DAKG-29

19K 873 11
                                    

Fahmi ketika itu baru habis dari menghadiri mesyurat bergegas ke destinasi yang hendak dituju.

Panggilan dari Dato' Zikri itu membuatkan dia rasa tidak senang duduk.Dia tidak dapat fokus 100% ketika mesyuarat tadi.Entah kemana fikirannya menerawang pun dia tidak tahu.

Mimi,selaku PA sementaranya segera mengejar bossnya yang berjalan gaya tak cukup tanah itu.Jalan tegak aja. Muka pulak gelisah habis.

"Boss!Boss!"panggil Mimi sambil berlari anak mengajar bossnya. Skirtnya yang ketat itu menyukarkan lagi pergerakannya.

Siapa suruh pakai ketat2?Diri sendiri yang susah.

Mimi letih mengejar bossnya yang seperti tidak mendengar jeritannya itu.

"Boss!"panggil Mimi lagi.Kali ini panggilannya agak kuat dan berhasil apabila Fahmi berhenti melangkah dan menoleh ke belakang.

"Yes?"soal Fahmi.

"Boss nak ke mana?"soal Mimi dalam nada suara sehabis mungkin cuba di ayukan.Nafasnya sedikit tercungap-cungap.

"Oh!Sorry!I lupa nak inform kat you yang I ada hal harini.So,after this,I tak balik office dah.You cancel all meetings for today.Kalau ada meeting yang penting sangat suruh Fazli gantikan. Thanks."arah Fahmi laju.Dia dalam keadaan tergesa-gesa memang tak lah dia nak cakap satu2.Lantaklah Mimi ni faham ke tak sebab berdasarkan riak muka Mimi,Fahmi rasa macam dah blur habis.Mulut ternganga.Mata terkebil-kebil.

Fahmi segera berjalan meninggalkan Mimi yang terkedu itu.Dia segera membuka pintu kereta dan terus memecut laju Lamborghini Aventador nya menuju ke pejabat Dato' Zikri.

Dia segera menghubungi Dian.

Tut..tut..tut..tut..

"Hah!Nak apa?"

Fahmi menggeleng kepalanya.Haih lah..Tak reti nak jawab sopan2 sikit.

"Waalaikumussalam..Kau kat mana?"soal Fahmi sambil memerli Dian.

Terdengar dengusan kuat di sebelah sana.Fahmi tersenyum nipis.

"Aku kat rumah lah.Kat mana lagi.."jawab Dian agak malas.

Fahmi menarik nafas lega.

"Kau jangan keluar mana2.Kalau nak keluar macam biasa,inform aku. Kalau aku dapat tahu kau keluar senyap2..siap kau."kata Fahmi dalam nada mengugut.Dia risau membiarkan Dian berjalan seorang diri.

"Huh!Yelah.Ni kau nak balik ke makan tengah hari?"soal Dian.

"Hmm..Aku balik,tapi lewat sikit.Kau makan dulu jangan tunggu aku."kata Fahmi sebelum mematikan panggilan.

Dian di rumah memandang telefonnya tak berkelip.

"Tak pernah terlintas dalam kepala lah nak tunggu kau balik makan sama2.Huh!"bebel Dian perlahan sebelum menyambung memotong timun untuk dibuat Jelatah.Resepi baru dari MJ seminggu yang lepas.

Sebelum ini sambal belacan dan kerabu sudah di ajar.Dalam hati Dian bersorak gembira kerana dia sudah mempunyai banyak pengetahuan bab2 memasak.Eh!Kemas rumah, basuh baju,jemur baju pun I dah tau okay uolls..

Huhu..Libas sikit rambut.

Setelah selesai Dian membuat jelatah,dia berjalan ke ruang tamu untuk mengemas buku2 yang dibacanya tadi.

Dia memandang ke luar memandangkan rumahnya mempunyai sedikit dinding2 kaca. Terdapat sebuah kereta berwarna hitam yang Dian malas nak ambil tahu jenamanya,berhenti betul2 di hadapan rumah.Keningnya serta-merta berkerut.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now