EMMA MELANGKAH masuk ke dalam kawasan hospital dengan muka yang masam mencuka. Hatinya masih lagi terkesan dengan apa yang terjadi ketika dia memandu tadi. Rasa bengang pun ada. Tatkala dia melintasi kaunter pendaftaran, sempat dia mengerling Hidayah rakan sekerjanya yang bertugas di bahagian hadapan hospital itu.
"Emma.." Sapa Hidayah dengan sedikit kuat. Rasa pelik mula menerjah ke hati apabila melihat rakan sekerjanya itu menonong masuk tanpa mempedulikannya yang berada di situ. Muka Emma pun nampak ketat semacam saja. Setahunya Emma bukanlah jenis gadis yang sombong. Gadis itu amat ramah dengan semua orang. Sesuai dengan kerjanya sebagai jururawat di situ. Tapi Emma ada masalah ke? Hati Hidaya mula tertanya-tanya sendiri.
Emma memberhentikan langkah. Mengundur beberapa langkah untuk ke kaunter pendaftaran yang sudah ketinggalan di belakang. Wajah Hidayah yang penuh dengan tanda tanya itu ditatap seketika. Cerita je lah kut. Bolehlah hilangkan sikit rasa sebal kat hati ni!
"Pagi-pagi dan buat muka ketat semacam. Apa hal ni sis?"
Hidayah bertanya selamba walaupun dia perasan dirinya mula menjadi perhatian beberapa orang awam yang sedang menunggu di kerusi menunggu di hadapannya itu.
"Kau tahu tak yang aku tengah bengang gila?"
Jawab Emma kembali namun jawapannya itu bertanda tanda tanya. Membuatkan Hidayah mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak berapa faham dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.
"Tak faham aku.. bengang kenapa pulak ni? Kau ni pagi-pagi dan hangen kus-kus.. ni mesti pasal lelaki kan?"
Telah Hidayah seraya menaikkan sedikit keningnya sebelah. Sekadar menduga sahaja. Kalau betul memang tepat lah dugaannya itu. Namun setahunya Emma bukanlah jenis perempuan yang suka marah-marah tak tentu pasal. Dan jarang sangat melatah untuk perkara yang remeh-temeh. Dan disebabkan itu jugalah dia menjadi jururawat 'favourite' di hospital itu.
"Tahu tak pe.. kau tahu tadi masa aku on the way ke sini.. adalah mamat-mamat bawak kereta mewah ni.. berhenti kat traffic light sebelah-menyebelah.. dia buat jalan tu macam dia punya je.. siap bersembang bagai lagi.. orang kaya memang macam ni kan? Berlagak tak kena dengan tempat." Emma menjelaskan secara panjang lebar akan kejadian yang dilaluinya semasa di dalam perjalanan tadi.
"Kau nampak ke tuan punya kereta tu? Tua ke muda?" Soal Hidayah. Namun soalannya sudah melencong ke arah lain. Entah kenapa dia lebih berminat untuk mengetahui akan 'mamat-berlagak-kaya-pakai-kereta-mewah' yang diceritakan oleh sahabatnya itu tadi. Bercahaya matanya memandang ke arah Emma. Kena fokus betul-betul ni. Kalau boleh tak nak satu ayat dari Emma pun terlepas dengar!
"Mestilah muda.. kalau dah orang tua, tak ada maknanya dia orang akan buat perangai tak semenggah macam tu.. dahlah masa stop kereta tepi aku bukan main kuat lagi bergesek tayar dengan jalan.. terkejut aku sekejap.. ingatkan dah accident ke apa.. benci betul aku dengan orang macam ni tau.. langsung dah tak pedulikan keselamatan orang lain.. ingat nyawa boleh dibeli dengan duit gamaknya!"
Emma melepaskan rasa geramnya yang masih berbaki. Wajah Hidayah yang sedang mendengarnya bercerita itu dipandang seketika. Berharap yang rakan sekerjanya itu memahami akan rasa hatinya ketika ini. Namun harapannya punah apabila Hidayah tiba-tiba ketawa.
"Kau jangan nak benci sangatlah Emma... silap hari bulan.. orang kaya yang kau benci tu, sekali jadi laki kau.. haa, baru kau tahu.." Sengaja Hidayah menakut-nakutkan Emma walau apa yang diperkatakannya kebanyakannya memang betul. Dah banyak kes seperti itu. Mula-mula benci lepas tu jatuh sayang. Ala macam drama petang-petang kat tv tu!
YOU ARE READING
Assalamualaikum Cinta
Storie d'amore- Satu projek khas untuk terbitan ekslusif sempena Pesta Buku Antarabangsa 2016 ASSALAMUALAIKUM CINTA PENULIS : ZURA ASYFAR PENERBIT : KARYASENI ISBN : 978-967-469-018-2 HARGA : RM35.00 (Semenanjung) RM38.00 (Sabah & Sarawak)