Bab 2

879 23 3
                                    



RYKAL YANG sedang bersiap itu sedikit terkejut apabila terdengar pintu biliknya ditepuk kuat. Terhenti tangannya yang sedang menyembur perfume berjenama Annick Goutal's Eau D'Hadrien itu ke tubuh tegapnya. Sudah tahu sangat akan perangai Azrif yang kaki mengusik itu. Sengajalah tu menyakatnya yang sememangnya lambat bersiap.

"Woiii!" Balasnya sambil mengeluh geram. Sempat dia menjeling sekilas jam kecil yang terdapat di dressing table itu. Sudah melewati pukul tujuh setengah pagi. Masih berbaki tidak sampai sejam sahaja lagi untuk masa masuk ke pejabat. Walaupun dia terkenal dengan sikap teliti dan cerewetnya, namun tidak pernah sekalipun dia terlewat untuk ke pejabat.

Malas untuk melambatkan lagi masa yang terbuang, akhirnya dia tergesa-gesa mengambil briefcase yang berada di meja study sebelum melangkah menuju ke ruang tangga. Dan tidak sampai seminit kemudian, jasadnya sudah pun tiba di meja makan. Kelihatan Puan Sri Atikah dan Azrif sedang setia menunggunya di situ.

"Morning.. sorry Tok Ma.. terpaksa tunggu Rykal." Sapa Rykal seraya memohon maaf akan kelambatannya itu. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah kiri neneknya.

"Morning.." Balas Puan Sri Atikah sambil tersenyum ceria. Langsung tidak terkesan dengan kelambatan dari cucunya itu. Lagipun Rykal hanya terlewat sepuluh minit sahaja berbanding Azrif. Tak ada lah kategori lewat sangat. Dan masih tidak terlalu lambat untuk ke pejabat.

Namun di satu sudut di sebelah kanan, Azrif sudah mencemikkan mulutnya. Tanda tidak berpuas hati dengan Rykal. Lagi-lagi apabila neneknya tidak ambil kisah sangat. Padahal saat itu perutnya tersangatlah lapar. Terpaksa aje menahan semuanya dari tadi. Yelah nak isi perut dulu kan takut kena perli dengan neneknya pula. Tak menyempat-nyempat nak makan. Tambahan lagi Puan Sri Atikah setia sahaja menunggu mereka berdua sejak tadi lagi. Langsung tak merungut apa pun!

"Cepat sarapan.. nanti karang lambat nak masuk pejabat pulak." Gesa Puan Sri Atikah pada kedua-duanya yang masih berpandangan sesama sendiri. Rykal mempamer sengih sebelum mengambil sekotak jus oren ke sisi. Dituangnya berhati-hati ke dalam gelas yang sudah tersedia di hadapannya.

Manakala Azrif pula sekadar menuang susu kotak ke dalam gelas. Masing-masing meneguknya dengan sopan sebelum Azrief meletakkan kembali gelas di meja. Kala itu dia teringatkan sesuatu. Wajah neneknya itu ditatap seketika.

"Tok Ma, hari ni Az mungkin balik lambat sikit."

"Rykal pun."

Dan tanpa sempat Puan Sri Atikah mencelah, Rykal terlebih dahulu menyampuk. Seketika neneknya itu berhenti menyuapkan sarapan ke mulut. Sudu dan garfu mula diletakkan ke sisi pinggan. Nasi goreng yang baru saja disuapkan beberapa sudu ke mulut itu dialih ke tepi buat seketika. Perlahan-lahan dia mengunyah sebelum tersenyum memandang kedua-dua cucunya itu.

"Bukan tiap-tiap hari ke kamu berdua balik lambat.. setahu Tok Ma, dalam sebulan tu, sekali dua je Tok Ma nampak muka kamu berdua kat rumah ni sebelum Maghrib. Hari lain? Tengah-tengah malam baru nak nampak muka."

Panjang lebar Puan Sri Atikah memperli. Sengaja! Serta-merta muka Azrif dan Rykal berubah riak. Azrif sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betul-betul setepek kena kat atas muka. Langsung tak dapat nak lari dah!

"Kat pejabat tu banyak kerjalah Tok Ma.. Tok Ma pun tahu kan?"

Azrif masih lagi mencuba untuk memberi alasan. Sebetulnya memanglah banyak kerja-kerja yang perlu diuruskan di pejabat. Namun tak adalah sampai kena balik sampai lewat malam. Dan adakalanya sampai awal pagi barulah dia menjejakkan kaki ke rumah. Mana taknya kena perli dengan wanita tua itu.

"Betul tu Tok Ma."

Sampuk Rykal pula. Kali ini dia bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Azrif.

"Memanglah Tok Ma tahu.. dah masak sangat dengan perangai kamu berdua ni.. bila nak berubah pun, Tok Ma tak tahu lah."

