Bab 6

948 24 12
                                    


NADIA MELIHAT jam tangan berjenama Fossil di pergelangan tangannya untuk kesekian kalinya. Sudah hampir setengah jam lamanya lelaki yang bakal ditemuinya itu terlewat. Dia cuba untuk masih bersabar sejak tadi walaupun minuman yang dipesannya sejak dia mula-mula sampai tadi sudah pun berbaki separuh. Dahaga punya pasal. Lagipun lepas Azrif sampai nanti, dia boleh sahaja pesan yang lain.

Sesekali dia melirik pandang ke arah pekerja restoran yang dirasakan asyik memandangnya. Mula merasa segan pula. Lagi-lagi hanya dia seorang sahaja yang berada di meja tanpa pasangan. Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ semuanya datang berpasangan atau datang secara beramai-ramai. Hanya dia sahaja yang keseorangan seperti kera sumbang sahaja. Dah nampak macam perempuan tak laku pun ada juga!

"Manalah dia ni? Pukul berapa nak sampai ni? Dari tadi lagi sebut on the way..on the way apanya kalau dah sampai setengah jam tak sampai-sampai jugak." Nadia bersungut panjang menahan geram dengan sikap Azrif yang sepertinya tidak menepati masa yang dijanjikan. Kalaulah dia sudah ada temu janji yang lain, tak ada maknanya dia akan terus menunggu lelaki itu di situ. Lebih baik dia blah sahaja. Tak adalah penat menunggu dan juga menahan perut yang tengah lapar. Boleh masuk angin juga dibuatnya. Sekali lagi dia menarik telefon bimbit yang berada di meja. Digenggam-genggam seraya matanya menjenguk kelibat Azrif yang masih tak nampak batang hidung.

Dan dalam pada masa yang sama, kelihatan Rykal bersama dengan Rose baru sahaja tiba di hadapan pintu restoran yang sama dengan Nadia. Rose yang sedang memaut erat lengan lelaki bernama Rykal itu tersenyum lebar apabila ada saja mata-mata memandangnya. Bangga betul dapat keluar dengan lelaki kacak dan kaya bernama Rykal Iqbal itu.

Rykal yang pada mulanya ceria sahaja bersama Rose tiba-tiba memberhentikan langkah secara mengejut. Matanya terpandangkan sesuatu. Sesaat dia terus menelan liur. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. Memang sah perempuan yang bernama Nadia itu sedang duduk di satu hujung kiri restoran yang hampir dimasukinya itu. Setelah menyedari yang perempuan itu memang Nadia, perempuan yang ada hubungan dengan sepupunya. Dia terus berpusing. Tidak mahu kelibatnya akan disedari oleh Nadia.

Manakala Rose pula memandang gelagat Rykal yang dirasakan pelik. Berkerut-kerut dahinya melihat Rykal yang seakan gelabah saja. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dan dia juga tertanya-tanya juga kenapa reaksi lelaki di sebelahnya itu sudah lain macam.

"Kenapa ni?" Soal Rose memandang wajah Rykal yang sudah berubah. Hilang terus senyuman di wajah kacak itu.

"Tak ada apa-apa.. jom kita makan kat tempat lain." Rose terpinga-pinga dengan jawapan dari lelaki berkulit cerah itu. Rasa macam tak logik dek akal sahaja kalau tiba-tiba tak jadi makan kat restoran itu. Yalah sekali imbas pun mesti dah dapat agak ada sesuatu yang tak kena. Cuma hatinya tidak dapat meneka apakah sebab gerangannya.

Rose sempat melilau memandang ke arah restoran yang sudah dipenuhi oleh pengunjung itu untuk makan tengah hari. Tanpa sempat mencari apa-apa jawapan, tangannya sudah ditarik oleh lelaki berambut lurus itu untuk menjauhi tempat itu. Dan untuk sekali lagi Rose rasa langsung tidak berpuas hati. Takkan kena cari restoran lain pulak kut? Malasnya nak kena menapak dengan higheels bagai ni!

Akhirnya mereka berdua keluar juga dari restoran yang menjadi kegemaran dari Rose itu. Kebiasaannya restoran itu akan menjadi 'port' mereka ketika keluar berdua.

"Tapi kenapa tiba-tiba? Tadi you jugak yang nak makan kat situ kan?" Rose masih lagi menagih jawapan sebenar. Tidak dapat dinafikan yang restoran itu agak menepati citarasa mereka berdua. Yalah, restoran zaman sekarang kebanyakannya dalam gambar dan iklan sahaja yang nampak menarik. Hakikatnya 'hauk' sahaja. Kena diri sendiri yang cuba barulah tahu macam mana.

"Takpelah.. kita makan kat tempat lain.. tak salah kan?"

Rykal cuba berlembut dengan Rose. Bukan dia tak perasan wajah Rose mula berubah tatkala dia tidak jadi makan tengah hari di tempat kegemaran perempuan itu. Rose memandang wajah Rykal. Lama. Seakan mencari apa yang sebenarnya terjadi.

"Memanglah tak salah tapi.." Rose tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah Rykal sudah berubah sedikit serius.

