Byul melangkah longlai di koridor menuju ke kelasnya. Sesekali dia menguap mengantuk. Kalau ikutkan mahu sahaja dia cuti hari tapi bila difikirkan balik, semalam dah cuti, baik dia pergi sekolah hari ni.
Tapi bila difikirkan lagi sekali, lagi best tidur je kat rumah. Mood dia memang mood malas sekarang ni. Mood nak membuta. Byul lagi sekali menguap malas.
"Kim Byul! ," langkahnya terhenti. Dia memaling ke arah suara yang melaungkan namanya tadi. Dia tergamam sebentar apabila melihat Hanbin berjalan menghampirinya.
Alamak. Kenapa dia datang ni? Dia nak marah aku lagi ke? Macam mana ni? Gd mana gd!? Exo jadi monster cepat! Makan dia! BTS tolong bakar dia! Tolong! Imaginasi wanita ni lain macam betul.
Hanbin mencapai tangan Byul membuatkan badan Byul makin tergaman membeku. "Aku nak cakap dengan kau! Jom ikut aku ," kata Hanbin sambil menarik tangan Byul supaya mengikut langkahnya.
Byul meronta-ronta minta dilepaskan. Namun tangan Hanbin lebih kuat mencengkam tangannya. "Weh lepaslah! Apa ni culik anak dara orang ni!? Gd! Tolong aku! ," Hanbin hanya mengendahkan rontaan Byul itu. Orang ramai yang berada di koridor sudah berbisik-bisik melihat agenda mereka. Namun, Hanbin masih tidak peduli. Dia mesti cakap sekarang juga!
Sesampai sahaja di bumbung sekolah, Hanbin terus melepaskan tangannya. Byul mengurut sikit pergelangan tangannya yang terasa sakit akibat dicengkam Hanbin tadi.
"Kau nak apa? Nak kutuk mak ayah aku lagi? Tak puas lagi dengan apa yang kau kutuk hari tu? ," Hanbin tersentak mendengar jerkahan Byul yang terus itu. Tidak dinafikan, memang Byul makin berani dengan dia sekarang. Dulu, bukan main kecut gila minah sorang ni.
Hanbin mengetap bibir bawahnya sebelum memulakan percakapannya. "A-aku.... Em. Aku nak minta maaf pasal apa yang berlaku tempoh hari. Aku serius tak tahu yang... emmm. Mak dan ayah kau dah tak ada-- ,"
"Dah tu? Kalau mak ayah aku ada pun, kau still nak kutuk dorangkan? Eh, meh sini aku nak tanya kau. Cuba kalau kau kat tempat aku. Aku pula kat tempat kau. Aku kutuk mak ayah kau. Kau rasa kau marah tak, sunbae? ," Hanbin terdiam. Sentap bhai. Kau jangan. Mulut Byul sekarang ni boleh tahan juga. Ha, itulah kau, Hanbin. Layan orang kasar-kasar, sekarang kau pula yang kena. Author tukang gelak je wahaha.
"Sebab tu aku bawa kau kat sini. Sebab aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak fikirkan dengan apa yang aku cakap hari tu. Aku hanya fikir aku je yang betul masa tu. Aku minta maaf sangat, Byul ," ucap Hanbin panjang lebar setelah sekian lama mendiamkan diri untuk mengatur ayat. Nervous pula pakcik ni berdiri depan Byul.
Byul mengeluh berat sebelum memandang Hanbin. Teringat pula dengan apa yang dibincangkan dengan Yoongi petang semalam. Tak baik juga juga kan kalau kita mahu berdendam? Lagipun, dia sendiri yang menghalang Yoongi daripada membalas dendan. Dia menarik nafasnya sedalam mungkin kemudian dihembus perlahan.
"Em. Aku maafkan kau. Cuma kau tu lah. Ubah sikit perangai. Jangan dah minta maaf kat aku, lepas tu kau buat kat orang lain pula ," perli Byul.
Hanbin menghembus nafas lega. "Thanks, Byul. Aku ingat... kau akan marah aku selama-lamanya," ujarnya lembut. Aik? Ok.
Mujurlah Byul masih mempunyai hati yang baik. Ingatkan lepas kejadian tu berlaku, Byul memang berubah habis-habisan. Iyelah. Bukan main garang je dia tengok budak Byul ni. Itulah yang berada di dalam fikiran Hanbin.
YOU ARE READING
[C] JEON JUNGKOOK!!!
Fiksi Penggemar"Nama u Aida ke?" - Kim Byul. "Aida lama nak balas cinta u, eh? Awwww so sweet bintang hatiku ni" - Jeon Jungkook. "Nope. Tapi. Aida lama rasa nak pijak u sampai mati" - Kim Byul. "....." -Jeon Jungkook. "...EM..." - Jeon Jungkook. "Tiba-tiba aku ra...