Bab 2

387 21 6
                                    

Dia dengar ada ketukan di pintu bilik pejabatnya.

"Masuk!"

Pintu dibuka dari luar. Terjengul wajah Thaqif; kembarnya.

"Sibuk ke?"

Lebar sungguh sengihan kembarnya ini. Ada apa-apa berita gembira ke?

Aakif berjalan ke arah sofa. Thaqif mengikutnya. Aakif menyandarkan badannya ke sofa bagi meredakan ketegangan yang dia rasa di tulang belakangnya.

"Macam biasalah. What's up?"

Thaqif masih lagi dengan sengih mintak penyepak tu.

"Kau dah kenapa sengih macam tu?" Benci pula dia tengok muka kembarnya ini. Rasa nak luku aje!

"Bonda telefon aku semalam." Okey ayat tergantung dan Thaqif sengaja berhenti tak nak sambung.

Eh? "Haa ye la dah kenapa kalau bonda telefon, kau kena datang menghadap aku pulak?"

"Bonda tanya tentang Mimi. Kau rasa aku perlu menghadap kau ke tak?" Kening Thaqif terangkat tinggi.

Automatik badannya tegak. Bonda tanya apa pada Thaqif??

"Bonda tanya siapa Mimi?"

Thaqif geleng. "Kau pun tahu segala maklumat tentang Mimi atau sesiapa pun, bonda boleh dapat dalam masa sehari je."

"Dah tu apahal bonda telefon kau?"

"Bonda tanya aku, Mimi tu perempuan dalam gambar atas meja kau ke? Dan aku jawab ya. Bonda kata bonda dah ingat siapa Mimi. Gadis yang dikaitkan dengan kau lima tahun lepas but you denied it."

Aakif meraup mukanya perlahan. Melalui gambar tu saja, tak mustahil esok bonda akan datang padanya dengan biodata lengkap Mimi.

"Why out of the blue?" Thaqif pelik kerana dah bertahun nama itu tak singgah di bibir kembarnya ini. Tiba-tiba semalam Aakif mengaku pada bonda dia tunggu Mimi. Tak ke terkejut orang tua tu?

Aakif mengeluh. Gambar itu dah lama berada di atas meja kerjanya di rumah. Sejak Mimi 'hilang', gambar itu menjadi penemannya. Menjadi pengganti Mimi yang seolah-olah tidak mahu pulang itu. Banyak kali juga bonda bertanya siapakah gerangan perempuan itu tetapi dia hanya diam tak membalas.

Dan soalan Thaqif itu dia biarkan tanpa jawapan.

"Kau masih cari dia lagi?" Sudah agak lama juga Thaqif lihat kembarnya ini berputus asa daripada mencari Mimi.

Aakif menggeleng kepala lemah. "Kau pun tahu dah lama aku give up cari dia. Aku tanya Iza pun, bukannya bini kau tu nak tolong aku. Kedekut maklumat betul!"

Thaqif ketawa. "Dia dah janji dengan Mimi la. Kau pun ingat senang ke berada dalam kasut Iza? Kanan kawan baik, kiri adik ipar."

"Yalah tu." Mukanya masih muram.

"Itulah aku suruh minta tolong daripada bonda, tapi kau sibuk nak cari sendiri. Sudahnya lima tahun berlalu, batang hidung dia pun kau tak nampak hah." Kalau minta bantuan bonda, mungkin Mimi dan Aakif dah berbahagia sekarang ini. Itu mengikut perkiraan Thaqif la.

"Aku malas nak libatkan bonda. Kau pun faham bonda tu macam mana. Jadi daripada aku yang panas punggung nak mendengar semua soalan cepumas bonda, baiklah aku guna orang aku sendiri cari Mimi." Tapi hebat betul Mimi tu menghilangkan diri ye sebab setahun orang-orang Aakif mencarinya, tak ketemu pun!

******

"Lunch?" Suara riang Jay di muka pintu bilik ofisnya membuatkan Mimi senyum. Jam menunjukkan pukul 12.30. Purse di dalam beg tangan dia bawa keluar. Telefon bimbit di atas meja dia capai.

MimiWhere stories live. Discover now