Bab 3

182 14 7
                                    

   *bab mengenali watak2 dalam novel ini*

"Hmmm aku sebenarnya nak kenal korang jugak.Bagitahu la sikit-sikit pasal diri kau,pasal kawan-kawan kau."Hazim memulakan bicara.

Aku tak tau la dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni,aku jugak yang dia pilih untuk teman dia keluar waktu malam-malam macam ni.Selamat la dia ajak aku melepak dekat kedai mamak.Kurang-kurang boleh jugak aku isi perut kan?

      "So awak nak saya ceritakan la ni pasal kami semua?"tanya aku untuk meminta penjelasan.

     "Yup!ok apa kata kita start dengan kau.ceritakan la pasal diri kau"pinta Encik Hazim.
    Eiii seksi pulak dia memalam ni.Aku terkam jugak karang (berani la sangat).

     "Okay.Saya sebenarnya dengan Qaiser kembar tak seiras.Kami duduk asing daripada family.Kami kerja sambilan sekarang untuk bayar sewa rumah.Kami duduk asing sebab ada masalah family.Mama dengan Abah bercerai.Mama sekarang dah ada suami baru.Abah pun.Diorang dapat anak tiri.So kami sememangnya terpinggir sejak mereka ada keluarga baru.Kami bertekad untuk duduk sendiri.Bercerita pasal perwatakan pulak,Qaiser sebenarnya seorang yang pendiam tetapi kalau nak tengok dia membebel cuba la buat benda yang dia tak suka.Orang gelarkan dia semasa dekat sekolah 'ice king' sebab dia punya dingin kalah Antartika.walaupun kami kembar,saya  pulak berperwatakan ceria dan happy-go-lucky.Saya sebenarnya ada belajar seni mempertahankan diri tau.Si jangan main- main dengan saya kalau tak nak masuk hospital la,okay? Saya beritahu siap-siap yang saya ni bukan feminin macam Tipah dengan Ebet. Saya ni agak kasar dan ganas tapi masih boleh bersabar,pandai jugak berlemah lembut dan bersopan santun.Kami semua sebaya,23 tahun.So saya sekarang tengah ambil degree dalam bidang farmasi.Qaiser pula dalam bidang medic."beritahuku dengan panjang lebar.

   "Oooooo...maknanya...."belum sempat Encik Hazim menghabiskan kata-katanya saya sudah menyampuk.

   "Saya tak habis cerita lagi.Diam! Eh,kat mana kita tadi? takpe la.Kita cerita pasal Tiffany dengan Elizabeth pulak.Tiffany dengan Elizabeth merupakan anak orang kaya.Mak ayah diorang baik cuma mereka kurang luangkan masa bersama anak-anak mereka.Tiffany dengan Elizabeth tu kiranya kurang kasih sayang la walaupun berada dalam keluarga yang berada.Ayah Tiffany ada syarikat besar dan banyak syarikat-syarikat kecil yang dikendikan oleh kakak dan abang Tiffany.Francais restoran terkenal 'DunCafe',Butik-butik 'Duncamia Boutique',DuncaRo Resorts and Spa dan Hotel Dunca milik keluarga Tiffany.Kali ni Tiffany minta ayah dia bukak satu syarikat recording pulak,FairyTelle Sdn.Bhd. . Dari segi perwatakan,Tipah tu keras hati sikit kalau bab cintan cintun ni.Dia baik tetapi menakutkan sedikit lah,huhuhu.Ebet pula typical gadis bandar yang gedik dan 'bajet diva'.Walaubagaimanapun diorang ni baik hati sebenarnya.Hmmm... Encik Hazim bangun la! Tadi kata nak tau pasal kitorang tapi sekarang tidur pulak"punya aku berceloteh panjang lebar,dia sesuka suki suko hati elok 'landing' kepala dia atas meja makan kedai mamak tu.

   "Ya saya mendengar la ni.So how about Aidan,Ash dengan Fahim? Cerita pulak pasal diorang"Encik Hazim segera menukar topik.

