DAKG-12

22.7K 1K 21
                                    

Mia mengurut lengannya yang sudah membiru.Mau lebam sebulan dek penangan maut Dian ni.Itulah Mia..Siapa suruh cari pasal dengan si gangster Dian?Tulah padahnya..(Wahahaha!Author gelak jahat)

Dian yang sedang melahap Big Mac memandang Mia yang kesakitan.
"Aku cubit sikit je pun.Tu pun dh sakit ke?"soal Dian selamba.

"Sikit kau kata?Gila sakit kot!Kalau sikit tak ada lah lebam sampai macam ni."marah Mia.

"Ha..Ambil pengajaran..Jadikan iktibar di masa akan datang.Jangan cari pasal dengan aku..Hahaha!"kata Dian sambil tergelak.Big Mac yang penuh di dalam mulutnya tersembur sedikit keluar.Dasar tak senonoh.Kalau mak cik-mak cik tengok ni mahu reject terus jadi bakal menantu.Eh Dian?Bukan kau dah ada bakal suami ke?Bakal mak mertua kau pun siap suruh kau kahwin dengan anak dia lagi.

"Iyalah Cik Dian oi..Patik janji tak buat dah.."kata Mia sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.Lalu mereka berdua tergelak.

Dian sudah menghabiskan Big Mac dan dia mengambil air Cocacola dihadapannya dan disedut perlahan.

"Mia."kata Dian.
"Yup!Apa dia?"soal Mia.
"Aku nak cakap sesuatu.Penting."jawab Dian.Air cocacola diletak.Badannya ditegakkan.Tangan disilang di atas meja.

Suasana di taman tasik Titiwangsa pada petang Khamis itu agak lengang.Dian mengajak Mia berjumpa di situ untuk memberitahu tentang hajat orang tuanya yang suruh dia berkahwin dengan majikannya itu.

"Penting?Apa dia?"soal Mia.Dia mengambil air Cocacolanya dan dihirup.Matanya memandang Dian.

"Parents aku nak suruh aku kahwin."kata Dian.
Mendengarkan perkataan 'kahwin',terus tersedak Mia.Terbatuk-batuk.Nafas jadi tak teratur.Muka..
Tak usah cakap lah.Dian tengok pon nak gelak.Muka macam unta tercekik durian.Muka nazak tunggu masa nak ditarik nyawa dengan malaikat maut aja..

Mia yang tertunduk-tunduk sambil mengurut dada itu didekati.Orang tersedak Cocacola kot?Sakit!Author pernah rasa..Sakit?Tak usah nak kata.

"Weh..Rileks..Tarik nafas slow2"Dian menepuk-nepuk belakang Mia.Tiba2 seorang pemuda menghampiri mereka.Nak berlagak hero lah tuu..

"Eh?Cik?Cik okay tak?"soal pemuda itu.

Dian menjeling pemuda itu.Kesian..Muka je handsome.Buta rupanya.Sama aja macam majikannya.Muka aja handsome tapi 'buta',king kong pulak tu.Cop!Fahmi pun tersenarai dalam orang handsome ke?Nak muntah pelangi Dian nak mengaku.Dian oi!Kau dah lupa agaknya author ada tulis kau terpaku bila tengok mamat tu bukak spec.'Eh?Ada ke?'

"Kau nampak dia ni okay ke tak?"soal Dian sinis.Pemuda yang mula2 macam tercengang itu mula memahami maksud Dian.Dia segera menyerahkan botol mineral di tangannya kepada Mia.

"Nah Cik.Minum perlahan-lahan."

Mia cepat2 mengambil botol itu dan diteguk rakus.Fuhh..Lega!Orang suruh dia teguk perlahan-lahan.
Setelah habis meneguk air Mia segera  mengangkat muka.Terus dia tersedak lagi.Kali ini tak teruk macam tadi.Dian menggeleng kepala.

"Kau ni minum perlahan-lahan boleh tak?!"marah Dian.Dia mengurut-urut belakang badan Mia.Pemuda itu mencangkung di sebelah Mia.

Handsomenya..

"Err..Cik tak apa2?"soal pemuda itu.

"Sa..sa..saya tak a..apa2."jawab Mia agak tersekat-sekat.Perit tekaknya.

"Oohh.Bagus lah.Lain kali minum air tu elok2."kata pemuda itu.

"Terima kasih sebab selamatkan saya."kata Mia.Dia tersenyum.

Dian yang menyampah dengan drama tak berbayar itu terus bangun.

"Aku nak pergi toilet."kata Dian.Tak sempat Mia nak menjawab dia dah laju tinggalkan Mia.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now