Bab 3 - Part 1

355 15 2
                                    

Dia sedang berjalan dari bilik mesyuarat ke biliknya apabila ada suara memanggilnya. Langkahnya terhenti. Dia menoleh. Vic! Vic yang manis memakai dress warna biru melangkah mendekatinya. Nampaknya Vic ada temujanji hari ini.

"Tiha said you're looking for me?"

"Yes. Come we'll talk in my room." Vic membuntutinya.

"Vic, we're thinking of increasing our work force by hiring another marketing staff so that he or she can help you out. What do you think?"

Wajah wanita berdarah kacukan Cina dan India itu dah bercahaya. "Great! At least I have someone to share the work with."

"So you okay with it?"

Vic mengangguk.

"If that's the case, can you kindly ask any of your friends if they're interested in doing full-time marketing job?"

"With experience or not?"

"Does not matter. I know she can learn wery well if the sifu is you, Vic."

Vic dah ketawa. "Pandailah you ni, Mimi!"

"Tolong I eh, Vic. I really wanna ease your workloads."

"Sure. I'm very glad to do that, Mimi."

"Thank you. If they're interested, as usual la ask them to forward their resume. I will interview them."

"Okay."

Elok sahaja Vic keluar dari biliknya, Tiha pula masuk memberitahu bahawa klien temujanji keduanya sudah tiba dan kini di dalam bilik mesyuarat.

Mimi mengurut perlahan tengkuknya yang lenguh. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghabiskan hari ini dengan baik.

******

Temujanji keempatnya selesai pada pukul 3.45 petang. Mimi meregang-lentur urat badannya yang seperti dilipat-lipat. Lenguhnya mak aih! Jemarinya menggerakkan tetikus untuk melihat jadualnya keesokan hari.

Hmm nampaknya ada penambahan. Ohh yang unit 18-3 tu. Jadi esok Rabu ada lima temujanji. Lusa hari Khamis pula, dia hanya ada tiga temujanji. Manakala untuk hari Jumaat, semua temujanjinya di pejabat developer. Setiap hari Jumaat memang dia akan mengukur jalan ke sana. Jadi mana-mana pembeli yang tak boleh datang ke ofis, Tiha akan minta mereka datang ke pejabat developer di Damansara. Selalunya Tiha akan kumpul 5 hingga 6 fail untuk ditandatangani di pejabat developer. Cara begini lebih mudah sebenarnya (walaupun dia sangat malas nak memandu ke Damansara yang terkenal dengan kesesakannya itu) kerana dia hanya perlu terangkan sekali sahaja pada semua pembeli yang hadir pada hari itu. Jadi jimatlah air liurnya tak perlu ulang benda yang sama 4 atau 5 kali sehari.

Dia kira fail yang diletak di atas rak tiga tingkat miliknya. Situ memang tempat khas untuk fail-fail yang akan ditandatangani keesokannya. Ehh ada empat je?

Dia mahu bergerak ke pintu bilik sebab nak panggil Tiha apabila pintu biliknya diketuk. Mimi berpaling ke belakang. "Yes. Tiha?"

"A copy of LO from Public Bank for clients unit 21-12 just came in via email. This file is expected to be signed tomorrow. You want the loan documents to be signed together or not?" Tiha hulur salinan Letter of Offer yang dia dapat kepada Mimi.

Mimi baca nama peminjam di atas Surat Tawaran itu. Dia baca pula nama pembeli di atas file berwarna coklat yang dah siap disusun oleh Tiha. Kemudian dia belek sekali imbas Surat Tawaran itu. Okey ada nama firma mereka di bahagian solicitor in charge "First party. Okay you prepare the loan documents. I'll inform the purchasers that they're going to sign the loan documents together with SPA and DMC."

Kalau first party, maksudnya pembeli dan peminjam orang yang sama. Kalau third party, pembeli dan peminjam bukanlah bersama. Contohnya:

1. Ali ialah pembeli rumah tersebut, pinjaman atas nama Ali dan Ahmad; atau

2. Ali dan Ahmad pembeli rumah, pinjaman atas nama Ahmad sahaja, atau

3. boleh jadi pembeli Ali dan Ahmad, peminjam Ahmad dan Abu.

Apabila pinjaman itu first party, boleh saja terus tandatangan perjanjian yang berkaitan esok sebab pembeli dan peminjam hadir. Tetapi kalau pinjaman itu third party, dia akan minta Tiha tunda dahulu signing loan document pada hari lain. Sebab signing esok ialah untuk pembeli sahaja. Jadi kalau ada pembeli lain, kena set up tarikh lain. Boleh je dia minta pembeli bersama tu sign loan documents tu dulu, tapi dah menjadi habit Mimi untuk kedua-dua peminjam signing pada hari yang sama.

Satu, mudah bagi Mimi untuk menerangkan apa implikasi lambat bayar pinjaman dan yang lain-lain supaya mereka berdua tahu pinjaman ini bukan untuk suka-suka serta benda-benda lain yang lebih penting.

Kedua, Mimi malas nak terangkan benda yang sama berulang kali. Heh.

"How about LI?" Letter of Instruction.

"Expected to be ready by tomorrow. They will call us for collection."

"Okay."

Selalunya dah dapat LI barulah prepare loan documents. LI ni sejenis surat daripada bank berkenaan yang memberi arahan kepada firma guaman yang dilantik untuk prepare loan documents yang berkenaan bagi klien yang disebutkan namanya di dalam LI tersebut.

Tetapi LI ni selalu jugak masuk lambat. Makanya, apa yang Mimi dan mungkin juga sesetengah peguam conveyancing lain buat ialah: once dah dapat salinan LO dan nama firma mereka tertera dalam LO tu, mereka akan terus buat loan documents. Jadi bila LI dah masuk, loan documents tu dah siap pun.

Apa jadi kalau tiba-tiba LI tu untuk firma lain tapi nama firma dalam LO ialah nama firma kita? Atau LI tersebut dihantar ke firma yang salah? Haaa boleh argue pada bank, LI tu sepatutnya dihantar kepada kita dan klien dah tandatangan pun loan documents. Jadi firma yang dapat LI salah tu, sila pulangkan LI tersebut kepada pihak bank supaya pihak bank boleh keluarkan LI baru dan dialamatkan kepada firma yang betul.

"Tiha, as usual kindly ask them to forward to us the original LO soonest possible."

"Noted, cik Mimi."

Kenapa nak original LO dengan cepat? Sebab original LO perlu disetem kurang dari sebulan tarikh LO tersebut ataupun tarikh peminjam tandatangan LO tersebut. Kalau lebih sebulan, akan kena penalti.

"Tiha, one more thing." Dia baru teringat mahu bertanya sesuatu kepada Tiha.

"Yes, cik Mimi?"

"File unit 18-3 is with you?"

Tiha angguk. "I'm preparing the documents. I'll get it done soon."

"Ohh. It's okay. Take your time."

"Baik, cik Mimi."

MimiWhere stories live. Discover now