SPEKKKKK!!! (author: bunyi apa tu....)
"Oh, Cik Kiah lari pakai tangan!! ," latah Jungkook. Jungkook mengalihkan pandangannya pada Cikgu Jihyo yang sedang memandang tajam ke arahnya.
Kemudian, matanya beralih pula pada rotan Cikgu Jihyo yang tadinya dihempas ke atas meja guru itu. Jungkook mengurut dadanya perlahan. Kesian meja tu. Salah aku, tapi dia yang kena. Keluh Jungkook.
"Pastikan kamu tukar semua isi karangan kamu tu! Esok pagi saya nak tengok buku karangan kamu ada di atas meja saya! Faham? ," Jungkook mencebik lalu menganggukkan kepalanya. "Dah! Kamu boleh balik sekarang! ," arah Cikgu Jihyo.
Jungkook mengucapkan terima kasih sebelum berlalu. Sempat dia mengutuk Cikgu Jihyo semasa berjalan menuju ke pintu masuk bilik guru. "Garang sungguh Cikgu ni. Patutlah jadi anak dara tua je ," kutuk Jungkook sambil terkekek-kekek.
SPEKKKK!!(author: srs aku rasa bunyi dia tak senonoh. maaf. *bow*) Jungkook tersentak. Tawaannya terhenti. Matanya membulatkan. Dia terus membuka langkah seribunya keluar dari bilik guru itu. Ni mesti Cikgu Jihyo dengar kutukannya tadi.
Jungkook menghela nafas lega apabila sedar yang dia sudah berada berjauhan dengan bilik guru. Tapi, langkahnya terhenti tiba-tiba. "Aduh! Nak terkencing pula!," rungut Jungkook sebelum berjalan terus ke tandas.
■ ■ ■ ■ ■
Byul jalan menghentak kaki menuju ke arah tandas. Pipi yang dari tadi merah tak habis-habis dipegang. "Apasallah panas sangat pipi aku niiii... ," keluh Byul.
"Ish! Seulhwa dan Yujin punya pasallah ni ," dia pergi tuduh Yujin dan Seulhwa pula. Hesh.
Melilau gadis itu berjalan tanpa memandang tepat ke arah jalannya. Tumpuannya hanya tumpu akan kata-kata Seulhwa sebentar tadi.
"Byul-ah, janganlah marah-marah. Kau kena faham juga. Dia tu kan suka kat kau, mestilah dia buat apa saja untuk dapatkan perhatian kau"
"Dia tu kan suka kau, mestilah dia buat apa saja untuk dapatkan perhatian kau"
"Dia tu kan suka kau...."
".....mestilah dia buat apa saja untuk dapatkan perhatian kau"
"WHY DAHECK DIA NAK SUK-- "
BUKKK!!
"Bontot aku.... ," Byul mengurut-ngurut punggungnya yang kesakitan akibat terjatuh sebentar tadi. Dia memandang sekelilingnya.
Wait what. Apasal banyak kertas ni? Ada pari-pari kertas datang nak kahwinkan aku dengan G-Dragon oppa ke? Bisik hati Byul yang sedang kemusykilan. Tapi sempat dia berangan.
Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang jejaka yang sedang mengaduh kesakitan sambil mengusap-ngusap sikunya. Dahinya berkerut melihat gerangan siapa jejaka itu.

YOU ARE READING
[C] JEON JUNGKOOK!!!
Fanfiction"Nama u Aida ke?" - Kim Byul. "Aida lama nak balas cinta u, eh? Awwww so sweet bintang hatiku ni" - Jeon Jungkook. "Nope. Tapi. Aida lama rasa nak pijak u sampai mati" - Kim Byul. "....." -Jeon Jungkook. "...EM..." - Jeon Jungkook. "Tiba-tiba aku ra...