Bab 5

316 24 5
                                    


Telefon bimbit rasmi miliknya yang bergetar sejak pagi tadi (sejak dia di rumah) tidak dihiraukannya. Dia tak pernah letak telefon bimbit ini dalam mode senyap kerana dia takut dia akan terlepas mana-mana panggilan daripada klien. Tetapi sejak pagi tadi hanya satu nombor sahaja yang begitu tegar menceroboh ketenangannya, dan dia tahu nombor itu milik siapa selepas merujuk kepada kad bisnes yang diletaknya di atas meja semalam, membuatkannya sesak dan akhirnya dia letak telefon bimbit ini dalam mode senyap.

Siapa lagi kalau bukan Aakif Alfian!

Lima belas minit berlalu, telefon bimbit itu senyap sahaja. Hmm mungkin Si Cerewet tu dah berputus asa. Sekarang ni bolehlah dia tumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerja yang tertunggak sejak dia masuk pejabat tadi gara-gara ada orang gila yang tidak berhenti menelefonnya.

Hari ini dia ada tiga janji temu. Satu dah berlalu pagi tadi. Sekejap lagi pukul 11 merupakan janji temu keduanya.

Sekali lagi telefon bimbit itu bergetar. Dia lihat nama pemanggil. Nombor yang tak dikenali. Bukan nombor yang sama. Hmm mungkin klien. Tapi dia jarang tak simpan nombor klien. Tak apalah, angkat sajalah. Mana tahu penting.

"Hello?" Telefon bimbitnya dilekap ke telinga kiri bila dia perasan ada satu e-mel penting masuk ke dalam kotak inboxnya. Tetikus dibawa ke kotak inbox. E-mel yang diterima itu dia buka. E-mel daripada pihak pemaju.

"Mimi Atiyya...."

Terus tangannya kaku mahu membalas e-mel penting itu. Matanya dipejam. Berharap agar semua ini hanyalah mimpi semata-mata. Sungguh dia takut mahu membuka matanya. Dia takut menghadapi kenyataan yang menyakitkan ini.

"Mimi...." Lirih suara itu kedengaran.

Mimi menarik nafas panjang dan dilepasnya perlahan. "Yes, Encik Aakif?"

"Saya nak ajak awak keluar lunch."

"I believe we already settle everything yesterday." Dia membalas dengan sebuah senyuman yang dibuat-buat meskipun Aakif tak nampak.

Dia tahu Aakif ialah kliennya. Jadi dia cuba melayan Aakif selayaknya.

"Mimi, you still mad at me?"

Allah.... Sesungguhnya dia tidak pernah marah kepada lelaki ini. Dia tak berhak memarahi lelaki itu kerana dia yang meninggalkan lelaki itu menghadapi segalanya seorang diri. Soalan itu sepatutnya datang daripada Mimi, bukan Aakif!

"I have no right to be mad at you, Encik Aakif." Masih lagi dengan senyuman plastik. "Encik Aakif, if you have no other questions, I think better we stop this conversation as I have so many things to be settled today." Mohon Aakif faham bahawa dia tidak mahu berbicara tentang perkara itu lagi.

"Mimi, I'm sorry."

"Assalamualaikum." Dan panggilan terus dimatikan.

Mimi pegang dadanya yang berdebar hebat. Nafasnya yang tidak teratur membuatkan dadanya terasa sesak. Lupakan saya, Aakif. Meskipun mungkin ada yang belum selesai antara kita, saya tak berhajat untuk menoreh kembali luka lama itu. Cukuplah ia tersimpan jauh di satu sudut terpendam di dalam hatinya.

******

Semasa dia sedang bangun mahu turun makan tengah hari, telefon bimbit rasminya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Saya tunggu awak di Restoran Kunang-kunang.

Haih nampaknya hari ni tak boleh makan kat restoran kegemarannya. Sudahlah dua hari tidak berkunjung ke sana sebab dia tiada masa untuk turun ke bawah jadi untuk makan tengah hari dia hanya makan roti yang disimpannya sebagai makanan kecemasan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MimiWhere stories live. Discover now