Bab 4

398 29 5
                                    

I'm gonna smile like nothing's wrong, pretend like everything's alright, act like it's all perfect, even though inside it really hurts – Anon

Elok kliennya keluar ke pintu utama firma, buru-buru dia berlari masuk ke biliknya. Pintu biliknya ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Menggeletar tangannya mencari telefon bimbit peribadi di dalam beg tangannya yang tak banyak barang di dalamnya tapi dia masih tak jumpa telefon bimbit warna putih itu.

Sebaik jumpa, dia tekan speed dial 5. Tak lama menanti, talian bersambung.

"Sila izinkan aku mencarut sekarang. Don't ask. Aku nak mencarut je ni." Tanpa salam tanpa apa, dia terus kepada tujuannya menelefon DG.

DG yang agak terkejut hanya membalas, "Okey."

"Aku pernah bagitahu kau, aku handle satu projek nama Sky Luxor. And we're in the midst of preparing SPA and DMC and setting up appointment for signing. There's one client, she added her little bro as the co-purchaser. Okay usually I will check who is the co-purchaser. But when Tiha told this purchaser wanted to add her little bro as the co-purchaser, I'm just okay with it without checking who the heck is him. Today is their signing day. And it turned out that the little bro is Tengku Aakif Alfian. Aakif Alfian! Aakif! Y'know how much I wanna avoid him. Huru-hara hidup aku sebab nak mengelak daripada lelaki tu. Aku tak bersedia lagi nak jumpa dia. Setelah semua yang terjadi dan dia terpaksa hentikan kariernya dalam industri hiburan gara-gara salah faham tu, kau ingat aku ada muka ke untuk jumpa dia? Aku akan jumpa dia but not today. Bukan hari ini, bukan macam ini. Aku...." kata-katanya mati di situ. Matanya dah basah.

"Mimi...." lirih sahaja suara DG.

"I have to pretend yang aku tak kenal dia. You don't know how hard it is. You can't even imagine macam mana aku terpaksa menghadap dia dalam masa yang sama kena terangkan blablabla dalam SPA DMC tu. Dia senyap je and it's killing me inside. Waktu nampak muka dia kat muka pintu bilik mesyuarat, satu demi satu memori aku dengan dia terlayar macam filem yang diulang banyak kali." Perlahan-lahan air jernih turun melalui pipi mulusnya.

"I know you're strong, Mi."

Mimi kibas-kibas matanya dengan tangan kirinya. "Damn la aku lupa aku pakai contact lens hari ni. Lepas tu aku pergi menangis pulak." Kenapalah mesti pada hari dia rajin nak pakai contact lens? Bukan hari-hari lain yang dia lebih senang pakai cermin mata je sebab malas?

"Balik ni singgah Dubu Dubu jom? My treat." DG cuba memujuk teman baiknya itu. Lima tahun Mimi simpan perasaan trauma tu, dan hari ini percuma saja lelaki itu muncul di depannya.

"Aku tak ada selera. Aku nak balik sekarang."

"Baliklah. Tidur. Berehat. Kau tak ada appointment lain, kan?" Itu lebih baik buat Mimi yang sedang bersedih.

"Tak." Janji temu yang tadi tu merupakan janji temunya yang terakhir untuk hari ini.

"Aku curious satu benda ni." Persoalan yang bermain di benak DG sejak Mimi telefon dia tadi mesti dia tanya hari ini juga takut kalau tunda-tunda, dia akan terlupa.

"Apa dia?"

"Kau memang tak tahu langsung ke dia co-purchaser? Maksud aku, bukankah nama dia ada tertulis kat tepi file tu?" Mustahil Mimi tak tahu. Kalau Mimi ada terbaca nama tu, takkanlah Mimi tak perasan, kan?

"File tu selama ni ada dengan Tiha. Semalam petang sebelum dia balik dia letak kat rak aku. Aku pun tak ada niat nak check sebab aku pun tengah sibuk. Kau pun tahu kan Tiha dah hampir dua tahun di bawah aku, dan sekarang ni dia dah jarang buat silap, so aku pun dah yakin untuk tak periksa satu per satu kerja dia. Signing appointment Aakif dan kakak dia tu pada mulanya tak ditetapkan pun lagi, tapi dah dia orang free hari ni, itu yang Tiha fit in juga. Aku pun ada pesan pada Tiha, kalau dia orang available dalam minggu ni, just fit in je la. Aku tak nak lambat-lambat nanti developer tanya pula kenapa tak sign lagi sebab setiap hari Jumaat pagi, Tiha akan update status pada developer. Kau pun faham kan macam mana gayanya kalau kerja dengan developer yang quite demanding ni. Long story short, akulah yang cuai tak periksa file tu." Panjang lebar dia terangkan. Memang dia pun yang bersalah dalam hal ini. Benda dah jadi kan, apa yang kau boleh buat lagi Mimi?

MimiWhere stories live. Discover now