Chapter 1

1.2K 23 1
                                    

Author's POV

Suasana riuh rendah kedengaran di belakang pentas teater utama milik salah satu kolej yang agak popular di Selangor.

Yang gagah mengangkat tangga, mengangkut lampu, mengusung batang kayu yang panjang. Yang cantik pula sibuk menyucuk thumb tack menembusi polisterin2 berbentuk huruf di dinding kayu, menyusun bunga dalam pasu dan ada juga yang mencuba berbagai-bagai jenis baju berlabuci di hadapan cermin besar di sudut belakang pentas.

"Beb! Boleh tolong pergi tengok2kan Fitri dekat dalam tak? Aku dah tak tahan dengan mamat sekor tu. Hish!", Kimie ataupun nama teaternya, Along menepuk bahu Nerd yang sedang sibuk kemas2 untuk pulang.

Nerd menoleh.
"Ada apa lagilah dia tu. Banyak betul masalah",

"Entahlah beb. Kau pergilah tengok",

Nerd dengan nafas berat tersenyum tanda rela dan berjalan ke bilik rehat para pelakon teater.

Nerd, tugasnya disini adalah sebagai pelatih lagak aksi yang agak berseni, mungkin. Dengan bakatnya yang serba-serbi boleh, melukis reti, menyanyi reti, berlakon reti, martial art reti, pendek kata, semuanya reti lah. Itu sebab presiden Kelab Seni Teater sayang sangat dekat dia ni. Bukan sayang macamne, tapi sayang Nerd ni terlepas dekat kelab Seni Pentas.

Tapi, dah tahu serba boleh, kenapa jadi pelatih lagak aksi je? Kenapa tak jadi watak utama?

Dah dia yang taknak, nak buat macamne. Malu katanya.

Dia menguak pintu bilik rehat. Ada beberapa orang menoleh kearahnya dengan pandangan bersyukur.

"Nerd! Weh kau tengok butang baju aku ni. Ada ke patut baju purple dengan butang merah? Macam badut sarkas dah aku ni weh. Tukar tukar. Aku taknak baju ni!", rungut lelaki berdada bidang dan berkulit cerah bernama Fitri itu.

Nerd dengan malas membelek-belek butang baju itu, buat2 kisah dengan rungutan sahabat karibnya yang taste kalah bapok.

"Kau pastikan yang aku takkan nampak dah baju ni dekat sini. Aku nak baju lain!", sambung Fitri.

Nerd hanya redho dan menunjuk tanda O.K👌.
"Dah, pergi kemas2. Nanti aku uruskan pasal baju ni. Pergi balik! Semak je kau dekat sini!", halau Nerd.

Fitri tersenyum girang kerana baju yang buruk itu akan lenyap dari pandangannya dan esok, Nerd akan bawakkan baju baru untuknya.

"Sabar betul you dengan perangan Fitri tu kan", ujar Sam sebaik sahaja Fitri keluar dari bilik itu. Dia menari-narikan jarinya di dada Nerd.

Sam ni bapok. Tukang solek pelakon. Wajarlah suka meraba-raba ni. Nerd dah lali dah kena raba. Dah muak dah lemas dah meluat pun ada dengan Sam, tapi nak buat macamne, satu kelab. Susah pulak ada musuh dekat2 ni.

"Iyelah Sam. Aku balik dulu. Baju ni, aku bawak balik. Nak tukar butang dia", Nerd berlalu pergi meninggalkan Sam dan 2 orang ahli kelab.

"I suka lah dekat Nerd tu you. Gentleman. Nampak tu, boleh menjahit lagi. Aaaa sukanya!", teriak Sam teruja.

Diba dan Roni tidak hairan lagi dengan pengakuan Sam itu. Sudah selalu benar dia katakan.

"Aku dulu pernah dah pikat dia. Tapi dia tak layan pun. Sudahlah Sam, kuburkanlah perasaan kau tu. Takkan dapat punya", kata Diba, sengaja mahu mematahkan semangat Sam untuk mendapatkan Nerd.

Diba, jiran Nerd, seorang gadis agak kasar dengan rambut panjang paras siku diikat ponytail dan diwarnakan dengan warna ungu berbelang-belang. Dia dan Roni ialah budak belakang pentas. Kerja deorang, iron baju, basuh baju, lipat baju, sapu sampah, gossip. Macam makcik cleaner lah lebih kurang.

Teater Cintaku(gxg)Where stories live. Discover now