Dian mundar mandir di dalam bilik.Baju pengantinnya mengganggunya untuk berjalan laju.Dia angkat tinggi baju pengantinnya sehingga paras lutut.
Mia yang duduk di atas katil itu jadi sakit hati.Dia bangun lalu melesing kepala Dian.Di dalam bilik itu hanya ada Mia dan Dian.
"Adoi!"jerit Dian kesakitan.Kepalanya dipegang."Kau apahal lesing2 kepala aku?"soal Dian marah.Mia disebelah dipandang tajam.
"Sebelum aku buat lagi teruk dari tadi,baik kau duduk diam2.Dari tadi asyik mundar mandir kenapa?"Mia bercekak pinggang.Dian dipandang.
Dian sekali lagi mundar mandir sambil mengerutkan kening.Mia menarik tangan Dian duduk di atas katil.
"Kau sebelum aku campak kau dalam tub mandi,baik kau cakap kat aku cepat!Kenapa ni?"ugut Mia.Bahu Dian digoncang.
Mata Dian kelihatan bergenang dengan air mata.Mia jadi cuak.Dah kenapa anak ketua gangster ni bergenang aiq mata?
"Aku rasa macam nak lari lah Mia."kata Dian.Membulat mata Mia dibuatnya.Sekali lagi kepala Dian dilesing.
"Adoii!!Hou!Kau ni apasal dok lesing2 kepala aku dari tadi?Nak makan kaki ke?"soal Dian marah.Kepalanya dipegang.Mia mencebik.Bukan kuat pun.
"Kau gila ke apa?!Lagi berapa minit je kau nak kahwin!Kau jangan cari pasal.."pesan Mia.Dia memandang mata Dian yang memang nekad nak lari itu.
"Aduhmak minah ni.Kau jangan jadi gilalah!Kau tak kesian kat mama dan papa kau ke?Kalau kau lari,apa diorang nak cakap dengan parents Fahmi?Sedara mara?Orang2 surau?"marah Mia.Suaranya sedikit meninggi.Kawannya ini memang nak kena brainwash.
"Tapi..Aku tak nak kahwin!"bantah Dian lagi.Mia menggelengkan kepala.
"Macam ni lah.Aku tak tahu nak cakap apa.Semua terserah pada kau.Kalau kau nak lari mungkin sempat lagi.Aku tak halang.Cuma aku nak kau fikir satu je.Papa dan mama kau.Itu je."kata Mia.Dia melepaskan bahu Dian lalu menggenggam tangan Dian.Berharap Dian memahami maksudnya.
Kasihan Dato' Zikri dan Datin Serina jika Dian melarikan diri.Pasti mereka kecewa.
Dian terdiam.Dia mula berfikir kata2 Mia itu.Setelah beberapa minit berfikir,dia menarik nafas panjang dan menghembus kuat.Dia sudah membuat keputusan.Dia nekad!Tak boleh nak ubah2 keputusannya.
Keputusan demi kebaikan semua.Mia dihadapan dipandang lalu dipeluk kejap.Kemudian matanya memandang Mia.
"Aku kahwin."
●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●
"Aku terima nikah Dian Amelyn Binti Dato' Zikri dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."
Hanya dengan sekali lafaz,Dian sah bergelar isteri kepada Fahmi.
Mengalir air mata Dian bila mengenangkan selepas ini dia tak akan duduk bersama mama dan papanya.Pasti dia akan rindui saat2 manis mereka sekeluarga.'Huuu...Apa perasaan ni.Kecewa?Sedih?Menyesal?'
Fahmi berjalan ke arah Dian.Dia menyarungkan cincin Tiffany & Co. di jari manis Dian.Kemudian Dian menyarungkan cincin ke jari manis Fahmi.
"Cium dahi Dian,Fahmi."kata Tengku Hasmah.Dian telan air liur.Apabila ciuman Fahmi singgah di dahinya terasa seperti ada satu perasaan aneh menjalar terus ke dalam hatinya.
Sekali lagi..Perasaan yang sama seperti kelmarin.Cepat2 Dian buang perasaan itu jauh2.Tak mahu fikir sangat tentang itu.Tak ramai tetamu yang dijemput.
Hanya saudara mara terdekat.Dian hanya menjemput Mia.Kawan2nya yang lain dia tak nak jemput.Tidak mahu perkahwinannya diketahui.
Biarlah Mia seorang sahaja yang tahu sudah cukup.Dan selebihnya konco2 ayahnya yang memakai baju melayu dan baju kurung.Nampak baik pulak diorang ni.Fahmi pula menjemput beberapa orang rakannya.Mungkin dia seperti Dian.Tidak mahu perkahwinan itu diketahui umum.Dan ada juga beberapa orang kelihatan seperti bodyguard pun ada.Dian semakin pelik dengan keluarga Fahmi.Siapa dia sebenarnya?Dian memandang Fahmi yang segak berpakaian baju melayu krim sedondon dengannya.