"Dahlah tu.. tak payahlah bising-bising lagi.. kita bukannya tak jadi makan.. cuma tukar restoran lain je.. mana tahu lagi best." Rykal berkata dengan nada serius walaupun bernada memujuk. Rose yang faham dengan perangai lelaki itu mula terdiam. Tidak mahu untuk memanjangkan perbualan yang pastinnya dia takkan menang. Lagipun Rykal tidak berapa gemar dengan perempuan yang suka merengek-rengek tak tentu pasal. Nampak macam tak berapa nak matang.

Dan akhirnya mereka berdua keluar dari restoran itu walaupun muka Rose sudah berubah kelat semacam. Terpaksa mengikuti Rykal yang sudah mula beredar.

NADIA MENGELUH penuh rasa geram yang memuncak. Hampir sejam sudah lamanya dia terpaksa menunggu Azrif. Tercongok sahaja di restoran itu tanpa berbuat apa-apa. Nak bersembang bukannya dia ada pasangan pun. Air minuman yang dipesannya sejak awal-awal tadi sudah pun habis. Pada pekerja restoran yang asyik memandangnya, dia seakan sudah tidak tahu untuk menyorok muka ke mana. Apalagi apabila beberapa kali pekerja restoran itu berulang-alik ke mejanya untuk bertanyakan order. Dan untuk kesekian kalinya, Nadia sudah putus asa untuk menunggu. Dia terus mencapai handbagnya di atas meja sebelum bangun. Berkira-kira untuk beredar dari situ selepas membayar bil.

Namun dia sedikit terkejut dengan kehadiran Azrif yang tiba-tiba berlari-lari anak menuju ke arahnya. Anak mata terus menjeling tajam. Tanda tidak berpuas hati lantaran menunggu terlalu lama.

Azrif mengeluh sedikit lega. Lega sedikit hati apabila perempuan bernama Nadia itu masih berada di situ. Dia menyeka peluh yang merintik di dahi. Penat akibat berlari-lari tadi. Nafas pun masih belum normal sepenuhnya. Masih lagi tercungap-cungap meminta oksigen.

"Sorry I lambat.. jalan jammed sangat tadi.. you nak pergi mana ni?" Azrif langsung terus memohon maaf. Sempat matanya mengerling pada Nadia yang seakan sudah mahu beredar dari situ.

"Balik." Jawab Nadia pendek. Jelas dan lantang. Bagi lelaki di hadapannya itu sedar sikit yang dia dah tak punya masa nak main-main. Serius.

"Tapi I baru je sampai.. takkan you dah nak balik." Azrif cuba menahan Nadia dari balik. Penat berkejaran dari berjumpa dengan Sherry tadi masih lagi tak hilang. Dengan jammed yang teruk lagi ketika dia di dalam perjalanan ke sini. Yalah waktu tengah hari semua orang berpusu-pusu keluar untuk cari makan. Jadi memang nak tak nak terpaksa redah juga dalam keadaan jalanraya penuh sesak itu.

"You tengok jam sekarang dah pukul berapa? I pun dah tak lapar.. kenyang sangat dah sebab menunggu lama.." Marah Nadia tanpa tertahan-tahan. Segala yang terbuku dihati diluahkan. Jari dituding pada jam yang terdapat di pergelangan tangan. Biar lelaki itu dapat rasa sendiri macam mana yang seksanya terlalu lama menunggu. Serius Nadia sudah hilang mood untuk makan walau perut berkeriut menahan lapar.

"Tapi kita kan dah janji nak makan sama-sama.. dahlah susah-payah I redah jalan yang sesak tu semua.. you pulak tiba-tiba nak balik... kita makan ye? I dah lapar sangat ni.. dahlah tak makan apa-apa lagi dari tadi semata-mata nak makan dengan you." Azrif terpaksa untuk berbohong. Nada suaranya dibuat sedikit sayu. Demi untuk meraih simpati sekaligus untuk menyelamatkan diri. Dengan harapan Nadia sedikit terpujuk dengan kata-katanya.

Wajah Nadia sedikit berubah. Terasa macam simpati pula apabila mendengar kata-kata dari lelaki itu. Lagipun nampak sangat Azrif berusaha untuk memujuknya. Dan dia pun tak adalah nak kejam sangat nak salahkan Azrif sepenuhnya di dalam hal ini. Mungkin kata-kata lelaki itu benar. Jika difikirkan kembali, memang tidak dapat dinafikan yang waktu puncak memang jalanraya agak sesak. Lagi-lagi jika terpaksa keluar jauh dari ofis. Tentu semuanya akan makan masa.

"Kita makan sama-sama okay?" Pujuk Azrif lagi. Nadia akhirnya menggangguk kepalanya perlahan. Dan kala itu Azrif sudah hampir melompat kegirangan. Memang Nadia jenis perempuan yang cepat terpujuk. Jadi tak adalah susah sangat nak handle. Bibirnya kembali menayang senyum lebar sekaligus menarik tangan Nadia dan mendudukkan perempuan itu di kerusi. Dan dia pula mengambil tempat berhadapan dengan Nadia sebelum pekerja restoran itu kembali dilambai untuk memesan makanan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Assalamualaikum CintaWhere stories live. Discover now