Ego ?

62 6 0
                                    

Air mata awan deras membasahi bumi. Dentuman guruh sesekali memecah irama hujan yang rancak. Figura ayah belum kelihatan. Mungkin berhempas pulas meredah hujan?

Ibu mundar mandir. Sejak 5:30 petang tadi warna awan mulai mendung kelabu. wajah ibu juga mendung sebab tahu kepayahan Ayah untuk pulang ke rumah jika alam sedang meradang.

"Heii. Duduk diamlah serabut mata aku!" Abang sulungku menjerkah ibu. Sebenarnya bukan abang kandung pun cuma abang angkat aku. Dia 'sibuk' melayan PSPnya.

Aku! abang kandung dari kami tiga beradik yang sedarah sedaging.

Si Angah dan si Bongsu kalau. hujung minggu memang di rumah nenek Aminah. Hanya aku, ibu dan si Azroy itu. sebut namanya pun aku benci!

Aku mula baran kalau watak antagonis dia dah muncul. Dah lama aku tahan sabar!. Kalau bukan sebab Ayah ibu halang. aku tempah siap dah batu nisan dia!

Telinga mak aku dah di 'imune' dengan bahasa longkangnya. Bukan sekali dia menengking lepas dah dapat motor EX5 terus macam putus wayar (mental). Dia tercemar dengan geng rempit.

Aku menentang pandangan matanya. Retina kami berlaga. Entah mengapa kali ini sabar aku macam dihujung tanduk.

"Sabar mak. Kejap gi ayah sampai." Tanganku mengusap lembut belakang ibu.

DUMMMM!!!!

Sekali lagi guruh memekik.

"Assalamualaikum" samar suaranya.

Aku dan ibu bergegas ke muka pintu. kedengaran persis suara ayah.

Daun pintu dibuka gopoh.

Hampa. Risau. Aku kembali bimbang. Suara Pak Main rupanya. jiran sebelah kami. Dia pun baru selamat dari amukan ribut. Dia tersenyum sumbing. Mungkin faham apa yang kami rasa tadi.

Ibu hanya melempar senyum tawar. Aku terus bersandar di sisi pintu. Kedinginan angin ribut itu menyiat kulitku.

macam mana ayah sekarang ni? Kebimbangan menyerang lagi. Air mata ibu tidak terbendung. Terlukis Kesyugulan pada wajahnya. Aku juga tenggelam dalam kerisauannya.

"Alaaaaa sekejap lagi balik la orang tua tu!" Kasar nadanya.

Aku menjeling tajam.

"Hoi kau pehal hah! Tak puas hati" sergahnya lagi.

Tanganku mengenggam erat. Tersirap darah ke ruang kepalaku. Nafasku berentak laju.
Sejuk tangan ibu memegang lenganku. Ibu mengeleng lemah. Tangannya bagai terapi menurunkan emosiku. Aku menelan api kemarahan tapi masih tersimpan menjadi bara dendam.

DUUUMMMM!!

meriam langit berdentum lagi selepas cahaya kilat memancar

Aku duduk memeluk lutut. Walau kami berlindung di dalam rumah sederhana besar ini. kesejukan menguasai ruang.

Di rumah pun begini sejuknya, Ayah lagi dingin gamaknya.?

Tok.. tok.. tokk!

Pintu di ketuk perlahan tiada salam. Tapi aku sempat mendengar bunyi 'Kum' dibelakangnya. Samar kedengaran.

Aku hanya berdiri menghampiri pintu. Ibu kelam kabut membuka daun pintu. Si bangsat lena diulit mimpi. Boleh lagi dia tidur dalam keadaan begini. Mahunya aku terajang saja tulang rusuknya.

Figura Ayah di hadapan pintu.
Wajahnya membiru. Aku tahu itu sejuk sampai ke tulang hitam.

Rasa sebak merasuk jiwaku. Aku cepat menghapus air mataku yang mengalir tak tersengajakan. Ibu terus memeluk Ayah, menangis dalam pelukan lelaki tabah itu. Ayah membuka kasut butnya yang penuh menakung air. Habis kuyup satu badan.

Aku segera menjerang air panas untuk mandian ayah manakala ibu membawa kopi hangat.

Suara kedinginan mengusik kesunyian rumah. Azroy tersedar.

"Argghhhhh!!" Dia mengeluh kasar.

"Memekak je orang tua ni.!"

Kemarahanku mendidih, sikit masa meletus. Aku tidak tahan dengan sikap kurang ajarnya.

Ibu melolong marah dalam tangisnya kerana Azroy menghampiri ayah.

"Kau ni. Kalau bukan sebab kau kita tak miskin macam ni" jarinya menunjal nunjal kepala ayah.

"Puuuiik!!" Disembur ludahnya pada Ayah.

Aku hilang sabar saat itu. Aku mahu dia tinggalkan rumah ini!!! , tinggalkan dunia ini!!!! Ibu teresak menahan tangisnya. Dia tidak mampu melawan kudratku yang meliar.

Pandangan ku menjadi kabur. Gelap. sunyi. Kosong. Bagai ada yang menhempuk kepalaku.

******

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Terasa lemah seluruh urat sendi ku

Aku dimana.

Gelap.

Bau busuk.

Sekitar kelihatan bagai latar penjara.

Aku bermimpikah?

Atau perkara tadi pernah berlaku....

Warna Warni KehidupanWhere stories live. Discover now