Sudah sampai masanya. Lihat. Matahari menghilang lagi. Ayuh, kita cari semula dan tanyakan padanya, adakah benar siang telah menjadi medan kerja keluh dan resah panjang? Tapi, bagaimana dengan Bulan? Nanti juga kita akan bertemu dia. Entah kerinduan pada mimpi yang mana akan dibawanya. Tidak kah kau mahu tahu.
Benar. Tapi kita harus pulang dahulu. Mungkin penghujung hari bukan waktu sesuai untuk bertanya segala. Tapi bila lagi?