S I X T E E N ✿

1.5K 146 11
                                    

Kakinya melangkah malas masuk ke dalam pagar sekolah. Berserta wajah datar yang menghiasi wajahnya. Ini semua, gara-gara Jungkook! Yelah, manakan tidak si Byul ni badmood pagi-pagi ni. Mana taknya? Sebab si Jung--

"Ishhhhh! Dah janjikan nak pergi sekolah sama-sama? Aku tunggu depan rumah tapi tak muncul-muncul. Lastly, Wonwoo oppa yang muncul cakap kau taknak pergi sekolah. Kejadaaaaah. Kalau ikutkan, nak aje aku serbu masuk bilik kau biar kena terajang haaaaaaa kan best bla bla bla bla....," Haaaaa, panjanglah dia membebel disebabkan Jungkook itu dan tanpa sedar yang ada seseorang sedang mengekorinya.

"Hohoi!" bahu Byul terangkat sedikit apabila terasa pinggangnya dicucuk oleh seseorang. Dengan berapinya, dia menoleh ke arah makhluk yang sengaja berkelakuan sebegitu.

Hanbin tersengih-sengih sambil menunjukan swaeg sign pada tangannya. Byul menghela nafas perlahan. Cuba untuk menenangkan diri. Ya, dia marah ni. Amat marah. Humph!

"Kurang asam betul Bij ni," gumam Byul perlahan. "Pernah merasa jari kena potong tak?," soalnya dengan suara datar, eksperasi datar dan segalanya datar.

Hanbin menayangkan lagi sengihannya. Tangannya didepa luas lalu dipeluknya bahu Byul. "Alolo. Apa ni monyok-monyok, marah-marah ni?," pipi Byul dicubit perlahan.

Byul memuncungkan bibirnya dan tersenyum pahit. "Tak ada apa," bohongnya. Tangan Hanbin yang memeluk bahunya dilepaskan. "Kau ni. Tak payahlah nak peluk-peluk aku segala. Orang tengoklah ishhh," marahnya.

Wajah Hanbin berubah. "Wah. Sampai hati. Em. Takpelah kalau macam tu kan. Em. Kalau Jungkook buat boleh pula. Wah, bagus betul," suara Hanbin yang kedengaran terasa itu mebuat Byul tersentak.

Perasaan bersalah mula menyerbu dirinya. Dia melihat wajah Hanbin yang sedikit monyok dan pipinya yang dikembungkan. Merajuk rasanya. Aduh, Byul, aduh. Tengok? Kan dah kena pujuk. Tiba-tiba ada mentol keluar dari kepalanya.

Prutttt!!

Hanbin memandang wajah Byul dengan matanya membulat. Dia melihat Byul ketawa sakan selepas mencucuk pipinya yang kembung dan menghasilkan bunyi.... err... kentut? Hanbin kemudian menoleh ke arah kiri dan kanannya. Terlihat beberapa orang murid yang lalu disitu sedang ketawa melihatnya.

"A-apa yang--"

"KAHKAHKAH HANBIN KENTUT GUNA MULUT BUSUK NAK MAMPUS OMAIGASH MANUSIA JENIS APA KAU NI KENTUT GUNA MULUT," tawa gadis itu sambil tangannya berhenti memukul badan Hanbin. Lawak sungguhlah tu kononnya.

"Kejadah perempuan ni... Yah yah yah! Mana ada aku kentut guna mulut. Dah lama hidup ke sakai!?," marah Hanbin, cuba mempertahankan diri dari jadi mangsa ejekan Byul. Kuajaq betoi tak guna ni. Ish.

"Okay okay sorry. Tapi masih lawak. Belanja aku air kat kantin baru aku berhenti gelak. Cepat," Byul terus menarik tangan Hanbin lalu menukar arah laluan ke arah kantin.

"Yah! Junior jenis apa kau ni buli sunbae!?"

■ ■ ■ ■ ■

"Sabtu ni kau free?," Byul yang sedang menghirup air susu strawberi yang Hanbin belikan untuknya mengalihkan kepalanya kepada Hanbin dengan wajah berkerut.

"Tak. Aku ada urusan kerja dengan katil aku. Meeting penting. Kenapa-- Aduh!! Woi kau asal ketuk kepala aku!?," kepalanya yang sakit diketuk Hanbin itu diusap. Tangisan palsu menguasai dirinya membuat Hanbin berasa mahu me'wrestling' si Byul ni.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now