"Eh betul ke? aku tak caya la.""Iya meh.. lu olang ingat I tipu kaa"
Dia menyuakan kaca mata itu kepada aku. Sudah seminggu Ah Kiat menawarkan barang antik itu kepadaku. Katanya ada sesuatu menarik tentang kaca mata itu. Dia ingat ni zaman kuno ke main kuasa magik, cermin ajaib bagai?!
"Lu olang tahu la nanti. Keistimewaan ni spek. Pasti tidak lugi punya meh" cungkil gigi menari ikut rentak bibirnya yang pot pet pot pet dari tadi.
Fashionable? Tak juga. Maybe boleh kira hipster juga la kalau pakai benda ni.
Aku berkira-kira untuk mengambil atau tidak. Bagai ada angin yang menolak tangan kiri untuk mencapai kaca mata itu.
Eh?
Aku cepat-cepat alihkan tangan kanan untuk mengambil spek itu. Kata Tok Wan, kalau terima barang baru biar guna tangan kanan. Berkat katanya. Tapi tujuan aku nak spek ni bukan untuk rabun pun. Apa apa la!
Aku tersenyum dengan Ah Kiat dan mengangguk tanda setuju untuk mengambil kaca mata itu.
Sempat aku mengerling wajahnya seketika setelah urus niaga selesai. Dia tersenyum sinis pada kaca mata itu. Eh kenapa pula apek ni?
*******
Is barang baek!
Is barang baek!Bunyi itu bergema di gendang telinga ku. Mana tidak, lagu kedai cina itu "is barang baek". Haih! Musykil juga aku dengan Spek si Apek ni.
****
"Kalau kau nak tengok dunia bro kau gi kedai ni."
Aku menatap stick note warna hijau sambil mengangguk kepada Mat Rome. Actually, gelaran dia romeo. Tapi sebab kepentingan benda ni je aku berkawan dengan dia. So sikit je aku tahu pasal dia.
Kalau pakar cintan cintun ni memang dia la orangnya. Tapi satu je yang aku sebulu dengan dia ni bab skodeng mengodeng. Tu pasal dia perkenalkan aku produk Ah Kiat.
"Abang. Saploh ringgit" lamunanku dikejut dengan lelaki bermisai itu.
Dia mengeleng kepalanya. Memang begitu jenis diorang. Iya pun geleng, tak pun geleng.
Keluar dari perut teksi. Aku menuju ke pintu rumah. Kotak Spek bingkai bulat itu aku pegang kemas ditangan. Sesi eksperimen bakal bermula!
Kotak itu aku letak dimeja katil. balik dari kerja tadi aku terus ke kedai Ah Kiat. Keterujaan aku dengan spek ini makin memuncak.
Memandangkan aku tinggal flat ground floor. Aku rasa posing berbaring menghadap siling adalah paling perfecto.
Aku menarik nafas dalam. Perlahan lahan aku memakai spek bulat itu. Keterujaan dan debaran bersaing dalam diriku.
"Eh tak de apa berlaku pun."
BUURRRGHHH!!
Keadaan rumah mula bergegar. Perabot bilikku seperti terloncat kesan dari gegaran.
"Eh.. eh.. pe hal ni!"
Jasadku hilang keseimbangan. Lalu terjelepuk ke lantai.
PRAAANNNGGG!!
Batu hitam menghempas jendela bilikku. Retak permukaannya.
Aku panik dengam kejadian ini. Nafasku kencang, rentaknya tidak stabil.
Keadaan kembali tenang. Cuma nafasku yang menggeletar.
Fuuuhhhhh.......
Aku menghampiri batuan itu dan ku amati teksturnya. Sepertinya bukan batuan yang biasa. Baunya juga sangat tengik menyucuk hidungku. Asap halus menyelubungi batuan itu. Batuan metamorfosis bukan begini cirinya.
Dibalik rekahan dinding itu pandanganku jatuh ke langit. Sungguh aku tak faham dengan fenomena ini.
DAN....
Batuan dari angkasa itu sedang menjunam menghampiri kawasan perumahanku.
Aku segera keluar dari rumah itu. Kaki yang tersepak kerusi meja tidak menggugat ketakutan.
aku belum mahu mati! Aku tak nak matii!!....
Kerana terlalu laju, badan ku hilang keseimbangan. Aku selamat dari rempuhan batuan itu. Tetapi gelombang hentakan batuan membuat aku jauh tersungkur ke hadapan.
BUUKKK!!
Cairan merah mengalir dari dahi. Pandanganku berpinar. pening. Hentakan kuat di kepalaku yang bertembung dengan ketulan simen pecah.
Apa yang menghairankan. Spek yang aku pakai langsung tak calar. Aku mencapai spek yang tertanggal di atas kepalaku. Lebih kurang sehasta jaraknya.
Pandangan huru hara tadi kembali stabil. Ada apa sebenarnya spek ini?.
Dahiku juga hilang kesakitan serta merta. Darah juga tiada. Suasana kembali aman.
Aku melihat rumahku dari pandangan yang jauh. Besi seumpama kaki cyborg rupanya tiang elektrik. Di sisi kawasan perumahan itu. Aku melihat seorang pekerja memotong rumput. Batu batuan terbang hasil lagaan mata pisau mesin pemotong rumput itu tadi.
Mungkin itu batu besar dalam imaginasi spek ini.Tapi?.
Kenapa aku di sini? Aku rasa berbaring di katil tadi?
Antara realiti dan fantasi. Imaginasi atau ilusi?
YOU ARE READING
Warna Warni Kehidupan
RandomWarna warni kisah hidup. Tapi semua warna tu akan ditelan oleh warna hitam. Faham tak? Lu faham la sendiri.. In sha Allah akan jadi himpunan cerpen.