Kesempatan

175 11 8
                                    

Aku mengeliat sebagai mukadimah hariku pagi ini. Kelopak mataku ku malas untuk membuka si bola mata. Eh kejap? pagi apa ni matahari dah tegak 180 darjah. Namun seperti biasa rutin ku termenung seketika ambil feel konon untuk hari yang ceria!.

Aku melihat jam dinding diruang tamu berhenti seketika. Eh habis bateri kot!. Malas nak layan nanti orang gaji kami yang ganti bateri tu.

Kebiulan akal membuat aku jeda seketika.

Makan... “Eh? Nasi Briyani kambing ada dekat peti sejuk best gak layan tengah kosong Tong ni”

Mandi... aku ber‘humming’ irama Locked Away by Adam Levine, Sambil  berhujan di bawah Shower.

Tengok TV.. “hahaha lawak Shiro ni, eh ada movie Goosebump aku download dekat OD. Layan dulu ar.

Update Status FB, Twitter...

Eh dah Petang?

“Lahai assigment tak siap lagi? Hmm nanti la awal lagi. Boleh copy paste dekat blog je tambah reference sikit beres dah. Real kot? Ada sumber gak..”

Hari terus dimamah minggu, minggu dibaham bulan, bulan ditelan tahun, tahun-tahun yang mendatang dan pergi tidak terlalaikan menghitung usiaku.  

********

Aku melihat wajahku dibalik cermin. Kulit halusku dimakan kedut ?rambutku luntur dan gugur. Dahiku makin meluas. Six pack yang dulu aku bina kini menjadi one pack yang boroi. Badan yang tegak dulu kini makin membongkok.  Jam itu. Kerana jam itu tidak bernyawa aku ditipu olehnya. Jam Alam tidak pernah menipu. Iya Jam Alam ini tidak pernah berhenti sentiasa berputar siang malam memakan hayat setiap yang bernyawa.  Jam tadi hidup semula. aku melihat jam ditelan minit, minit ditelan saat. Adakah imaginasiku sahaja. Aku malas memikirkannya. Yang menghambat aku ketika ini adalah lembaran silam. Saat itu aku jauh termenung dibuai angin memori yang menerpa ingatanku. Hampir semua yang aku lakukan sepanjang hidupku seperti sia-sia. Iya memang kosong. Kosong dari nilai hakiki. Emas? Ringgit? Bukan nilai itu. Tapi masa yang terisi dengan harta-harta Akhirat. Tangisan ini tidak sama dengan tangisan jatuh miskin dahulu. Tangisan kerana ujian-ujian dunia Tapi ini lebih pedih lagi. Perit yang meyakitkan. Semahunya aku menggunakan semua hartaku untuk membeli masa-masa yang lalu agar dapat aku isi dengan harta yang ‘kekal’ untuk kehidupan selepas mati.

Aku membuka almari untuk mendapatkan pakaian. Ku lihat semuanya putih. Mana pergi koleksi baju berjenama aku?. Aku menyelongkar dilaci. Aku lihat perfume bermacam-macam warna bekasnya, ada Polo, Body Shop tetapi semua harumannya sama seperti bau kapur barus. Oh sang algojo! Semakin dekat.
Aku mengagahi dengan baki kudratku untuk ke tikar sejadah. Selangkah ku menghampirinya. Semakin dekat langsung ia terbang menjauh. Seolah melambai-lambai. Retinaku fokus pada sebuah buku. Tidak dapat ku cam kerana habuknya tebal menggunung meyelaputi kulitnya. Ku capai dengan cermat. Habuk tadi terbang di ruang atmosfera selepas aku membersihkannya. Air mataku menumpah deras. Dah berapa lama aku tinggalkan surat cinta ini? Kalam Indah dari yang Maha Indah. Aku buka lembaran pertama. Yang pertama apa? Kenapa hilang? Aku selak dengan gelojoh, semua hilang hanya lembaran kosong. Bersih dari kalimat indah yang pernah aku lafazkan dulu. Tapi kenapa lidahku kaku tidak mampu berkata apa-apa.

Yasiin. Wal Quranil Hakim....

Aku melihat keluargaku berhimpun duduk membaca ayat indah itu. Pernah aku dengar ayat itu. Tapi kenapa mereka seolah tidak sedar dengan kehadiranku. Aku cuba mengikutinya rumpunan suara mereka. tapi lidah ku terkunci. Aku tidak berdaya dalam ketidakpastian ini. Anak mataku memerhati ibu yang sedang membuka wajah si jenazah. Wajah itu persis dengan wajah jasadku.

TAMAT

Warna Warni KehidupanWhere stories live. Discover now