Tanah

120 10 3
                                    

Aku melihat dibalik pagar besi seorang lelaki tua sedang mencangkul tanah. Di lehernya berpaut sehelai kain lusuh. Kelihatan sudah agak lama kain itu menemaninya. Mungkin semenjak dia mula bersahabat dengan tanah. Sesekali dia mengelap butiran keringat yang ganas memuncul dek bahang mentari yang hampir menginjak di atas kepala.

Aku menghampiri lelaki tua itu.

"Assalamualaikum Pak Leman"

"Eh Rizal. walaikumussalam"

"Ada yang meninggal lagi ke Pak Leman?"

"Ha'ah. Anak Ustaz Shuaib. Tadi pengerusi masjid telefon. Diorang tengah mandikan jenazah tu."

Khabar angin semalam sampai di seluruh penduduk kampung Damai. Anak Ustaz Shuaib meninggal kerana terlibat dalam kemalangan. Bermacam andaian yang berlaku di 'mulut' orang kampung. Dengar cerita sebab merempit, ah! memang sebilangan tipikal orang kampung. Sentiasa update dengan khabar semasa terutamanya bab jaga tepi kain orang. Kain sendiri koyak terdedah aib langsung tak sedar. Awalnya khabar biasa sahaja bagai luka , tetapi berubah jadi kudis akibat virus tomahan dan kejian. Lebih parah lagi sehingga bernanah busuk kerana fitnah. Semua terhidu hasil fitnah si durjana.

"Arwah Karim tu dah berubah dah. Dulu memang dia liar sikit. Tapi lepas sakit dua tiga bulan ni rajin Pak Leman tengok dia datang dekat masjid tu. Arwah selalu duduk dekat belakang masa jemaah tengah wirid lepas solat."

Wajahku yang berubah selepas dengar penjelasan dari Pak Leman. Mungkin dia membaca ekspresiku yang mungkin hampir terjangkit dengan Virus bahaya tadi. Aku beristighfar sendiri dalam hati.
Memang begini sifat lelaki tua ini sentiasa melihat kebaikan orang walaupun setitik susu daripada nila sebelanga.

Aku mengukir senyuman dengan pak Leman. Sungguh aku kagum dengam keperibadian lelaki berusia ini. Siapa sangka dulunya kaki pukul sekarang jadi kaki Masjid. Banyak sejarah hidup Pak Leman yang mencetus 'kepopularannya' sebagai 'Otai Sulem' di Kampung Damai. Apa yang menariknya, Dia sangat optimis walaupun ramai yang tidak menyukainya dahulu. Tetapi saat ini Pak Leman merupakan Imam Masjid Kampung Damai dan ramai yang menyenanginya.

Pak Leman membersihkan sisa tanah yang menempel pada jemarinya. Bentuk liang lahad itu sudah sempurna. Aku meyambut huluran tangannya untuk memudahkan dia naik ke atas.

"Ni mak ada sedekah pulut panggang. Ada lebihan jualan dekat pekan tadi."

Aku menghulurkan bungkusan itu dan dibalas terima kasih oleh Pak Leman.

Kami menuju ke pondok rehat beliau. Sementara menunggu jenazah dikafankan dan langsung disembahyangkan di masjid, aku terus menunggu untuk bersama-sama mengkebumikan jenazah itu. 'Berat sama dipikul, amal sama dikumpul'.

Pak Leman membuka ketayap lalu mengipas untuk menghapus keringatnya. Dia melontarkan pandangannya sejauh landskap alam itu. Tanah perkuburan Kampung Damai terletak di kawasan yang agak tinggi berbanding kawasan lain. Bagi aku kawasan permandangan yang cantik adalah tanah perkuburan ini. Mungkin pelik bagi orang. Tapi bagi aku ada sebab musabab kenapa 'indah' pemandangan di sini.

Secondly, pemandangan dari Pondok Pak Leman memang Beautiful View la!. Sebab dari area ni memang nampak waterfall dari khazanah hutan nun di sana. Irama rimba yang menyenangkan hasil daripada setiap elemen hidupan yang berlagu dalam habitatnya.

