Dian terbangun apabila lagu First of The Year berkumandang kuat di tepi telinganya.Hish!Kacau betul aku mimpi nak nyanyi lagu Jahanam..eh eh..Janam janam dengan Shah Rukh Khan.
Dengan mata yang masih tertutup dia meraba-raba di sebelah kiri kepalanya.Handphone dicapai dan panggilan dijawab tanpa melihat dahulu nama pemanggil.Dah nama pun tutup mata..
"Weh.Kau kat mana?"soal Mia di hujung talian.
"Emm..Aku kat bilik lagi niii..."jawab Dian meleret.
"Kau tidur ke apa?Kami semua dah ada kat restoran ni."
"Mm..Nanti aku pergilah.Letih weh.Sikitt lagi aku pergi ."Dian berkata dalam nada yang sama.Suara orang baru bangun tidur.
"Hah.Okay2.Jangan lambat pulak. Nanti kalau tak nampak kitorang kat mana call aku."kata Mia lagi. Kedengaran suara gelak tawa di hujung talian.Dian hanya mengangguk sebelum mematikan panggilan.Lantaklah nampak ke tak.
Dian sambung tidur.Dia memeluk bantal disebelahnya erat.Walaupun keras tapi sedap dipeluk.Nafas hangat yang menyapu mukanya membuatkan Dian lagi mengantuk.
Cop!Keras?Ada ke bantal keras?Nafas?
Dian membuka mata.Alangkah terkejut babun nak terberanak dia bila nampak badan lelaki tak berbaju depan matanya.Aku peluk lelaki tak berbaju???!!
Dian cuba melepaskan diri tapi tangan yang erat melingkari pinggangnya menghalang.Dia mendongak memandang lelaki tersebut.
Fahmi??
Dah apa kejadah mamat ni tak pakai baju?Lepastu apasal dia boleh tidur sebelah aku pulak ni?Dan kenapa dia peluk aku ni?Dan dan kenapa aku boleh peluk dia niii??Dan kenapa aku asyik2 cakap dan ni?
Muka Fahmi yang tidur seperti bayi itu ditilik.Hmm..Handsome laki aku ni.Muka dia mix apa pun tak tahu.
Kening,mata,hidung dan mulut cantik terbentuk.Dian..Dian..Asal kau tak jatuh cinta dengan dia sejak dulu?Kau tu yang buta tak nampak betapa handsome laki kau ni.
Tanpa Dian sedar jarinya dah naik ke muka Fahmi.Dari mata,hidung sampai turun ke mulut.Matanya mengikut pergerakan jarinya.Bila matanya naik semula ke atas,darah terus menyerbu ke muka.
Mata kelabu itu sedang memerhatinya tanpa berkelip. Kemudian,senyuman di bibir lelaki itu terukir bersama lesung pipit yang dalam sebelah kiri pipinya.
"Dah lama buat kerja ni?"soal Fahmi dengan suara serak.Muka Dian dah blushing.
"Ma..mana ada!"Dian cuba merungkaikan pelukannya di badan Fahmi.Namun Fahmi cepat2 menghalang dengan mengetatkan lagi pelukan di pinggang.Dian terperangkap.
"Nak pergi mana..Aku ngantuk lagi ni.."
Jantung Dian berdegup laju.Apasal suara mamat ni bangun tidur seksi sangat?Boleh cair hati mak..
"Mi..Mia ca..call tadi.Semua dah a..ada kat res..to.toran.."kata Dian tergagap-gagap.Sejak bila kau ada penyakit gagap ni Dian?Aduh..Malu!
"Ke..kejap la..la..lagi lah ki..ki..ta per..pergi..A..aku ngantuk sa..sangat n..n..nii.."Fahmi mengajuk cara Dian bercakap sebelum dia ketawa.Muka Dian bertambah merah.Merah menahan malu plus merah menahan bengang.
Tagune..
"Ish!Kau ni saja kan?Huh!"marah Dian sebelum menolak dada Fahmi.Apasal badan dia tak bergerak langsung ni?Ayoyo..
"Lepaslah!Diorang tunggu dah tu."marah Dian lagi.Tadi punya lah mengantuk tahap babun.Bila dah kena ejek..Huh!Memang tak lah aku nak tidur dah!Buat panas hati je.
YOU ARE READING
Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]
RandomDIAN AMELYN BINTI DATO' ZIKRI. Anak seorang ketua gangster.. Sejak kecil dia telah dilatih menjadi seorang yang kuat.Segala jenis teknik mempertahankan diri diajarkan kepadanya. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang digelar mamat 'buta' kerana tel...