Apabila sesi photoshoot keluarga bermula,Farhana berlari selepas mengambil kamera DSLR nya dari sepupunya.Tetapi dia terlanggar seseorang dan badannya terhuyung-hayang ingin jatuh menyembah bumi.
Nasib baik orang tersebut sempat menangkap lengannya daripada terjatuh.Dan apabila dia mendongak untuk mengucapakan maaf,matanya terpaku.
Danial Azim memandang gadis di hadapannya ini tidak berkelip.
"Eh?Awak?!Macam mana awak ada kat sini?"soal Farhana teruja.Tak sangka pujaan hatinya ada disini.
Jantungnya berdegup laju melihat penampilan lelaki tersebut.Baju melayu warna coklat cair beserta songkok di kepala.Sungguh..Kacak!Aduh!Jantungnya semakin laju berdegup."Err..Kau macam mana ada kat sini?"soal Daniak Azim.Soalan Farhana dibirkan tidak berjawab.
Farhana mahu membuka mulut untuk menjawab.Tetapi panggilan oleh mummynya membantut dia untuk bersuara.
"Err..Saya pergi dulu.Mummy saya dah panggil."pinta Farhana sebelum melangkah pergi.Spoil lah mummynya ni!Baru nak sembang lama dengan pujaan hati.
Pada mulanya keluarga belah lelaki mengambil gambar.Tengku Muhammad Shah,TengkuHasmah,
Tengku Farhana Shah,Tengku Fahmi Shah dan Dian Amelyn mengambil gambar dengan pelbagai gaya.Muka Mereka sungguh gembira kecuali pasangan pengantin.Senyuman terpaksa diukir di bibir."Danial!Giliran pihak perempuan tangkap gambar!Cepat!"Danial Azim yang sedang menggigit kek itu dipanggil oleh sepupunya.
Aish..Ganggu je.Danial Azim melangkah ke arah pelamin di mana Dato' Zikri,Puan Serina serta pasangan pengantin sudah bersiap sedia untuk berposing.
Danial Azim duduk disebelah adiknya.'Klik!Klik!Klik!'flash kamera silih berganti.Pelbagai posing dibuat.Apabila tiba masa dua2 keluarga untuk menangkap gambar,Danial Azim tergamam.Begitu juga Farhana.Dian ditengah tersenyum
Teringat dia bila Farhana menunjukkan kad nama lelaki pujaan hati Farhana itu kepadanya.Hampir pengsan dia dibuatnya.Adik ipar jatuh cinta dengan alongnya Hahaha...Sengaja Dian merahsiakan perkara ini.Biar adil.Biar mereka berdua tahu sendiri.Dan buktinya sekarang masing2 terkejut.
Fahmi yang tak tahu apa2 menarik adiknya duduk disebelah Danial Azim dibelakang kerusi mereka.Mummy dan Daddynya berdiri disebelahnya manakala mama dan papa Dian berdiri di sebelah Dian.
Dian mengenyit mata kearah Farhana.Farhana yang lerasan kenyitan itu memahami maksud Dian.Ohh..Patutlah hari tu tunjuk macam terkejut.Bila tanya cakap tak kenal..Rupanya..Kecil sungguh dunia ni!
Farhana yang terlebih gembira setelah mengetahui pujaan hatinya itu adalah abang kakak iparnya, membuat pelbagai aksi.
Danial Azim tak tahu nak menggambarkan perasaannya ketika ini.Takut?Gembira?
Takut sebab dia rasa seperti dia ada suatu perasaan aneh menjalar dalam dirinya.Perasaan suka kepada Farhana.Dia takut untuk jatuh cinta.Dia tidak mahu menyakiti orang kesayangannya kerana status dirinya.Musuh keliling pinggang.Di takut.
Gembira?Gembira kerana Farhana adik Fahmi.Tak sangka..Seronok pun ada..Tapi..Hatinya memberontak untuk terus dingin.Tak mahu untuk jatuh cinta.Cukuplah seorang yang dia sayang dibunuh.Cukuplah hanya seorang..
Wow!3 bab terus!Hahahaha!Okay2..Sis baik hati buat 3 bab sebab sis dah 3 hari tak update.So malam..eh..pagi2 buta ni sis banyak pulak idea mencurah-curah..So,
readers,thanks sebab vote,baca tak vote pun sis nak say thanks.Kepada siapa yang follow sis tu sis nak say thanks jugak.
Kepada readers..thanks sangat2..Tanpa korang,sis rasa sis x bersemangat nak buat story ni.
So keep voting my story..Give me support to continue this story until the end.
Sis nak say sorry kalau ada typo and cliche,bosan..Lepas baca jangan lupa vote okay?hehe..
🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭
YOU ARE READING
Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]
SonstigesDIAN AMELYN BINTI DATO' ZIKRI. Anak seorang ketua gangster.. Sejak kecil dia telah dilatih menjadi seorang yang kuat.Segala jenis teknik mempertahankan diri diajarkan kepadanya. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang digelar mamat 'buta' kerana tel...