BUUKKKKK!!Hempasan pintu itu mengejutkan aku. aku tahu ada perang dingin lagi antara Mak dengan Kak Angah. Pertengkaran itu akan berlaku setiap kali kakak memberontak dengan tengkingan ibu.
"haaa!! Hempas lagi pintu tu biar runtuh gempa rumah ni" sinis Mak. Bergema satu rumah suara high pitch itu.
Aku menekup telinga dengan headset gaming. Kebingitan rumah ini menganggu konsentrasiku untuk revision percubaan akhir Stpm. Lagu black parade My Chemical Romance mengasak pendengaran. Entah apa-apa iramanya. Macam suara kerasukan je aku dengar. aku tahu itu bunyi dari bilik Faris.
"Mas.. ibunya bilang slow dikit volumnya". Bibik menyampaikan arahan dari mak. Bergetar suaranya. Mungkin terasa gerun dengan keseriusan muka Faris.
Muzik Black parade sudah hapus. Faris menyambar helmet dan jaket. Terus menuruni tangga. Seminit kemudian bunyi dengungan ninja meninggalkan perkarangan banglo. Memang begitu sikapnya apabila ditegur terus keluar. Mungkin lepak dengan membernya.
Keadaan rumah agak sunyi tapi tak aman. hubungan kekeluargaan kami tak pernah aman lepas Ayah mula bergaul dengan golongan dato. Aku tak tahu apa kena dengan keluarga aku?. aku pernah dengar ustaz sekolah aku ceramah. Kalau sumber rezeki tak halal, kehidupan tak berkat, keluarga porak peranda dan banyak lagi tapi tak berapa ingat. Dulu sebelum ayah letak jawatan sebagai Penjawat awam. Keluarga kami masih dalam baik. Entah la aku pun tak tahu apa sebab musababnya.
Aku menjenguk ke bilik Kak Ngah. Ada soalan Pengajian Am yang aku confius bab analisis graf. Pintu bilik berbuka. Leherku memanjang melihat dibalik pintu yang sedikit terbuka. Aku lihat kak Ngah tengah baca novel.
"kak.."
"....."
'Kak"
Kak ngah memandang aku tanpa suara. keningnya terjongket.
"Apa!" kasar suaranya.
"Ermmm.."
"Nak tanya ni pasal PA."
Dia menjeling tajam. novel dibuka semula.
"Hish! Dia ni moody je manjang" aku mendengus dalam nada berbisik.
Telefonnya berdering dan pantas disambut.
"Hello bie.." lemah gemalai suaranya.
Tadi kasar macam singa betina, dengan Pakwe semut pun tak dengar. Aku kembali ke bilikku. Esok pagi je aku sambung study.
******
Meja makan dipenuhi pelbagai lauk. Ikan tenggiri masak sambal, chicken sweet sour. Lamb Chop, sayur campur, kangkung tumis belacan. Baunya cukup menyelerakan. Tapi tidak untuk aku. aku tak ada selera. Dari tadi aku hanya mendengar sudu garfu yang berbual. mak masam mencuka melihat Ayah. Tiada lagi babak kemesraan antara mereka. kalau sebelum ini, mak selalu sendukkan lauk untuk Ayah. aku bahagia dengan momen itu. Aku rindu dengan keluarga yang dulu.
"haa! Kenapa tak makan lagi tu" jerkah mak kepada ku.
Aku diam bersahaja. Ku pandang mak dengan pandangan kosong. Nasi itu aku kuis dengan sudu. Aku tahu mak marah pada Ayah tapi aku tempat melempiaskan kemarahannya.
Telefon ayah berbunyi. Semua mata meluru ke arahnya.
"haa. Hello, ye datuk.. haa? Ada projek lagi. Hahaha." Sarkas ketawanya dan berlalu meninggalkan kami.
mak menjeling tajam. mulutnya terkumat kamit menyumpah lelaki itu. Aku menggeleng lemah. Sampai bila perang saraf ni akan selesai?
Bunyi deruman ninja bergema dari luar rumah. mak mengetap bibir menunggu anak sulungnya yang lambat datang.
"Mekom". Faris memberi salam. Nadanya malas. Jalannya seolah berentak gaya blues. Senyumnya ke arah ibu macam tak bersalah. Dia terus duduk di tepi ibu. Bau rokok mengigit hidungku.
"Kamu dari mana ni Faris!. bau rokok ni!, apa kamu buat ni!. Kamu dengan siapa tadi!!" suara mak naik seoktaf. Soalan bertubi tubi lagak polis sedang soal siasat.
