N I N E ✿

1.8K 198 17
                                    

"Apa salahnya kalau Jungkook bagitahu pun? Daripada asyik berahsia yang takkan membantu diri kau. Jungkook cuba bantu kau dengan bagitahu aku perkara sebenar ," terang Yoongi seserius mungkin.

Mood Byul untuk memakan aiskrim terus hilang lalu diberikan pula kepada Jimin. "Yas," sorak Jimin perlahan. Karang cakap kuat-kuat, tidak ke kena ketuk nanti?

"Serius tak lawak, Jeon Jungkook. Sepatutnya kau diam je-- ," kata-katanya terpotong apabila Yoongi mencelah.

"Oppa paksa dia bagitahu pasal budak Dust-bin tu. Jungkook takkan bagitahu pasal dia kalau oppa sendiri tak paksa dan ugut dia. Kau jangan nak salahkan dia pula. Salah kau juga sebab suka berahsia ," tegas sahaja bunyi Yoongi.

Byul terdiam. Matanya memandang peha. Geram pula dia dengan Jungkook. Tapi ada benarnya kata Yoongi. Takkanlah selamanya dia nak berahsiakan? Nak salahlan Jungkook? Tak boleh juga. Haihhhh.

"Fine. Salah Byul. Semua salah Byul ," Byul memeluk tubuhnya. Matanya sekilas menjeling Jungkook. Wajah Jungkook juga kelihatan seperti bersalah.

Aiskrim pada tangan Jungkook juga tidak terluak. Diberinya pada Taehyung. Taehyung tersenyum gembira. "Aku punya tak ada? ," Hoseok memuncungkan bibirnya. Jealous pula tengok Jimin dan Taehyung.

"Aku minta maaf ," ujar Jungkook perlahan. Suaranya juga kedengaran seperti bersalah.

Byul tidak menjawab sebalik hanya mengeluh berat. Rasa kasihan pula dekat Jungkook.

"Oppa nak jumpa budak Hanbin tu ," kata Yoongi tiba-tiba. Semua memandang ke arahnya. Byul dan Jungkook berpandangan sebelum memandang Yoongi.

"U-untuk apa? ," Yoongi tersenyum sinis. Wajah mereka semua berkerut tidak faham dengan senyuman itu. Seokjin mengetap bibirnya seperti faham apa yang bakal Yoongi lakukan.

"Sakit hati dibalas sakit badan ," wajah mereka semua makin berkerut kecuali Seokjin.

"Y-yoongi-ah ," perlahan Seokjin memanggil Yoongi. "K-kau jangan... ," semua mata memandang ke arah Seokjin pula. Makin pelik mereka dibuatnya.

Seokjin faham benar dengan kata-kata hikmah Yoongi itu. Dia pernah gunakan ayat saat.... bergaduh dengan Byun Baekhyun disebabkan mulut celupar si Baekhyun itu pada zaman sekolah tinggi dulu. Siapa je tak sakit hati bila kena kutuk depan-depan? Lagi-lagi dengan diva sekolah tu. Kena kritik bukan main teruk kau, jah.

Seokjin ingat lagi yang dia pernah ikut Yoogi mengheret Baekhyun ke belakang sekolah. Ikut bukan bermakna untuk sertai aktiviti tidak bertauliah Yoongi itu, tapi untuk menghalang Yoongi. Habis dipukul, diterajang dan disepak budak itu.

Luka dan lebam, jangan ceritalah. Memang jelas kelihatan pada badan Baekhyun. Saat Baekhyun sedang terbaring lemah, Yoongi terus mencapai tong minyak lalu dituang atas badan Baekhyun. Seokjin langsung buntu. Dia sendiri juga kena pukul dengan Yoongi, inikan pula mahu menghalang lagi? Serik weh kena belasah dengan Yoongi. Perbuatannya terhenti saat melihat Baekhyun sudah pun merintih kesakitan sambil menangis memohon maaf. (Alo sian :'( sorry Baekhyun's stan :'))

Sejak daripada itu, Baekhyun langsung tidak berani untuk berdekatan atau berkata buruk tentang Yoongi. Ish. Mahu tak serik? Karang sia-sia hidup kena bakar. Tak silap Seokjin, jejaka itu sudah pun menjadi seorang pegawai polis. Mungkin mahu menangkap orang-orang seperti Yoongi. Tapi jangan risau, mereka berdua sudah pun berbaik.

"Tak. Aku serius, Jin. Aku serius akan balas dendam pada budak tu. Sebab dia dah buat adik aku sakit hati teramat sangat. Kau ingat senang aku nak maafkan orang yang dah sakiti hati ahli keluarga aku?," ujarnya tenang. Tapi, jangan disangka Yoongi yang tenang tiada dendamnya.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now