    Huh! Pontianak pun tidur ke? Dalam cerita Twillight tu diorang tak tidur pun!Sah la aku kena tipu hidup-hidup dengan cerita tu.
"Okay la. Pasal Aidan pulak,dia jiran kami.Dia dibesarkan sebentar di rumah Yatim Piatu tetapi dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga angkat dia.Keluarga angkat dia boleh tahan kaya,dia duduk dekat taman perubahan bersebelahan dengan flat yang saya duduk.Kira jiran lah tu kan? Tapi lepas je mak angkat dia disahkan mengandung dan mendapat cahaya mata kandung mereka yang pertama,Aidan bukan sahaja dipinggirkan malah didera macam kuli dekat rumah tu.Kesian dia"aku terhenti bercerita apabila Encik Hazim mula terlelap kembali.

Aku menepuk kuat meja makan dan menyebabkan Encik Hazim terbangun dengan cepat kerana terkejut (padan muka). Aku memandang Encik Hazim sambil mengecilkan mataku.Encik Hazim hanya tersengih kuda.

"Okay lepas tu tentang Firash dengan Fahim.Diorang ni anak yatim piatu.Diorang lari masa Form1 dari rumah anak yatim dan menjadi gelandangan dekat KL ni.Kat sekolah dulu,Fahim dengan Firash ni playboy sampai ramai la awek-awek frust menonggeng pasal kena main dengan diorang.Sekarang taubat dah kut semenjak saya ugut diorang kalau mainkan hati perempuan lagi.Saya pernah belasah diorang sampai masuk Hospital sebab dia kecewakan kawan baik saya.Okay lah encik Hazim sekarang ni awak pulak yang cerita dekat saya pasal hidup awak"aku bercerita sambil memandang langit kerana membayangkan mereka.

Lalu aku memandang semula Encik Hazim di hadapan ku. Krik~krik~ krik~
PUNYA LA AKU CERITA PANJANG LEBAR TADI DIA TIDUR?! TADI DIA YANG NAK SANGAT AKU BERCERITA!! Aku berdehem. Encik Hazim terus terbangun.Takut lah tu, huhuhuhu...

"Okay Aku pulak yang cerita dekat kau pasal kisah aku.Aku sebenarnya budak medic juga... Belajar pandai -pandai tetapi akhirnya di sumpah.hahaha! Aku disumpah pada umur aku tiga puluh tahun.So kalau tamat sumpahan tu umur aku akan start dari tiga puluh tahun la.Seperti yang aku katakan,aku disumpah kerana dendam.Ada seorang musuh aku.Nama dia Azli.Dia yang menyumpah aku jadi sebegini.Dia pada mulanya mahu menyumpah aku menjadi pohon atau apa-apa sahaja tetapi silap mentera.Aku ada isteri.Dia telah merogol isteri aku dan membunuhnya pada hari itu juga.Aku amat marah dan kecewa.Aku tak mampu nak lindungi isteri aku.Azli mati terjatuh gaung semasa aku mengejarnya.hmmm... Kita tukar topik lain lah.Awak ada bestfriend tak?"Encik Hazim bertanya kepadaku.

         "Kami waktu sekolah sampai sekarang memang tiada rakan sangat kecuali Ebet dengan Tipah.Kami disisih dan dipulaukan sebab penampilan dan fizikal kami.Kami semua ada nama ejekan yang rakan-rakan di sekolah dulu beri.Aidan tu digelar gorilla sebab gemuk sangat.Si Firash pula orang gelarkan dia 'orang minyak' sebab kulit dia hitam.Fahim tu pula lagi teruk.Cikgu sampai boleh tersalah anggap yang dia mengambil dadah sebab kurus sangat.Saya dengan Qaiser budak nerd.Selalu la jugak kami kena buli dengan senior.Tipah pula digelar 'perempuan ular' sebab dia tu playgirl.Kerja dia menggoda je dan mempermainkan lelaki-lelaki yang menyukainya.Ebet tu digelar 'Singa Diva' sebab dia selalu berlagak diva dan mengamuk tak tentu pasal sehingga dipulaukan.Diorang juga gelarkan kami 'geng loser'.Sedih gila waktu zaman persekolahan dahulu.Encik pula ada tak?"Tanyaku kembali kepadanya.

      "Tak ada.aku dulu memang tak ada seorang pun kawan.Yang aku  tahu hanyalah kehidupan aku dengan isteri aku je.Kami tiada anak sebab waktu tu aku masih lagi belajar."beritahunya.

             "Ooo...hmmm dah pukul berapa dah ni?jom la kita balik.Saya ngantuk dah."pinta ku dengan keadaan yang separuh mamai.

       "Okay! Jom balik"

FAIRYTELLEWhere stories live. Discover now