                    

"Encik Hazim yang handsome,Encik nak bawak kami kemana ni?"tanya Ebet sambil menjengket-jengketkan kakinya semasa berjalan di dalam hutan.

Ebet memang seorang gadis bandar yang tidak suka berada di dalam hutan.Banyak serangga yang menakutkan katanya.Lintah dan pacat pun banyak.

"Okay dah sampai!Sekarang ni kita dah sampai dekat gua yang ditunjukkan oleh buku panduan ni.Tugas seterusnya adalah kita harus memasuki gua ini."terang Encik Hazim sambil membaca buku panduan tersebut.

"Okay.Lepas masuk tu nak buat apa pulak?"Aidan bertanyakan soalan kepada Encik Hazim sambil menjamah sandwich tunanya.

Aidan memang seorang yang kuat makan.Tidak hairanlah jika dia mempunyai susuk tubuh badan yang gempal.

     "Entah dia tak beritahu pulak lepas tu nak buat apa.kita masuk dulu.Jom!"ajak Encik Hazim.

........

"Haa! Kat sini la tempatnya.Nampak tak dinding gua yang terukir ayat-ayat dalam bahasa jawi tu.Kita kena baca semua tu."Encik Hazim menerangkan perkara yang perlu dibuat kepada kami.

Darah menitik dihujung paku,
Paku diasap menyeru si mati,
Merungkai sumpahan tujuanku,
Dengan bantuan kuasa sakti.

Tiba-tiba kabus tebal datang dari atas siling gua .Semakin lama kabus itu semakin menuruni ke lantai gua.Kami semua terhidu bau kabus itu dan pengsan.

.......

Kriinngggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku terbangun.Bila masa aku pandai pakai alarm ni?selalunya bangun sendiri.
Aku pandang kananku.Ku lihat Encik hazim sedang lena dibuai mimpi.Kenapa setiap kali aku pengsan bila bangun je nampak dia dulu??!!!Dia ambil kesempatan ke??Oh tidak.......

"Maaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!!!!!!!!!!!!!" Jerit ku sekuat hati.

"Pahal kau piah menjerit pepagi buta ni?!"Seorang lelaki muncul di pintu bilik.

"Siapa kau?!"tanyaku kepadanya.

"Siapa kau pulak?suara macam adik aku."dia bertanya kepadaku kembali.

Eh?Ni rumah siapa?Nak kata rumah Encik Hazim,Bilik dia masa datang hari tu lain.Ku lihat diriku masih sempurna berpakaian lengkap siap dengan tudung yang tak ditanggalkan lagi.Selamat! Encik hazim kulihat terpisat-pisat bangun dari tidur.Dia merenungku lama dan kemudian dia mengangguk kepala.
Dia kemudian melihat Qaiser di pintu bilik terdiam tak berkutik memikirkan sesuatu.

"Qais,kumpulkan geng kau sekarang.Ada benda yang aku nak beritahu"kata Encik Hazim.

.......

"Sebenarnya sekarang adalah korang yang lima tahun dari sekarang.So umur korang sekarang dah 28 la.Korang pun boleh tengok fizikal korang semua dah berubah.Aidan dah kurus,Firash dah putih,Fahim dah berisi sedikit,Qais dengan Piah dah tak lagi dengan penampilan 'bodoh-bodoh' korang.Sekarang ni aku dah tolong korang semua.Korang sekarang dah popular.So sekarang kita jalankan misi yang seterusnya"terang encik Hazim.

     Okay.Macam tak logik.sebenarnya memang tak logik walaupun ianya berlaku pada diri aku di hadapan mata aku! Kulit aku dah bertukar menjadi 'flawless'. Losyen siapa pulak yang aku tepek dekat kulit sampai licin macam ni.Mesti aku guna banyak ni.Masalah mata rabun pun dah tiada.Aku dapat melihat dengan jelas walaupun tanpa memakai cermin mata.Ku lihat mereka yang lain pun berubah.Rasanya baru malam semalam kami pergi ke gua tersebut.Misteri~

            "Macam mana kita semua boleh ada dekat rumah 'baru' masing-masing padahal semalam kat gua?"tanya Fahim.

   "Itu kau tak payah tanya.Kau tak perlu tahu."balas Encik Hazim.

       "Masalahnya kami ni dah la mengalami benda-benda pelik,Encik Hazim pun kami nampak lagi pelik.Macam ada agenda disebalik Kuah Dhal Roti canai je."Firash mula membuat andaiannya.

"Jangan nak mengarut.Kau tak nampak ke buku panduan ni.Dia ada tulis segala-galanya.Mestilah aku tahu.kalau tak percaya sangat,nah baca buku ni!"Encik Hazim menyerahkan buku itu kepada Firash.

Aku mendekati Firash untuk mengetahui juga isi kandungan buku tersebut.Errkkk!! Bahasa gua mana yang buku ni pakai??!!! Ku lihat tulisan pada buku itu seakan tulisan dinding gua zaman jurasik(hiperbola). Dengan hati membara serta mimik muka yang dibuat seakan-akan tertelan biskut raya hapak,buku tersebut dipulangkan semula kepada Encik Hazim.Kata budak medic tetapi macam ahli sejarawan je dapat baca tulisan purba bagai.Lagi pelik!

"Okay sekarang ni kita ke misi kita untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa dah selesai.Korang dah popular dan mempunyai ramai peminat.Nama korang pun tak asing lagi di persada dunia. Kita telah dapatkannya secara ekspres ketika berada di dalam gua lima tahun lepas. Sekarang ni kita ke misi seterusnya.!!"

..........

Misi Kedua - Firash dan Elizabeth

     "Kenapa Bet aku dapat task ni??!!! Mana nak carik 5 orang gay ni pulak bawak pulang rumah?!! Bapak sampah buku panduan tu do.Nak carik bahan untuk upacara ritual pun tak susah macam ni!"rungut Firash.

    "Apa kau ingat kau sorang je dpt task teruk??! Aku kena cari Sugar daddy tua kerepot dan rampas harta diorang.Lagi menakutkan!"Si Ebet pun tidak mahu mengaku kalah.

       Sebenarnya buku Volde itu merupakan buku yang menjadi idaman para vampire yang mahu menjadi manusia kekal.Akan tetapi untuk mendapatkan buku tersebut, tugasan-tugasan yang luar biasa seperti tugasan tadi harus vampire yang ingun menjadi manusia laksanakan dengan bantuan 7 orang manusia yang cukup syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh buku panduan.

     "Tak boleh ke kita tinggalkan je misi ni? Mengarutlah! Tak payah layan sangat Encik Hazim tu."Firash meluahkan pendapatnya yang bernas.

    "Bukan aku je dah cuba,dorang yang lain pun dah cuba jugak tapi dia dapat tahu kitorang lari.Hmm nak buat macam mana kan.Lagipun kita dapat 'kuasa sakti' yang kononnya boleh bantu kita.Aku pun tak tau aku dapat kuasa apa.Entah-entah kuasa mulut puaka."Ebet menjulingkan matanya ke atas.

       "So sekarang ni jom kita mulakan misi ni.Aku nak pergi Pavilion nak carik mangsa." Kata Firash sambil menunggang Ducati Diavel berwarna hitamnya.

    "Wait!Hantarkan aku dekat Hotel Pagmiana,KL.Aku dah jumpa mangsa."

.........

FAIRYTELLEWhere stories live. Discover now