Special Chapter ; Our Wedding Day!
"Aku nak pakaian pengantin kita warna purple dan pink. Perghhhhh mesti comel. Hahahaha boleh tak, Kook?" Kata Byul dengan nada gediknya sambil membelek-belek majalah pengantin. Muka comelnya juga dibuat-buat. Menyampah nengoknya.
Jungkook merengus geram. "Aku ni nampak macam bapok nanti! Aku tak setuju! Warna hitam apa salahnya?" Nampaknya Jungkook tak nak kalah.
Byul berkerut mendengar kata-kata Jungkook itu. Majalah pengantinnya yang terbuka ditutup kasar. Terkejut Puan Jeon, Puan Min dan Himchan yang berada disitu sedang berbincang tentang tema perkahwinan Jungkook dan Byul.
"Dah tu!? Kau ingat majlis kita ni majlis perkabungan ke!? Aku tak suka dan tak setuju!" Bentak Byul sambil tangannya disilangkan.
"Kau ingat pakai hitam je untuk berkabung juga ke!? Ada juga orang kahwin tema hitamkan!? Aku tak kira, aku ni bakal suami! So, dengar cakap aku!" Marah Jungkook pula sambil bercekak pinggang kepada Byul.
"Tak pernah dibuat orang pengantin perempuan pakai warna hitam! One more thing, kita punya majlis kat taman bunga, kenapa nak pakai warna hitam, bodoh? Sumpah tak ada seni."
"Ewah ewah ewah. Sedap mulut kau je cakap aku tak ada seni. Aku ni nak memperbaharui seni! Baru nampak rare. So, jangan nak bantah dan dengar cakap aku--"
"Taknak!"
"Dengar cakap akulah, makhluk aneh!"
"Taknak juga!"
"Dengar--"
"HOI." terkejut kesemua manusia yang berada di dalam Butik Pengantin Chan Bling Bling (lagi. Tak habis-habis bling bling dia.) itu memandang Himchan yang menampaknya seperti berasap itu.
Ya, Himchan merupakan pemilik kepada tiga kedai sebab dia orang kaya. Dengar cerita, nanti dia nak buka shopping mall pula. Apa yang pasti, Chan Bling Bling pasti menjadi nama Mall itu. Anak orang kayakan? So, suka hati dialah.
Himchan menghembus nafas supaya dapat menenangkan dirinya. "Chill." Kata Himchan kepada Jungkook dan Byul yang sedang mencebik.
"Byul, oppa sokong warna pink dan purple lawa dan sweet tapi bila Jungkook pakai warna macam tu, sado dia hilang. Nanti orang ingat dia bapuk--"
"Cakap pasal diri sendiri ke?" Sampuk Jungkook dengan sengihan nakal. Byul yang berada di sebelahnya tutup mulut, menahan tawa. Sesekali dia memijak kaki Jungkook. Dengan tujuan supaya Jungkook tidak kurang ajar terhadap pengurus butik itu.
"Kau nak mati ke nak kahwin? Pilih." Himchan menggigit bibir bawahnya, geram. Tangannya dicekak pada pinggangnya.
"K-kahwin." Kata Jungkook sedikit tergagap. Itulah. Siapa suruh cari gaduh. Byul masih lagi menahan tawanya. Padan muka kau ya, makhluk. Bisik hati Byul.
Himchan mengalihkan pandangannya kepada Byul. Terus terdiam gadis itu. "M-maaf, bos." Kata Byul, menundukkan sedikit kepalanya.
Himchan menghembus nafas keluhan. Mengeluh dengan ketidakmatangan (?) Jungkook dan Byul. Ini namanya nak kahwin? Esok, esok dah kahwin, anak yang matang, mak bapak entah apa nak jadi.
"Walau apapun, korang wajib dengar cakap aku." Laju Jungkook dan Byul menganggukkan kepala mereka sebelum Himchan sambung kata-katanya. "Jungkook akan pakai tuxedo biru tua. While, Byul pakai gaun putih. Kau akan bawa bunga ros berwarna pink dan putih nanti, ya Byul. Aku takkan benarkan warna hitam muncul sebab warna tu mematikan suasana majlis kat taman bunga itu. Setuju?" Kata Himchan.
Wajah Byul dah berseri dah sebab ada warna pink feveret dia tu. Bunga pun jadilah. Manakala, Jungkook dah cebik habis dah sebab tak dapat melancarkan aktiviti memperbaharui seninya dengan warna hitam. "Setuju tak ni?" Soal Himchan, kali ni nadanya ditekan menjadi serius.
YOU ARE READING
[C] JEON JUNGKOOK!!!
Fanfic"Nama u Aida ke?" - Kim Byul. "Aida lama nak balas cinta u, eh? Awwww so sweet bintang hatiku ni" - Jeon Jungkook. "Nope. Tapi. Aida lama rasa nak pijak u sampai mati" - Kim Byul. "....." -Jeon Jungkook. "...EM..." - Jeon Jungkook. "Tiba-tiba aku ra...