******
"Mi, Aakif apa cerita? Dia cari kau lagi ke?" DG bersuara memecah kesunyian setelah hampir sepuluh minit mereka hanya diam sambil mulut sibuk mengunyah pizza, takpun menyudu sup cendawan ke dalam mulut.
Dia sengaja mengajak DG sarapan di Pizza Hut pagi-pagi buta macam ni. Lagipun dia dah lama tak ke sini. Hujung minggunya banyak dihabiskan di rumah sahaja. Takpun balik kampung di Kedah apabila tiba-tiba mama atau babah keluar mandat hujung minggu mereka akan dihabiskan di Kedah. Nak ke dusun la alasan yang selalu diberikan. Sekarang musim rambutan la, takpun musin durian la blablabla. Dia pun layankan aje. Lagipun bukan dia seorang yang memandu. Adiknya yang lagi tiga orang tu dah boleh memandu, kecuali si bongsu Ikin. Jadi dia tak adalah penat pun sepanjang perjalanan ke Kedah. Ala kalau penat kan boleh aje tidur dalam kereta. Tak ada masalah!
Mimi senyum tawar. "Lima tahun dah weh. Dia dah penat kot. Baguslah macam tu. Kau pun tau kan aku masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. Dan juga rasa bersalah pada dia sebab tinggalkan dia macam tu saja masih menggunung tinggi. Aku kalau boleh tak nak ada apa-apa lagi dengan dia. Aku tak nak peristiwa lalu berulang lagi." Cukuplah sekali dia dilukai begitu. Cukuplah sekali dia merawat hatinya yang dicarik-carik sehingga berdarah. Luka itu mungkin sudah sembuh, tetapi parutnya masih kekal di situ.
"Aku sepatutnya tak berhubung dah dengan dia lepas habis jadi stylist dia. Aku selalu terfikir, kalaulah aku tak berhubung dengan dia, mesti aku bahagia kan sekarang. Tak perlu larikan diri macam ni. Tak perlu orang pandang serong pada mama dan babah, pada seluruh keluarga aku." Mimi menyambung.
DG pukul tangan Mimi. "Tak baik tau cakap kalau kalau macam tu."
"Tak adalah. Aku cuma terfikir jek."
"Everything happens with a reason. Or reasons, Mi."
Mimi mengangguk bersetuju. "Aku rasa masa tu dapat tawaran sambung belajar ke UK merupakan satu apa orang kata, blessing in disguise?"
"Haah. Macam smooth je pelarian kau."
Mimi sengih. "Aku pun tak jangka aku akan blah seawal tu."
"Tapi baguslah. Kau pergi awal, balik Malaysia awal." DG gigit sedikit hujung pizza yang dah dicicah sos cili.
"Unexpected but I love it."
"Wei, selama dua tahun kau balik KL ni, tak pernah sekali pun ke kau terserempak dengan dia?" Hebat jugak kawan aku ni mengelak! Guna ilmu jurus apa agaknya ye dah lama tu menetap semula di KL tapi sekali pun tak pernah jumpa si cerewet tu?
Mimi menggeleng. "Ada la kot sekali dua aku macam perasan itu dia, jadi aku terus blah. Kau pun tahu kan mamat tu mana pandang kiri kanan. Memang bertuah la kalau dia perasankan kau."
"Kau masih ingat ek dia macam mana?" DG sengaja mengusik dengan sengih yang berbunga.
Bahunya dijongket tanda malas mahu mengulas lebih lanjut. Korus lagu Lumpuhkan Ingatanku nyanyian band Geisha membuatkan Mimi buru-buru membuka beg tangannya mencari telefon bimbit yang tersembunyi entah di mana. Tak sempat dia jumpa telefon bimbitnya, lagu yang berdering tadi terhenti. Tak lama lepas tu, lagu yang sama kedengaran. Mimi sengih. Orang yang menelefon ni macam tahu-tahu aje kalau nak call perempuan, kena call dua kali. Call pertama dia baru nak cari phone dalam handbag, call kedua tu dia dah jumpa dah phone. Macam sekarang ni.
"Babah aku. Sekejap eh." Dia jawab panggilan babah.
DG membiarkan Mimi berbual dengan babahnya.
"Lagu apa tu?" Dia bertanya elok Mimi letak telefon bimbitnya di atas meja.
"Geisha – Lumpuhkan Ingatanku." Pertama kali mendengar lagu ini, dia terasa liriknya sangat dekat dengannya. Dia mahu ingatannya dilumpuhkan agar tidak lagi ingat pada lelaki itu. Jika boleh dia mahu segala memori dengan lelaki itu dihapuskan. Dia sudah cukup terseksa lima tahun hidup dalam memori yang dia mahu campak jauh tetapi dia terlalu sayang untuk berbuat begitu.
YOU ARE READING
Mimi
RomanceSiapa ingat Mimi? Sila angkat tangan! \^_^/ Cerita ini tidak ada kaitan dengan cupcakes. Tetapi oleh kerana Mimi sukakan cupcakes, so yeah~ Ini versi belum revamp, belum edit. Dan kalau nak baca cerita ni, anda dinasihatkan membacanya sambil mendeng...