Bab 1 - Part 1

549 29 6
                                    

I think the only reason people hold onto memories so tight is because memories are the only things that don't change when everybody else does - Anon

Itu kisah lima tahun lalu. Sejak dia bersetuju mahu membantu kak Tim menjadi stylist bidan terjun Aakif Alfian, rajin pula kakak saudara DG itu memberinya tiket percuma sekali dengan pas untuk ke belakang pentas setiap kali ada show mahupun fan meeting. Dia pun rajin juga ke teater muzikal Aakif. Sekadar menghormati permintaan Aakif agar dia dapat turut hadir memeriahkan lagi suasana. Bila dia sengaja mencipta alasan untuk tidak dapat hadir, esoknya kak Tim beritahu Aakif ada tinggalkan tiket teater untuknya. Pergh dapat tempat VIP lagi tu! Walaupun berat hati dan kadang-kala sibuk dengan kerja, dia pergi juga. Gila kau tak pergi? Tiket VIP tuh!

Dia senang dengan Aakif. Di sebalik imej dingin yang sering dipamerkannya, he is actually a very warm person. Sampai Mimi selalu mengingatkan hatinya agar tidak jatuh hati pada Aakif walaupun setiap kali lelaki itu senyum padanya, jantungnya berubah rentak.

Setiap kali lelaki itu bertanya tentang dirinya, setiap kali itu jugalah hatinya tersentuh. Mungkin nampak biasa sahaja tetapi bagi seorang Mimi Atiyya, soalan-soalan itu tanda lelaki itu ambil berat tentang diri Mimi. Bertambah lagi 'markah kacak' si Aakif Alfian.

Hampir setahun berkenalan, dia semakin menyenangi lelaki yang dianggap cerewet itu. Tetapi, dek satu peristiwa, dia 'melarikan diri' daripada lelaki itu. Sehingga kini dia masih belum bersedia mahu berhadapan dengan lelaki itu. Segala kenangan antara mereka akan terlayar di ruang mata dan seterusnya menjemput air jernih mengalir menuruni pipinya perlahan-lahan.

Dia tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan. Dia yang terlalu perasan kah? Atau Aakif yang terlalu mengambil berat sehingga timbulnya salah faham?

Dan akhirnya dia buat keputusan untuk pergi. Pergi meninggalkan Aakif seorang diri menghadapi kemelut itu. Biarlah. Saat itu dia merasakan bahawa dia perlu selamatkan dahulu hatinya yang dah dirobek dan terluka teruk itu. Iya dia tahu dia pentingkan diri sendiri, tetapi siapa lagi yang boleh merawat hatinya jika bukan dia sendiri?

"Saya sayang awak, Mimi."

Sebaris ayat daripada Aakif yang dihantar kepadanya lewat press conference mengejut yang dibuat oleh Aakif membuatkan air matanya tumpah semahunya. Dia mengaku hatinya ketika itu goyah membaca pesanan ringkas yang diterima. Tetapi dia terlalu takut mahu melangkah ke dalam dunia Aakif.

Dunia Aakif terlalu berbeza dengan dunianya. Dunia Aakif terlalu penuh dengan ranjau berduri yang Mimi tahu dia takkan mampu hadapinya. Dunia Aakif bukan untuk Mimi. Dunia Aakif.... sesuatu yang Mimi tak mahu dalam hidupnya.

Dia pasrah andainya 'jodoh' dia dan Aakif sampai di situ sahaja. Bukan dia mengalah tetapi keadaan memaksa dia memilih begitu. Betapa berat kakinya mahu melangkah meninggalkan 'daerah' itu tetapi memikirkan apa yang pernah berlaku, digagahkan jua kakinya untuk melangkah bersama perasaan bersalah yang menggunung tinggi.

Sesungguhnya dia terima semua ini.

******

Aakif meraup muka. Cawan putih berisi kopi dia tarik mendekatinya. Cawan itu diangkat mendekati bibirnya. Dia mencicip sedikit. Kemudian dia letak semula cawan itu. Badannya disandar ke kerusi. Kaki kanannya disilang ke atas kaki kiri. Jam di pergelangan tangan kanan dia kerling.

Lambat lagi ke nak habis? Aku dah tak sabar nak blah ni. Tetapi wanita di depannya ini tiada tanda-tanda mahu berhenti bercakap. Dia ni nak kata peguam, tak. Salesgirl pun tak jugak. Apasal la mulut tu becok sangat? Gaya bercerita macam esok tak ada je.

Ehh Aakif, lebih baiklah dia bercerita gaya esok tak ada. Kau nak jumpa dia lagi ke? Dia menggeleng sendiri.

"Kenapa you geleng kepala? You tak setuju dengan I ke?" Suara itu bertanya.

MimiWhere stories live. Discover now