"What?!" Jerit Anis.Baru saja sebentar tadi mamanya memberitahu bahawa ingin mengahwininya dengan anak Tengku Sofea dan Tengku Ahmad, Tengku Afiq adik kepada kawan baiknya Tengku Irwan.
'Takkanlah aku jadi adik ipar Irwan'getus hati Anis."Anis janganlah macam tu. Mama dah janji dengan Aunty Sofea nak kahwinkan kamu dengan anak dia. Please,jangan buat malu mama ye sayang," rayu Datin Sharifah.
Anis duduk semula ditempatnya.
"Mama,bukan Anis tak nak tapi Anis kena fikir jugak masa depan Anis. Nanti kalau Anis kahwin siapa nak jaga mama? Siapa nak tolong mama cari kakak Anis?"Datin Sharifah terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Anis sebentar tadi.
'Macam mana Anis boleh tahu? Takkanlah dia tengok gambar dalam diari aku?'getus hati Datin Sharifah."Sorry ma,bukan Anis sengaja. Anis ternampak dekat katil atas bilik mama. Anis fikir tu buku biasa,jadi Anis bacalah. Please ma,Anis tak nak kahwin,"jujur Anis.
"Sepatutnya mama yang minta maaf. Bukan mama suka nak sembunyikan tapi mama terpaksa. Mama takut kamu marah dengan mama,"sayu Datin Sharifah.
Anis terus memeluk mamanya."Shhh....Anis janji tak akan marah. Anis cuma nak tahu perkara sebenar je. Boleh mama cerita tak?"
"Sebenarnya masa tu mama bawa kakak kamu pergi ke hospital sebab nak check kandungan mama. Masa tu kakak kamu umur dua tahun. Kakak tiba-tiba hilang jadi mama fikir dia pergi jumpa dengan arwah papa. Mama masuk sendiri untuk pergi check. Lepas tu,bila mama keluar mama jumpa papa. Papa tanya mana kakak. Jadi mama jawab dekat papa tapi papa cakap tak ada dekat dia. Papa fikir dia dengan mama. Jadi kami cari kat semua tempat,"
"Habis,mama jumpa tak?"tanya Anis.
Datin Sharifah hanya menggeleng kepala."Tak,mama tak jumpa dia. Mama dengan papa pun lapor dekat polis. Tapi polis pun tak dapat jumpa kakak Anis,"
"Siapa nama kakak Anis?"
"Aina Nadia,"'Macam pernah je dengar nama tu.Ahh nama tu kan ada dalam senarai penerima bunga yang dihantar oleh Tengku Afiq.'getus hati Anis.Anis hanya menggeleng kepala.
"Kenapa ni Anis?"tanya Datin Sharifah hairan.
"Tak de apa-apa cuma.......macam pernah dengar nama tu,"jela s Anis.
♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚
"What!!! Mummy nak suruh Afiq kahwin dengan bawahan Afiq,"marah Tengku Afiq.
"Jaga mulut tu Afiq. Dia bukan bawahan kamu dia bakal isteri kamu. Mummy dengan mama Anis dah sepakat. Habis je perkahwinan along,mummy nak kamu kahwin dengan Anis sebulan selepas tu,"jelas Tengku Sofea.
"Tapi mummy, Afiq bukan cintakab dia pun,lagipun afi......,"
"Afiq, mummy nak tengok anak mummy ni kahwin sebelum mummy tutup mata. Mummy nak tengok kamu bahagia sampai ke anak cucu. Mummy nak sangat tengok anak mummy kahwin. Okey,"rayu Tengku Sofea.
Tengku Afiq hanya mengeluh sambil menggaru kepalanya.
"Okay fine. Tapi mummy kena janji dengan Afiq jangan sebut pasal mati lagi ok? Beri masa untuk Afiq.Afiq belum sedia lagi,"Tengku Sofea hanya mengganguk kepala sambil tersenyum.
YOU ARE READING
MADE WITH LOVE
RandomAnis Natasya-'awak mesti keluar dengan Aina kan? kalau tak nak kahwin dengan saya pun tak payahlah nak mabuk macam ni' Tengku Afiq Shah-'sukahati akulah nak buat apa.Yang kau sibuk ni pahal?! Aku nak Anis Natasya aku yang dulu tahu tak!! Kau bukan d...