Bab 2

215 14 2
                                    

"Aku tangkap korang semua ni sebab korang dah ceroboh masuk kawasan aku.Buat pengetahuan cik Lily aku tiada yang punya dan aku hanya single dan available kepada semua perempuan kecuali Cik Lily (Halal rejection).Haa kau perempuan yang berhijab ni,nama siapa?"tanya si Encik Ponti.

"Pahal nak tau pulak?sekarang ni saya nak awak lepaskan kitorang semua.Saya mewakili pihak krew dan produksi bersama temen-temen seperjuangan ingin memohon maaf kepada Encik Hazim yang kacak,berbudi bahasa,berhemah tinggi dan akhlak terpuji kerana menceroboh kawasan encik.Si Aidan senget tu yang paksa-paksa kami datang buat lawatan di sini."aku cuba bertoleransi dengan Encik Ponti supaya dia melepaskan kami.

"Ahh takdenye aku nak lepaskan kau.Kau dah la ceroboh tempat aku lepastu mencurik pulak tu"tuduh Encik Ponti.

"Saya dan rakan-rakan saya tidak mencuri sesuatu pun barang dari rumah encik.tolong la lepaskan kami."rayuku sehingga melutut di hadapannya.

Biarlah aku rendahkan ego aku asalkan aku dapat balik.Aku lapar mengidam nak makan maggi tomyam kut! (Takde kaitan)

"Ahh takde.Kau dah mencuri sesuatu.Kau curi hati aku."Encik ponti berkata begitu sambil merenungku tajam.

Apakah kebenaran????!!!!! (Tiru ayat papazola) Bila masa vampire jadian dari zaman purbakala dengan pakaian zaman awal era 90-an belajar ber pickup line ni??!!

"Pasal cinta ni tolak tepi.Sekarang ni aku nak korang semua tolong aku.Tolong kembalikan aku jadi manusia balik. Tolong carikan aku buku yang bernama 'Volde'.Buku tu ada cara macam mana nak hilangkan sumpahan aku.Lepastu tolong ajar aku kehidupan zaman sekarang.Karang aku terkebil- kebil nak hidup lepas jadi manusia.Aku minta tolong korang sebab aku dapat rasakan korang orang yang baik-baik dan bukan seperti orang-orang yang pernah aku minta tolong sebelum ni"pinta Encik Ponti  walaupun cara dia meminta bantuan agak kureng sikit.

"Ok boleh je.kami akan tolong kau tapi dengan syarat lepaskanlah kami semua dahulu"tawarku bantuan ikhlas kepadanya.

"Ok boleh je."balasnya.


......

"Encik Hazim saya nak tanya.Macam mana orang zaman tok kaduk macam Encik Hazim ni up-to-date sangat ye?Bahasa pun takde macam orang zaman dulu punya cakap-cakap.Siap pandai bagi pickup line lagi tu."Aku bertanya kepada Encik Ponti aka Encik Hazim yang sedang mencuba pakaian di dalam 'fitting room'.

   "Piah tolong carik saiz lain.baju ni kecik la"Encik Hazim tidak menjawab soalan aku sebaliknya sibuk dengan baju yang dicubanya.

    Encik Hazim keluar dari bilik tersebut tanpa memakai baju(seluar pakai la).Aku bersama akak- akak penjaga kedai yang lain serta seorang lelaki lembut (#gaydetected) memandang tak berkelip dia yang sangat seksi.Walaupun badan tak se 'sado' dan sebesar serta segadang Aaron Aziz dan Zul Ariffin tetapi dia mempunyai sixpacks.Tak perasan pulak semalam yang Encik Hazim ni hensem gila!! Encik Hazim kemudiannya merampas baju yang lain dari tangan aku yang ketika itu bertukar menjadi tanggang dan masuk semula ke bilik tersebut.

    "Okay Piah.sekarang saya boleh jawab kut soalan awak.Saya selalu melawat universiti berdekatan dengan rumah banglo saya untuk melihat orang-orang pada zaman sekarang.sedikit sebanyak saya belajar bahasa bahasa sekarang.Lagi satu,tentang luahan hati saya tu sememangnya saya tak main-main.Saya harap Fia dapat terima dengan hati yang terbuka."jawabnya sambil mencuba baju-baju untuk dibeli.

    Aku hanya mendengar penjelasannya sambil mereput.Dia memang buat dua kesalahan hari ini.Satu,dia meranapkan duit aku (okay tipu duit tipah sebab dia kaya) sebab nak beli pakaian,aksesori,i-phone 6 dan lain-lain.kedua,dia membuatkan aku bertukar menjadi tanggang.MENGARUT!

.......

      "Okay sekarang ni adalah misi kita untuk mencari buku yang dapat menghilangkan sumpahan aku.Nama buku tu 'Volde'.Kita kena carik cepat Volde.Aku tak tahan dok makan darah setiap hari.Nak rasa jugak makan makanan yang korang semua makan."rintih Encik Hazim.

    "Kau ingat kitorang tak seksa nak mencari darah untuk bagi kau minum?Dah la tak reti carik sendiri.kerja nak arahkan orang je.Nasib baik bapak si Tipah kaya ada ladang menternak lembu, ayam dan kambing sendiri.Memang kau dengan si Aidan tak boleh dijadikan suami."bebel Piah panjang lebar.

   "Betul tu! Dah la tu sikit-sikit tak boleh kena cahaya matahari.Nak kena payung la pakai baju hitam la dengan perhabiskan duit 'tinted' cermin kereta sampai kena saman dengan JPJ banyak kali."Tipah juga meluahkan rasa tidak puah hatinya.

    Encik Hazim memandangku dan Tipah bersilih ganti dengan pandangan yang tajam seolah-olah dia mahu mencekik kami berdua.Lantak apa aku.Banyak alasan dia konon dekat hutan tu masih terdapat banyak cahaya matahari menembusi pepohonan la bagai sebagai alasan untuk tidak boleh berburu.Habis tu selama ni dia makan apa?Rumput?

    "Dah jangan tukar topik! Aku sekarang ni ada buku panduan tentang bagaimana untuk mendapatkan Volde.Okay perkara pertama yang paling penting sebelum membuat langkah- langkah yang lain yang korang kena buat adalah mendapatkan kuasa dan pengaruh."jelas Encik Hazim setelah dia membaca langkah pertama untuk mendapatkan Volde di dalam buku panduan tersebut.

"Macam mana?"soal Ash yang dari tadi lagi melahap 3 bungkus maggi kari.Lapar katanya.

"Cara paling sebang adalah melalui muzik.Korangkan kena tubuhkan satu band.Korang kena jadi orang yang terkenal dan berpengaruh."beritahu Encik Hazim.

"Boleh ke? Dengan rupa kami semua ni yang agak ......."

"Kita cuba dulu.okay sekarang ni kita kena focuskan dulu misi pertama ni.Nanti i minta bapak i tolong mana yang patut.Amacam??"cadang si Tipah

Tipah dan Ebet sahaja merupakan anak orang kaya kerana Ash dan Fahim merupakan gelandangan yang yatim piatu. Aidan merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang semakin terbiar semenjak mereka mendapat anak kandung beberapa tahun selepas mengambil Aidan sebagai anak angkat.Aku dan Qais merupakan anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan.Kami semua hanya bersetuju kerana ini juga merupakan peluang kami untuk mengubah nasib kami.

"Okay deal.so kita boleh la start misi kita bermula dari....SEKARANG!"

FAIRYTELLEWhere stories live. Discover now