T W E N T Y - O N E ✿

1.1K 118 37
                                    

Sebaik sahaja turun dari bas, mereka berdua meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah. Tidak sudah-sudah gurauan mereka. Nampak gaya macam baru balik dari minum Soju je. Baru pukul 9 malam. Nak soju apa nya. Ok ok bawah umur.

Entah kenapa Byul terasa ikatan rambutnya longgar. Membuatkan dia terasa kepalanya berat. Getah rambutnya ditarik bagi membuka ikatan itu.

Melihat betapa berusahanya Byul, Jungkook pun menarik getah rambut pada tangan Byul. "Meh sini aku tolong." Kata Jungkook sambil menarik tangan Byul mendekatinya.

Byul hanya menurut dan membiarkan Jungkook mengikat rambutnya. "Kau ingat tak dulu kita pernah main pondok-pondok dengan Junhong dulu?" Tiba-tiba Jungkook nak buka sesi throwback :')

Byul berfikir seketika kemudian ketawa kecil. "Ingat gila! Aku takkan lupa pasal tu." Kata Byul sambil ketawa. "Aku ingat lagi kau tarik rambut aku sebab aku tak nak pilih kau jadi suami olok-olok aku." Sambungnya.

"Okay done!" Jungkook membetulkan sedikit rambut Byul yang baru diikatnya. Memang hasben material. Jungkook tersenyum sinis. "Itulah kau. Pilih Junhong jadi laki kau lagi. Padan muka!" Ejek Jungkook sambil ketawa.

Byul berdecit. "Tapi padan muka kat kau juga sebab kena belasah dengan Yoongi oppa dan akhirnya kau kena jadi kerusi dia. Aku dan Junhong pula jadi pasangan suami isteri yang bahagia. Hahahah. Tabahlah, ya?" Tawa Byul sambil menepuk bahu Jungkook yang sudah mencebik.

Sedang seronok mereka throwback kisah zaman kecil mereka sambil berjalan pulang ke rumah, Jungkook terasa ada cahaya yang menghampiri mereka. Jungkook menoleh.

Dengan sepantas kilat, dia menarik Byul berjalan ke tepi. Byul yang terkejut tadi hampir memeluk Jungkook tapi nasib baik tak peluk hohoho. Sedar matanya tepat memandang bibir Jungkook membuatkan wajahnya merah. Jantungnya berdegup kencang gila. Teringat yang Jungkook pernah mencium-- aih lupakan! Pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

PIN PIN PIN PIN!!

"BALIKLAH JUNGKOOK. TAK PUAS LAGI KE DATING KORANG NI!?" Wajah Jungkook berkerut dan berpaling ke arah makhluk yang menghonnya dengan menggunakan hon motor. Siap sound lagi tu. Jungkook kenal sangat suara tu. Makhluk itu memberhentikan motor di hadapan Byul dan Jungkook.

Byul yang mendengar ayat-ayat hikmah itu, terus merenggangkan sedikit kedudukan dirinya dengan Jungkook. Wajahnya memerah. Nasib baik malam dan lampu jalan bukan terang sangat, so tak adalah dorang nampak sangat wajah Byul tengah blushing tu.

"KAU TU PUN PERGI BALIKLAH WONWOO! YANG KAU NGAN MINGYU DATING ATAS MOTOR INGAT ADA KELAS KE HAH!? DAH LAH MOTOR BURUK!" Sambar Jungkook pula tak mahu kalah. Dikutuk juga motor yang tak ada salah tu.

"Ewah ewah kau. Sedap je kutuk motor aku. At least, aku dapat dengan usaha belajar bersungguh-sungguh aku, okay." Kata Mingyu yang membonceng di belakang. Ya, itu motor Mingyu. Tapi malam ni, dia malas nak bawa motor so dia suruh Wonwoo bawakan.

"Aku tak adalah gay mana sampai nak dating dengan abang kau yang sekeping ni Jungkook. Agak-agak k." Sambungnya lagi. Geram betul dibuatnya. Mana taknya, kalau Jungkook ni bertembung dengan dia, dia asyik kena panggil 'gay' je. Macamlah dia tak tahu hubungan sulit dia dan Jimin.

"Hi, Byul!" Sapa Mingyu yang peramah sambil mengangkat tangannya tanda melambai kepada Byul. Byul hanya menunduk hormat dan tersenyum malu. Jungkook mulalah rasa cemburu, jadi dia menarik tangan Byul.

"Dia awek aku. Jangan kacau." Marah Jungkook sambil menepis-nepis tangan durjana Mingyu yang syok melambai Byul.

Mingyu ketawa sinis. Dia memandang Jungkook dengan wajah perli. "Kalau dia awek kau, dia memang malang sebab dapat pakwe macam kau." Kata Mingyu yang sudah ketawa besar diikuti dengan Wonwoo yang menyokong pernyataan Mingyu.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now