Bab 4

659 17 0
                                    


SHERRY YANG berpakaian seksi dengan skirt putih pendek separas peha itu melangkah masuk dengan penuh bergaya ke syarikat milik Puan Sri Atikah itu yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu. Dia tersenyum lebar apabila mengenangkan akan tujuan yang sebenar dia datang ke situ pada hari ini. Dan dengan penuh berlagak serta tanpa mempedulikan pekerja-pekerja lain yang berada di ruang lobi, dia terus sahaja menonong ke lif untuk ke tingkat lima.

Dalam masa yang sama, kelihatan Rykal sudah pun bangun dari kerusinya. Kala itu jam sudah pun menghampiri waktu tengah hari. Perut pun dah mula berkeroncong setelah lama kosong sejak sarapan pagi tadi. Namun langkahnya terhenti tatkala matanya kelibat Sherry yang tiba-tiba melintas dari hadapan pintu biliknya. Serentak dia mengundur kembali beberapa langkah. Tidak jadi untuk keluar dari bilik. Dia mengeluh sedikit lega. Nasiblah perempuan berlagak itu tidak perasan akan wujudnya dia di situ.

Tidak sedap hati, Rykal berjalan kembali menuju ke pintu biliknya dan menyorok di situ. Walaupun Sherry tidak mencarinya namun dia tidak berapa gemar dengan kehadiran perempuan itu di situ.

"Dia dah buat surprise lagi.. tak ada kerja ke apa? Habislah kau Az.. kau beritahu aku tadi ada lunch date dengan Nadia.. masaklah kalau macam ni."

Rungut Rykal apabila teringat kembali dengan apa yang diberitahu oleh sepupunya sebentar tadi. Katanya mahu keluar makan dengan Nadia sebentar kerana lama tak jumpa. Namun dengan kehadiran Sherry di situ untuk ketika ini bakal menimbulkan kekecohan jika perkara itu diketahui oleh perempuan berlagak itu.

Rykal membetulkan sedikit tali lehernya sebelum membuka pintu biliknya dengan perlahan-lahan. Kepala dijengukkan sedikit pada celahan pintu yang terbuka sambil matanya melilau melihat ruangan pejabat yang menempatkan sebahagian dari staff itu. Nampak macam line clear je? Desis hati Rykal. Tak ada pulak bunyi bising-bising seperti kebiasaan Sherry datang ke situ. Semuanya dah okay ke?

Walaupun begitu dia tetap rasa tidak sedap hati. Dia kembali menutup pintu biliknya dan kembali melabuhkan punggung di kerusi. Mungkin dia perlu menunggu buat seketika sebelum keluar. Walau macam mana pun, dia tetap rasa bimbang dengan sepupunya di bilik sebelah.

NIA MENGALIHKAN sedikit gelas yang berisi jus oren itu ke tengah meja setelah minuman yang baru dihantar itu sudah beberapa kali disedut. Dia memandang ke arah Anita yang sedang mengacau-ngacau straw minumannya. Ketika itu mereka berdua sedang menunggu untuk makan tengah hari di sebuah kafe berdekatan dengan ofis mereka bekerja.

"Kalau ayah aku tu macam ayah kau, tak adalah aku macam ni." Rungut Nia akan satu punca dari masalahnya. Semua itu berkait-rapat dengan latarbelakang keluarganya atau lebih tepat mengenai bekas pekerjaan ayahnya itu.

"Susah jugak hidup kau ni kan? Nak ada boyfriend pun tak boleh.. tapi kan kalau tak berkawan, macam mana kau nak tahu perangai sebenar dorang? Hantu ke atau memang hantu? Atau pun hantu bungkus?" Anita mengeluh selamba. Namun keluhan dari Anita itu disambut dengan sambutan ketawa dari Nia.

"Mulut kau jahat sangat kan? Suka hati orang je cakap orang hantu." Tuduh Nia pada mulut Anita yang terlalu 'lepas' itu. Kadang-kadang sahabatnya itu boleh tahan lucu orangnya.

"Dah memang betul apa yang aku cakap.. kau kenalah cakap dengan ayah kau tu.. kalau tak sampai bila-bilalah kau macam ni.. lainlah kalau kat mata tu ada scanner.. tak pun susah-susah sangat kau suruh je ayah kau carikan calon untuk kau."

Tiba-tiba Anita dapat idea. Mungkin itu yang terbaik untuk Nia. Macam kata orang, jodoh pilihan ibu bapa lebih berkat.

"Ishh tak naklah aku.. sah-sah dia cop abang terap jugak." Balas Nia sambil mencebik. Tak dapat nak dibayangkan kalau calon suaminya itu dipilih cari calon 'abang terap' jugak. Apa dah tak ada orang lain ke kat dunia ni!

Assalamualaikum CintaWhere stories live. Discover now