Lupa nak cakap.New cover!Okay tak?
Ketukan di pintu menyedarkan Dian dari tidur.Matanya yang bengkak kerana menangis perlahan-lahan dibuka.Seharian dia menunggu berita daripada Fahmi,Danial Azim mahupun konco2 ayahnya tentang Dato' Zikri dan Datin Serina.Tetapi mereka tidak dapat dikesan.Penat menunggu sampaikan dia sendiri dia tak sedar bila dia tertidur di atas sofa ini sambil duduk.
Dian sempat menjeling jam di di telefon.Pukul 1 pagi.Log telefon disemak.Tiada panggilan mahupun sms didapat.Dian menghela nafas berat.Pintu bilik diketuk untuk kesekian kali.
Dian bangun dan menapak ke arah pintu.Tombol pintu dipulas dan tersembul wajah Fahmi dengan rambut yang sedikit messy.Mukanya kelihatan sungul dan kepenatan. Kasihan lelaki itu.Balik sahaja dari kerja dia tidak sempat tidur.Dian tahu lelaki itu sedaya upaya menjejaki papa dan mamanya.
Kemanalah agaknya papa dan mamanya menghilang?
Mata kelabu itu dari tadi memandang Dian.Entah kenapa Dian rasa tidak sedap hati dengan pandangan itu.Dan tiba2 badannya ditarik ke dalam pelukan.Terkaku Dian seketika.
"Dian.."suara Fahmi sedikit bergetar ketika memanggilnya.Jantung Dian berdegup laju.Dia hanya diam menunggu berita yang bakal Fahmi sampaikan.
"Kau kena kuat."
Mendengar sahaja ayat itu,air mata Dian mengalir deras.Apakah yang bakal disampaikan oleh lelaki itu?
Kenapa dia rasakan berita yang bakal didengarnya nanti adalah berita buruk?Dian kaku didalam pelukan Fahmi.
Dia cuba menguatkan hatinya ketika itu."Papa dan mama.."Fahmi tidak menghabiskan ayatnya.Pelukan semakin dieeratkan.
"Mereka di hospital."sebaik sahaja ayat terakhir diucapkan oleh Fahmi,Dian merasakan seluruh badannya lemah.Pelukan Fahmi menghalangnya dari rebah.Air matanya semakin deras.
Ya Allah..Ujian apakah ini?
●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●
Dian berlari di laluan wad di Hospital Kuala Lumpur.Hanya Allah yang tahu betapa tak kuatnya dia ketika ini.Dia sedaya upaya menguatkan dirinya.Dia tidak mahu rebah.Dia ingin cepat2 bertemu kedua ibu dan bapanya.
Dalam hatinya tertanya-tanya.Kenapa Dato' Zikri dan Datin Serina berada di Malaysia?Bukankah sepatutnya mereka balik ke sini esok?
Dian berhenti di hadapan Danial Azim yang tunduk di kerusi menunggu di luar bilik.
"Along.."panggil Dian.
Danial Azim mengangkat kepalanya. Wajahnya kelihatan sungul dan stress."Dian.."Danial Azim bangun lalu memeluk adiknya.
"Macam mana dengan papa dan mama?Kenapa diorang ada kat Malaysia?"soal Dian selepas pelukan dileraikan.Fahmi hanya mendengar. Dia bersandar di dinding sambil mata terpejam.
Danial Azim memandang Fahmi sebelum kembali memandang Dian semula.
"Mama ada dalam wad..Keadaan dia semakin stabil.."terang Danial Azim.Dian memejamkan matanya.
"Papa.."Danial Azim kembali bersuara.Dian terus membuka matanya.
"Papa?Mana papa?"soal Dian.Danial Azim diam.Kepalanya tunduk memandang lantai.Dian memandang Fahmi.Mata lelaki itu sedikit berkaca.
Jantung Dian berdegup kencang.Ya Allah..Papa..Air matanya mengalir deras.
"Fahmi!Papa mana?!"soal Dian bengang.Kedua-dua belah lengan lelaki itu dicengkam kuat.Fahmi memandang Dian sayu.
YOU ARE READING
Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]
AléatoireDIAN AMELYN BINTI DATO' ZIKRI. Anak seorang ketua gangster.. Sejak kecil dia telah dilatih menjadi seorang yang kuat.Segala jenis teknik mempertahankan diri diajarkan kepadanya. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang digelar mamat 'buta' kerana tel...