Keluh Puan Sri Atikah kembali menyambung suapan ke mulutnya setelah bersetuju dengan alasan dari kedua cucunya itu. Memang diakui yang kedua-dua cucunya itu agak gila dengan kerja. Workaholic sangat! Seolah-olah dua puluh empat jam sehari tu tidak cukup untuk mereka. Cuma yang dia tidak berkenan apabila Rykal dan Azrif selalu sahaja pulang lewat ke rumah. Ada saja alasan yang mereka berikan.

Rykal dan Azrif sama-sama berlaga pandang sebelum melarikan pandangan ke arah lain. Buat-buat tidak dengar. Atau yang sebenarnya tidak sanggup menatap sepasang mata tua itu yang merenung tepat ke arah mereka berdua.

EMMA MEMBERHENTIKAN kereta Myvi merahnya di barisan paling hadapan tatkala lampu isyarat bertukar merah. Kala itu dia sedang di dalam perjalanan ke hospital untuk bekerja syif pagi. Jari-jemarinya diketuk-ketuk perlahan pada stereng kereta mengikut alunan lagu pada radio yang terpasang.

Namun ketenangan yang dikecapi itu seakan lenyap hilang tatkala telinganya menangkap bunyi gesekan kuat tayar kereta pada jalan tar. Jantungnya terus berdetap laju. Ada kemalangan ke? Namun hanya gesekan tayar sahaja yang kedengaran. Tiada bunyi lain lagi selepas itu. Seketika dia mengurut dada kelegaan.

Apabila terpandangkan di sebelah kanan, matanya terpandang kepada dua buah kereta mewah yang sudah mengambil tempat sebelah-menyebelah dengan kereta Myvinya itu.

Emma sempat mengerling sekilas ke arah pemandu lelaki yang sedang menurunkan spek hitam di sebelah kanannya. Boleh tahan kacak! Desisnya dalam hati memuji akan keelokan wajah ciptaan Tuhan itu. Namun lelaki kacak itu langsung tidak berpaling kepadanya tetapi sedang memandang ke arah kanan. Seolah-olah sedang melihat sesuatu. Ah bersembang dengan pemandu sebelah rupanya. Sempat lagi kedengaran tawa mereka berdua walaupun keadaan jalan di situ agak sibuk pada waktu pagi sebegitu. Dia mencebikkan bibirnya. Menyampah betul!

"Macam ni lah lagak orang kaya, dia buat jalan tu macam dia yang punya je.. sempat lagi tu nak bersembang bagai.. macamlah dia seorang yang bayar tol." Sungut Emma lagi membebel sendirian. Agak menyampah dengan lagak dan perangai seperti pemandu-pemandu kereta mewah di sebelah kanannya itu.

Malas untuk melayan hatinya yang sedikit sebal dengan kejadian itu, dia terus sahaja memecut laju kereta Myvinya itu setelah lampu isyarat bertukar hijau. Bimbang pula jika terlalu melayan rasa hati boleh dibuat lambat pula sampai ke tempat kerja. Dan sudah tentu dia tidak mahu semua itu berlaku.

Walaupun keretanya mendahului akan pelepasan lampu isyarat hijau itu, matanya sempat menjeling side mirror. Dan dari apa yang diperhatikannya kedua-kedua kereta mewah itu seakan mahu berlumba sahaja sebaik sahaja lampu isyarat merah itu bertukar.

Tidak sampai beberapa saat Emma memerhatikan kedua-dua kereta mewah itu yang seakan mahu berlumba, sekali lagi dia dikejutkan dengan bunyi enjin kuat dari arah belakang sebelum kereta Myvinya yang berada di sebelah kiri dipotong laju dan mengejut. Kala itu Emma hampir membulatkan mata.

Kereta Audi A4 hitam dan BMW X6 putih itu sudah pun memulakan pecutannya tanpa mempedulikan kenderaan lain yang bersusun pada laluan tiga sebelah itu.

"Sebab itulah aku anti dengan lelaki kaya ni.. tambah-tambah pulak kalau yang baru nak jadi kaya.. dia punya berlagak tu perghh.. macam tak pijak tanah.. mintak simpang Malaikat 44.. janganlah aku jumpa dengan lelaki macam tu."

Sambung Emma lagi membebel geram. Meluahkan rasa tidak puas hati. Yelah kalau nak berlumba sekalipun pergilah cari trek lumba ke apa? Taklah berlumba kat jalan raya tempat orang ramai memandu. Apa tak sayang nyawa ke apa? Getus hati Emma lagi. Sebelum dia kembali fokus kepada pemanduannya yang sedikit terbantut dengan situasi perlumbaan dua buah kereta mewah itu tadi.

Assalamualaikum CintaWhere stories live. Discover now