Bab 9

2.3K 127 0
                                    

''Hish,waalaikumussalam..''Mia menjawab salam Hafizi dengan senyuman paksa.Untuk beberapa saat,mereka bersaing untuk melihat tenungan siapakah yang lebih tajam.Tidak ada seorang pun yang berkelip.Mia  semakin rimas dengan Hafizi yang masih lagi tidak mahu mengalah itu.

''arghh,dahlah apa yang kau nak?..''Mia mengalah.Tenungan yang diberikan dari Hafizi bukan membuatkan dia takut namun ia membuatkan hatinya berdegup kuat.Ini   menimbulkan  persoalan padanya,apakah perasaan yang dia rasai?nak kata takut,tidak sebab dia memang tidak takut dengan Hafizi,nak kata marah?hmm,bukan jadi apa perasaan yang dia rasa ni.Entah entah penyakit,argg takkan lah penyakit.Mia mengambil keputusan untuk mengabaikan persoalan ini.Boleh naik pengsan dia kalau asyik melayan perasanya ini.

Mia kembali memandang kearah televisyen,sesekali anak matanya memandang kearah Hafizi.Mia mendapati Hafizi berjalan menuju kearahnya.Tangan Mia lalu mencapai sekaki payung yang disembunyikan di bawah sofa.Hafizi semakin rancak berjalan kearah Mia.Dalam kiraan sepuluh saat,Mia terus memukul Hafizi yang  seperti ingin menyentuh bahunya itu.

''aduh!Apa masalah kau mak nenek!.''teriak Hafizi sambil mengurut tekaknya yang menjadi mangsa pukulan payung dari Mia.Mana tak sakitnya kalau kena pukul dengan bucu payung.Nasib baik kena dekat tekak.

''apa masalah kau!tetiba je datang dekat..''Jerit Mia kearah Hafizi dalam posisi silat sambil memegang payung yang berwarna merah itu.Lelaki zaman sekarang bukanya boleh percaya sangat,mana tahu dia ambil kesempatan..tak kiralah murid biasa ke pengawas ke ketua pengawas ke selagi lelaki selagi tulah kena on guard.

''aku cuma nak suruh kau cek suhu badan kau je..bukanya apa pun,aku ni waras lagi okay..''Kata Hafizi sambil menghulurkan termometer eletronik.Tangganya masih lagi mengurut tekak yang masih terasa sakit itu.

Mia tidak berasa bersalah sedikit pun.Lagipun,bukanya salah dia yang Hafizi kena pukul.Abang Iman selalu berpesan kepadanya agar sentiasa berhati hati,tidak kira dengan siapa pun kerana jika ada dua orang maka pasti ada orang ketiga iaitu syaitan terutamanya jika seorang lelaki dan seorang perempuan seperti situasi yang dialami oleh Mia sekarang.Mia memerhatikan Hafizi dahulu untuk beberapa saat,matanya mencari wajah kejujuran dari Ketua pengawas itu.

Hafizi memandang Mia dengan riak wajah yang biasa.

''asal mak nenek ni pandang aku macam tu pulak..?''Hafizi mengomel sendirian.

Mia mencapai termometer eletronik itu lalu memandang kearah Hafizi.

''kau nak suruh aku cek suhu badan aku sekarang ke..?''Tanya Mia sambil mengangkat keningnya.

''dah tu takkan nak tunggu tahun depan..''perli Hafizi.

Mia menghela nafas.Kini hanya bunyi televisyen sahaja yang menemani mereka berdua.Tiba tiba,bunyi perut yang berkencang berbunyi lalu memecahkan kesunyian itu.Hafizi memandang kearah Mia namun Mia hanya membuat raut wajah yang menyatakan itu bukan bunyi perutnya.

Tiba tiba,perut yang berkencang itu berbunyi semula.Kali ni Hafizi memandang kearah Mia semula sambil mengangkat kening.

''bukan aku!..''Mia menafikan bunyi itu lagi dengan muka yang agak geram sedikit.Tiba tiba,bunyi perut itu berbunyi semula.Hafizi memandang kearah Mia sambil mengangkat kening.

''Oi,mak nenek..kau nak biarkan je ke perut kau tu,macam dah sebulan je tak makan..''tanya Hafizi sambil menahan gelak.Terukir senyuman di bibirnya itu.Kalau dah lapar,buat apa nak tahan.

''biarlah,perut aku bukan perut kau..!''tengking Mia.Sejujurnya,Mia memang lapar,namun sifat ego di dalam dirinya itu mengahalang dia daripada memberi Hafizi jawapannya yang sebenar.Sudah hampir,sehari Mia tidak makan..Kalau dibiarkan mungkin demamnya tidak akan pulih.Sepinggan nasi pun tidak disentuh,apatah lagi nak telan ubat dengan perut yang kosong.Namun,perutnya itu tetap berbunyi sehingga Hafizi sendiri tidak tahan untuk gelak.

Thank You Dear PrefectWhere stories live. Discover now