Tapi tu sebab kedua. Eh kenapa kedua dulu? Aaa.. Ni Sebab pertama dan utama, kalau aku tengok himpunan kuburan ni macam-macam jenis ada. Ada besar kecik,panjang, lebar, nisan pula pelbagai versi. Jenis kayu, marmar. Ada yang pakai atap. Semua ni betul-betul buat aku sentap. Mati tak kira umur dan status. Haa lepas aku feel insaf ni tu yang best tengok pandangan luas ni. Aku rasa kebesaran Allah pada setiap pengamatanku yang menjelajah di setiap juzuk hidupan.

Kerdilnya aku..

"Jauh termenung Rizal?" Senyum Pak Leman menunggu respon dariku.

"Eh tak da apa-apa Pak Leman" aku membalas senyuman sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
Pandanganku terhenti disudut kecil sebidang tanah disisi kawasan perkuburan itu.

"Eh subur tanaman Pak Leman?"
Aku teruja melihat pokok cili, pokok tomato, pokok limau, lada benggala, serai, daun pandan pun ada. semuanya mengeluarkan hasil. Daripada cerita ibu, Sebahagian Tanah perkuburan kampung ini adalah milik Pak Leman tapi hanya orang terdekat sahaja yang tahu tentang wakaf tanah Pak Leman. Memandangkan kami adalah jiran rapatnya.

"Nak ke? Kalau nak ambik la" Pak Leman memakai kembali ketayap putihnya.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Bungkusan pulut panggang tadi aku recyle untuk mengisi cili dan limau Pak Leman. Dia tersenyum lain macam. Aku tahu senyuman itu pembuka tirai bicaranya. seperti biasa.

Aku duduk bersebelahan dengannya. Ada kisah menarik setelah dia sedar keterujaan aku dengan kebun kecilnya itu.

"Kalau Pak Leman suruh kamu pilih mana satu kamu nak? yang ni ke yang tu?" dia menyuakan pilihan kepadaku antara sekumpulan lalang atau pokok-pokok sayurannya.

"Mestilah yang ni" telunjukku tepat pada sekumpulan tanaman itu.

"Kenapa Pak leman tanya pasal pokok dengan lalang semak tu?"

Dia menggeleng sambil tertawa kecil. Tahu benar dia kalau aku disapa soalan.

"Manusia unsur asal dari apa?

Eh jauh sungguh dengan statement pertanyaan dia tadi?

"Dari tanah" sahutku.

"So?" Dia senyum lagi.

Aku meragut lembut janggut sejemputku. Berfikir seketika. Huhai ?! Pak Leman, Persoalan dengan bicaranya tak pernah pisah. Actually ni yang aku suka juga sebab asah otak sikit kalau dah sembang dengan Otai Sulem ni. Hehe.

Neuron otakku dibiarkan bermesra dengan persoalan-soalannya. Aku mempamer kedut kening tanda menanti jawapan dari rantaian persoalannya yang mengikat keterujaanku.

"Tanah semak tu kalau diusahakan pasti menghasilkan sumber macam kebun kecil Pak Leman tu."

"Tapi kalau dibiarkan tu haa jadinya semak. Tempat semak tu rumah haiwan berbisa. Ular ke kala jengking, harimau pun boleh jadi gak"

Aku mengangguk.

"Manusia ni kan asal dari tanah. Kalau dia diusahakan atau dia berusaha untuk jadi baik. Macam kebun Pak Leman ni lah. Bermanfaat dan memberi manfaat.

"Tapi kalau tak diusahakan tu yang jadi semak tu. Macam-macam sifat mazmumah ada. Macam sifat binatang."

Aku tersenyum puas. Puas dengan persoalan yang menghimpit kelegaan ku tadi.

Van jenazah itu berhenti di pagar utama Tanah perkuburan. Aku dan Pak Leman menyertai jemaah itu yang sedang mengusung si jenazah. Asal tanah! kembalinya juga di tanah! Apa yang penting jadi tanah yang bermanfaat agar subur dengan baja iman. Tumbuh dengan hasil Amal.

Sungguh arwah Karim sudah menjadi kebun yang bermanfaat. Moga kau berada dikebun syurga.

TAMAT

Warna Warni KehidupanWhere stories live. Discover now