Kak Ngah memandang sesekali. Di biar sahaja mak yang sedang baran. Tengah makan pun pegang fon?.
"Hahaha" tawa kecilnya sambil melihat telefon. Mesti chat dengan pakwe dia. Hei! Annoying aku tengok dia ni.
Menjengil mata mak memandang kak Ngah. Tapi mak tahan sebab perangai Kak Ngah yang tak boleh ditegur. Pantang sikit terus protes. Marah tak berarah. Turun naik nafas mak. Terus mak tinggalkan kami beradik di tempat makan. aku memandang abang dan kakak. Mereka sibuk dengan hal sendiri. Seorang pegang fon, seorang makan syok sendiri. Ayah entah ke mana? Mungkin jumpa Dato. Ibu masuk bilik membawa api amarahnya. Aku tertekan dengan semua ini!.
****
"Nak ikut ke tak nak?"
Aku diam membisu. Tak berganjak sedikit dari posisiku bersandar di kepala katil. Langsung aku tak pandang kak Ngah."Hoii!! Pekak ke?" berbaur geram suaranya seakan menjerkah.
Aku menjeling tajam. selimut ku tarik menutupi seluruh tubuhku. Aku mahu menutup duniaku dari dunia kamu! Kamu bukan duniaku lagi!. Nafasku berombak kencang. Selimut ku gengam erat. Biar aku sendiri! Biar aku sendiri!!"ok" jawabnya sepatah, kosong dari rasa. Bagai tiada apa reaksi.
Kepalaku terasa berat. Sabar aku sudah nazak..
Kedengaran bunyi kereta ayah semakin samar.*****
Air mataku mengalir deras. Satu persatu aku melihat mereka terbaring di katil. Darah berlumuran pada jasad mereka. Jururawat dan petugas Paramedik bergegas membawa mereka ke ICU. Aku dihimpit sedih yang membebankan. Bagai kosong. Hilang aku dengan kewarasan akal. Air mataku mencurah lagi. Esak tangis menenggelamkan nafasku. Aku sayang mereka. siapa lagi aku ada selain mereka.
*****
Aku bangun dari katil. Terasa sakit di bahagian dadaku. Ku lihat sekeliling seperti wad pesakit. Di sisiku ada Suami dan sisi kiriku ada Faris dan Fasha. Kepala ku sakit. Aku cuba mengingati semula kejadian terakhir sebelum berada ke sini. Rempuhan lori menuju ke arah kami. Hanya itu yang aku mampu ingat.
"Puan jangan banyak bergerak ye. Keadaan puan tak stabil lagi.?" Jururawat itu tersenyum sambil membetulkan selimutku. Aku diam sahaja sambil memerhati suami dan anak-anakku. Kepalaku sakit lagi. Kesakitan yang teramat pada jantungku. Aku tahu ini kesan bedah di bahagian dadaku.
Aku meminta Jururawat untuk menghubungi telefon rumahku. Namun tiada yang mengangkat panggilan itu.
"Ke mana anak bongsu aku ni?.." aku bebicara sendirian. Kali terakhir aku ingat Farhan bersendirian di rumah.
Ke mana mereka pergi?. Bibik?.
Kepalaku berdenyut-denyut lagi aku memejam mata. Kesakitan luka pada dadaku beraduk dengan kepedihan dengan persoalan tidak berjawab ini. Aku melihat tiada kelibat anak bongsuku. Tak kan lah pihak hospital tak dapat hubungi mereka.Kedengaran suara berbual dari ruangan luar wad. Aku seperti selalu mendengar suar itu. Seorang wanita menguak pintu. Pandangannya jatuh ke arahku.
"Bu.. syukur alhamdulillah ibu ngak kenapa napa." Air matanya menitis. Dia berdiri di sisiku. Dia memegang erat tanganku.
" bibik.. Mana Farhan?!"
Dia menunduk. Hanya menggeleng sebagai jawapan pada pertanyaanku."bibik?. Mana anak aku?. dia kat mana?" air mataku menitis lagi kerana seksanya persoalan yang tak berjawab.
"dari tadi aku tak nampak dia. Dia kat mana?" entah mengapa aku diusik rasa rindu sangat dengan dia.
Perlahan-lahan pintu dibuka. Kelihatan seorang jururawat memasuki bilik kami dan menghampiri aku. sekeping sampul berwarna hijau diberi kepadaku.
Bersambung..
YOU ARE READING
Warna Warni Kehidupan
SonstigesWarna warni kisah hidup. Tapi semua warna tu akan ditelan oleh warna hitam. Faham tak? Lu faham la sendiri.. In sha Allah akan jadi himpunan cerpen.