Jururawat itu berlalu tanpa sebarang reaksi. Sampul hijau diserahkan dan belum sempat aku bertanya apa-apa figuranya sudah lesap dari bilik Wad ini.
Aku melihat bibik disisiku untuk sebuah jawapan tentang sampul ini. Riak wajahnya hairan juga melihat sampul itu. Aku tahu dia juga tidak tahu tentang surat ini. Kami diam seketika. Hanya bunyi alat bantu pernafasan yang berbicara.
Di ruang hadapan sampul ini kosong. Tiada apa-apa maklumat daripada sesiapa. aku membuka dengan cermat kerana sampulnya yang cantik dan surat di dalam sampul ada sedikit calitan darah. Debar di dadaku kembali rancak. Darah?
Aku tak tahu nak buat apa lagi. Siang malam sama saja kejadiannya. Kau seakan hilang kasih untuk aku. aku rindu keluarga yang dulu. aku tak tahu kenapa material sudah membaham keharmonian kita semua. Senyum sapa, gurau mesra, semuanya hilang. Hilang dalam keluarga kita. Masa aku tunjukkan result SPM aku sedikit pun tak ada penghargaan atau reaksi. Kerana marahmu dengan lelaki itu aku tempat kau lempiaskan amarah. Mungkin aku bukan anak soleh sebab tak mampu ikut katamu. Tapi perubahanmu tak mampu aku pujuk hatiku untuk berlakon jadi anak baik. Mungkin aku sudah tiada lepas kamu baca surat ini. Kata doktor. Darah lelaki itu, dan dua orang anakmu banyak kehilangan semasa kemalangan. Darahku mengalir di badan mereka. dan kau, Jantungmu kronik. Tak dapat diselamatkan. Jadi aku tak punya apa-apa bakti dan kebaikan untuk jadi anak baik sepanjang hidup aku. redhailah aku sebagai anakmu. Hadiah terakhirku jantung yang ada padamu itu daripadaku.
Ya Allahhhh!!!!..
Aaaaarrgghhhhhhh!!!!
Aku menagis kerana keremukan hati ini. Kenapa semua ini mesti terjadi!. Aku lempar segala bantal. Bibik yang memeluk aku tolak serta merta.
Aarrrghhhhhh!!!!!
"Dok!!.. Dok!!" bibik menempik tanpa aku pedulikannya.
Aku terhenjut henjut dengan tangis yang dahsyat. Aku menampar berkali-kali wajahku.
Mana anak aku!
Mana anak aku!
Mana anak aku!
Mana anak aaaa.....
Suntikan itu serta merta memutuskan aku dari alam sedar..
********"Mak. Mak dah makan?" tegur faris kepada mak.
"Mak kenyang lagi nak. farhan dari mana tadi?"
"Baru balik dari kerja ni mak" jawab Faris.
Faris mencium pipi Puan Nurina. Dia memimpin wanita tua itu ke ruang tamu. aku melihat keadaan mak yang terlalu rindukan Farhan. Dia melihat Faris sebagai Farhan dan aku tak tahu adakah itu masalah yang melibatkan mental atau yang lain.
Air mataku mengalir lagi. Sungguh menyayat hati pemergian adikku. Aku kakaknya juga sangat merindukannya. Kata doktor. Darah yang mengalir ditubuh kami adalah darah farhan dan surat arwah yang aku baca dahulu senyap-senyap di bilik mak membuat hatiku remuk. Pemergiannya bagai rahmat dan musibah juga untuk keluarga kami.
Musibah kerana kehilangannya dan setelah kehilangannya terasa sayang yang amat sangat. Mungkin kafarah untuk keluarga ini atas pemergiannya.
Ayah yang baru datang memberi salam dan terus mencium dahi ibu. Petang itu kami berkumpul di ruang tamu. menikmati minum petang.Aku memandang abang sulungku. Pengakuannya selepas pemergian Arwah buat aku bangga. Baginya dia tidak kisah walaupun adakalanya mak memanggilnya Farhan ada masa mak panggil dia Faris. Yang penting mak bahagia dan sungguhpun arwah sudah pergi meninggalkan kami. Tapi dia tetap hidup dalam diri kami.
TAMMAT.
YOU ARE READING
Warna Warni Kehidupan
RandomWarna warni kisah hidup. Tapi semua warna tu akan ditelan oleh warna hitam. Faham tak? Lu faham la sendiri.. In sha Allah akan jadi himpunan cerpen.