DAKG-38

19.9K 809 11
                                    

"Tak mungkin tak mungkin.."kata Mia sambil memandang chicken chop dan fresh orange yang dipesannya diletakkan di atas meja oleh macha misai tebal macam A.Galak dah gayanya.Sempat sebelah matanya dikelip pada Mia.Mia apa lagi..Geli geleman sampai badan2 sekali buat gaya.

Dian geleng kepala.Tak sangka Mia ni ada peminat dari kalangan mamak.
Sungguh ku tak sangka..

Seperti biasa,setiap kali mereka lepak di kedai Mamak Bambu itu,pasti Mia akan memesan chicken chop.Dian sendiri tak pasti macam mana mamak pandai buat chicken chop..Mungkin berkat dari pak cik youtube,dan ahmad google.

Dian pula seperti biasa order nasi goreng kampung dan teh tarik.Sudah dipesan kasi tarik tinggi2.Nak lepas gian katanya.Dah dekat sebulan dia tak lepak di situ.Rindu pula nak rasa teh tarik mamak ni.

"Itulah..Mustahil."kata Dian menyokong kata2 Mia.Apa yang mustahil?Hmm..Cer citer cer citer..

Ehem2!Arakian diceritakan hikayat malim deman..Pagi tadi,sang puteri bermata hazel,tak lain tak bukan si Dian ni lah.Buka2 aja mata,dia dah ada di atas katil biliknya.Sang puteri pelik kenapa dia boleh ada di situ.Kemudian sang puteri bertanya kepada sang pria bermata kelabu, Tengku Fahmi Shah lah,siapa lagi.

'Apakah engkau yang mengangkat beta ke dalam bilik?'

Dan paling tak boleh blah bila sang pria bermata kelabu menjawab,

'Aku?Angkat kau masuk bilik?Memang tak lah aku nak angkat anak gajah campuran kura2.Berat nak mati.Dari aku angkat kau letak dalam bilik,baik aku lambung kat balkoni terus.Habis cerita'

Kalau bukan disebabkan sopan santun yang tersangat tinggi, eceewahh..Sopan lah sangat.Dah lama Dian tanggalkan kepala mamat tu buat kari kepala manusia!

Jadi dia buat kesimpulan yang dia sendiri jalan masuk bilik.Tapi,dia mana pernah ada tabiat jalan masa tidur..hmm..Ini adalah kepelikan..!

"Aku rasa ada penunggu lah kat rumah kau tu."Mia bercakap dengan ayam penuh di dalam mulut. Beberapa cebisan ayam terkeluar semasa dia bercakap.Dian mengelap mukanya yang terkena 'tempias' itu.

"Kau jangan..Kau tahu kan aku pantang dengar bab2 macam ni.Ada aku lari balik rumah mama dengan papa aku nanti.."Dian sudah duduk tegak.Biar betul?Penunggu?Tak pernah pula dia nampak benda2 ke apa.Tapi..Itu rumah Fahmi..So,mesti mamat tu tahu.Ke dia saja tak nak bagitahu aku yang rumah tu berpenunggu?

"Tapi..Aku rasa mamat tu lah yang angkat..Dia tak nak mengaku lah tu.."kata Mia lagi sambil mengangkat-angkat kening.Kau bayangkan.Mulut dah kembung penuh dengan ayam. Lepastu cakap tersembur-sembur sambil angkat kening lagak Ziana Zain.

Dian hanya angkat bahu.Kalau betul pun mamat tu angkat,bukan dia kisah pun.Tapi yang sakit hatinya,mamat tu berani angkat dia masuk bilik tidur sorang2,sedangkan dia tahu yang aku tengah takut time tu?!Nasib baik aku tak terbangun,kalau tak memang dah lama penumbuk melayang kat muka dia yang handsome tu.

"Weh!"tiba2 Mia menepuk kuat lengan Dian di atas meja.Dian yang tengah feel minum teh tarik sampai terpejam-pejam mata itu nasib baik tak tersembur.

"Peh kau ni.Aku tengah syok2 minum air ni nasib tak tersembur kat muka ko yang bajet cun tu.Apa dia?"Dian marah Mia sambil terangkat-angkat keningnya.Heh!Ingat ko sorang je boleh? *tonyoh hidung sikit.*

"Hehe..Sorry2..Tak..Kelas kita ada buat reunion.Kelmarin masa ambil results,diorang ada bincang pasal tu.Dalam group whatsapp kelas pun dah kecoh."kata Mia.

"Reunion?Kat mana?"soal Dian teruja.Wahh..Reunion mehh..

"Katanya nak buat 3 hari 2 malam dekat Pulau Pangkor.Macam2 aktiviti dah plan.Weh..Jom ah!Aku nak pergi!" Mia menepuk-nepuk lengan Dian.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now