Terlentang diatas tilam
mengira detik-detik petang
yang terbentang atas tikar kemalasan
tidak mengharapkan apa-apa
atau merancang sesuatu
untuk diserah pada tapak tangan waktu.Kabur fikiran memeningkan kepala
menghirup udara dan debu
yang menyelubungi kitaran setiap sedutan nafas
dan menghembusnya kembali
ke sarang kesunyian.Kerana tanpa ada kamu yang menjadi
udara segar dan tenang
untuk aku hirup,
petang ini terasa suam seperti biasa.